CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8347|Reply: 22

Digantung kerja, Nabil jadi pembantu isteri ke pasar, tolong memasak

[Copy link]
Post time 18-3-2025 03:01 PM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA – Selepas dihimpit kontroversi sehingga digantung kerja, pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad kini lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga, sekali gus mengundang reaksi positif netizen.

Menerusi hantaran dalam Instagram, isterinya, Nazirah Ayub berkongsi momen mereka keluar membeli barangan dapur.

Kelihatan Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad,41, turut sama membantu memilih sendiri termasuk bahan-bahan untuk menyediakan roti John untuk berbuka puasa.

“Alhamdulillah, rajin dia ke pasar. Kan ada hikmah tu,” tulis Zira.

Tindakan pengacara MeleTOP itu mendapat pujian ramai yang menganggap situasi ini sebagai satu hikmah tersembunyi dalam kehidupannya.

“Kadang-kadang ujian datang sebab Allah nak beri sesuatu yang lebih baik. Kena reda dan ambil iktibar,” komen netizen.

“Dahulu sibuk kerja sampai tak cukup masa dengan keluarga. Sekarang nampak makin bahagia,” tulis pengguna media sosial.

“Tak ada kerja radio, tapi ada masa ke pasar. Rezeki Allah luas. Kali ini dapat cuti tak payah mohon, sakan la beraya,” kata netizen lain.

Terdahulu, Nabil bersama pelawak Azad Jasmin dan penyampai radio Radin dikecam selepas tular video memperlihatkan mereka bergurau dengan menyebut ‘Vel Vel’, dipercayai mempersendakan ritual masyarakat Hindu.

Insiden itu mengundang kritikan meluas sehingga syarikat penyiaran, Maestra Broadcast Sdn. Bhd. dikenakan kompaun RM250,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namun, SKMM memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio terbabit selepas mempertimbangkan beberapa faktor.

Menyedari kesilapan, Nabil, Azad dan Radin tampil memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atas tindakan mereka. – KOSMO! ONLINE.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2025 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 03:39 PM | Show all posts
Agus la, at least dia tau la mana gi duit dia pegi…
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 05:02 PM | Show all posts
entah2 happy dapat cuti...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai bila kena gantung neh?bagi jela keje balik.masa kecoh2 haritu dengar kejap  pagi era.sendu ntah sapa2. x sedap suara dj nyer
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kongsi2 bayar ka 250k tuu? Baaaaaaanyaaaaaaak jugak yaa denda nya tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2025 09:35 PM | Show all posts
pastu nak kene kesian ke? nak kutip derma?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 19-3-2025 03:06 AM

Terlajak bujang/andartu org ramai boleh terima, terlajak perahu boleh undur, terlajak lain kena saman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2025 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi income lain still Ada kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit dia mesti banyak gak tu. Kerja non stop selama bertahun2. Semuga lepas ni insof sikit jangan buat & bercakap hal2 bodoh. Akal tu sesekali kena gunakan, dah lama berkarat sebab selama ni segalanya buat ikut sedap mulut
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat dia kesah? Duit banyak si telinga capang ni.
Yg lagi dua ekor tu lah melangut. Padan muka. Satu yg bini ala2 top star dkt Indon tapi sebenarnya sendu.
Satu si jantan tua bujang terlajak tak kawin2 gebanggg je manjang nak kawen nak kawen, tapi taklah jugak kawen. Tangguh je lah sepuluh kali biar jantan lain sailang awek kau.
Tiga2 aku tak suka. Perangai sekor2 mcm monyet gila.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 02:40 AM | Show all posts
orkid_amani replied at 18-3-2025 09:13 PM
Kongsi2 bayar ka 250k tuu? Baaaaaaanyaaaaaaak jugak yaa denda nya tu..

Company bayar. Potong gaji geng2 yang terlibat  la kot nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 03:52 AM | Show all posts
KK Mart kena denda RM60K je.

Astro kena sampai RM250k.

Kerajaan madanon memang anti-Islam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 19-3-2025 02:40 AM
Company bayar. Potong gaji geng2 yang terlibat  la kot nanti

Addoiii nk raya ni gaji kena potong syahdu jugak yaa beraya tp hajibil tu ada la jugak aide income lain kn..duta..yg dua org lg tu harap2 nya ada la jugak income..tak mewah pun xpa janji boleh survive
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 08:12 AM | Show all posts
nabil da kayo
pedehal
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 08:22 AM | Show all posts
anak_bunian replied at 19-3-2025 03:52 AM
KK Mart kena denda RM60K je.

Astro kena sampai RM250k.

Denda tu mahkamah tetapkan.
Kes Astro ni kompaun. Beza dia sebab impak kepada masyarakat lebih besar melalui mass media. Tanggungjawab diorang untuk memastikan kandungan tak melanggar syarat penyiaran adalah lebih besar dari tanggungjawab kedai memeriksa barang yang dijual.
KK Mart tu selain dari kena denda, diorang dah menanggung economic dan non economic damages juga sebab diboikot, diserang etc. Infact I bet kerugian diorang lebih dari nilai kompaun yang Astro bayar. Padahal stokin tu lima pasang je.

Quantum denda/kompaun ni pun bergantung kepada impak dari pelanggaran undang-undang berkaitan.

Datang pandir pandir tuduh kerajaan berat sebelah just because keputusan tak ikut tekak kau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2025 08:22 AM | Show all posts
Masalahnya penonton Asstro akan memaafkan dan memuliakan semula.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 08:23 AM | Show all posts
250k tu celah gigi era je. dorang ni digantung pon ntah2 gaji jalan je
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 08:24 AM | Show all posts
orkid_amani replied at 19-3-2025 06:12 AM
Addoiii nk raya ni gaji kena potong syahdu jugak yaa beraya tp hajibil tu ada la jugak  ...

Diorang bukan gaji RM1700.

Dengan gaji besar yg dibayar kepada diorang sebelum ni, besar juga tanggungjawabnya dalam memastikan kandungan yang disampaikan tu bermanfaat dan tak melanggar peraturan atau undang-undang berkaitan.


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 08:51 AM | Show all posts
anak_bunian replied at 19-3-2025 03:52 AM
KK Mart kena denda RM60K je.

Astro kena sampai RM250k.

Mungkin sebelum komen boleh la check dulu astro punya directors and shareholders ye.  Dah bg peluang kat melayu kerja, pergi buat taik pula.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.211454 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list