View: 3840|Reply: 8
|
[Tempatan]
Pak cik tampar pemuda bukan Muslim dilepaskan tanpa dibebaskan
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) lelaki warga emas yang tular kerana menampar seorang pemuda bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah di sini, Ahad lalu.
Keputusan itu dibuat Majistret A. Shaarmini selepas pendakwaan memaklumkan untuk mengklasifikasikan kes tersebut sebagai DNAA untuk dirujuk ke Ibu Pejabat Peguam Negara (AGC), Putrajaya ketika prosiding sedang berlangsung.
Terdahulu, orang kena saman (OKS), Abdul Razak Ismail, 65, telah membuat pengakuan bersalah, namun tidak mengakui fakta kes yang dibacakan jurubahasa.
Sehubungan itu, Shaarmini menolak pengakuan bersalah OKS dan memerintahkannya untuk melantik peguam bagi membela diri.
Bagaimanapun, sebelum tarikh ditetapkan, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd. Nizam memaklumkan pihaknya menerima arahan untuk merujuk kes tersebut kepada ibu pejabat AGC.
Majistret kemudian memerintahkan kes itu di DNAA terlebih dahulu dan akan dituduh semula pada masa akan datang.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Abdul Razak didakwa telah dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada seorang pemuda di sebuah kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah di sini pada pukul 3.45 petang, Ahad lalu dan dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
so dia boleh raya kat rumah ke tahun ni???cisss |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi org kaya ni ..nak hire lawyer bagai.takpe ko nak panjang2 citer bagai..kita tgk mana peginya |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib kau baik old man, ACG kasi chance kau puasa habis dan beraya dgn family dulu. Tp malu ah dgn khariah mesjid kau. Semua dah beruban pun x leh bawa bersabar. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu janggut panjang sampai perut dah boleh pakai baju Santa Claus. Rambut curly sama dah tu adoi sorry pakcik. Bukan nak hina tapi nak puji. Tak perlu effort… size badan, bentuk rambut, warna janggut & kening dah pass dah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada bideo but kes nak diperpanjangkan |
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik ni macam muka ada senyum pula bila dah famous.
Ini yang dia nak kot. Viral attention. |
|
|
|
|
|
|
|
Ban ja rentua dari masuk fam mart. Tampal muka dia depan kedai. Dilarang masuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|