CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7994|Reply: 14

[Tempatan] Malaysia bukan lagi pilihan pekerja Indonesia

[Copy link]
Post time 19-3-2025 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


bhonline.com.my
Oleh Mahani Ishak
Mac 19, 2025



KUALA LUMPUR: Peraturan imigresen yang semakin ketat dengan operasi penguatkuasan serta penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) sering dibuat secara besar-besaran sebelum dilapor media massa secara meluas, menyebabkan Malaysia kini tidak lagi menjadi pilihan utama warga Indonesia untuk datang bekerja di sini.

Mereka kini dikesan mula tertarik untuk mengisi peluang pekerjaan dalam sektor kolar biru, iaitu bidang pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran tinggi seperti di negara Eropah, Jepun, Taiwan dan Hong Kong.


Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono, mengakui Malaysia tidak lagi menjadi pilihan utama tenaga kerja Indonesia (TKI) untuk mencari pekerjaan sejak tiga tahun kebelakangan ini hingga hampir tiada yang kembali ke negara ini selepas pulang untuk suatu tempoh panjang.

Beliau mendedahkan, bilangan rakyatnya yang mempunyai dokumen lengkap di Malaysia sebelum pandemik COVID-19 adalah 1.13 juta, sementara warganya tiada dokumen atau menjadi PATI di negara ini dianggarkan sekitar 1.5 juta orang.



"Perangkaan pekerja Indonesia berdaftar sebelum COVID-19 ialah seramai 1.13 juta, manakala bilangan tanpa dokumen dianggarkan kira-kira 1.5 juta dengan keseluruhannya berjumlah lebih 2.5 juta orang.

"Namun, susulan pandemik COVD-19 dan adanya sekatan pergerakan membuatkan ramai kembali ke Indonesia dan statistik terkini bilangan pekerja berdaftar hanya tinggal sekitar 585,000 orang, sekali gus mencatatkan penurunan mendadak berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya kepada BH.



Justeru, dengan penurunan signifikan itu, Hermono yakin bilangan rakyat Indonesia yang tiada dokumen berada di negara juga berkurangan mendadak.


"Mengikut anggaran saya, jumlah rakyat Indonesia yang berada di Malaysia hanya tinggal kira-kira 1.5 juta atau kurang daripada itu tidak kira mereka ada atau tiada dokumen.

"Malah kita lihat statistik dari Malaysia sendiri, bilangan pekerja asing Indonesia bukan lagi nombor satu kerana jumlah rakyat Bangladesh menjadi nombor satu.

"Jumlah pekerja Indonesia di Malaysia untuk tempoh tiga tahun lalu, turun dengan mendadak. Kedutaan (Indonesia) tidak lagi sibuk hingga jam 12 tengah malam, sekarang jam 3 petang, semua urusan (kedutaan) selesai," katanya.

Bimbang kena tangkap

Beliau mengakui TKI tertarik bekerja di destinasi atau negara lain susulan peraturan imigresen Malaysia semakin ketat, termasuk operasi penguatkuasaan, penangkapan yang diketahui melalui laporan media massa membuatkan mereka bimbang ke negara ini.

"Malaysia sebelum ini menetapkan pengambilan akhir pekerja asing pada 31 Mei 2024 berikutan isu lebihan tenaga kerja kecuali pengambilan dari sektor perladangan dan pekerja domestik.

"Berikutan keterbatasan pekerjaan itu, rakyat Indonesia kini lebih tertarik ke destinasi lain seperti Jepun, Eropah, Taiwan dan Hong Kong bagi mengisi peluang bekerja dalam sektor tidak berkemahiran tinggi (pekerjaan kolar biru).

"Lebih menarik lagi, Hong Kong yang sebelum ini menawarkan pekerjaan domestik, selepas ini akan membuka peluang pekerjaan sektor formal untuk diisi warga asing. Begitu juga dengan Singapura, jadi rakyat Indonesia mempunyai peluang lebih terbuka," katanya.

Ditanya mengenai peluang pekerjaan baharu wujud di Indonesia menerusi pembukaan Ibu Kota Nusantara yang dijadualkan pada 2028, Hermono menafikannya kerana pusat pentadbiran baharu itu hanya memberi kesan kecil serta hanya dapat menyerap sebilangan kekosongan dalam bidang tertentu.

"Faktor Nusantara itu hanya sebahagian kecil sahaja kerana sekarang ini memang terdapat kecenderungan peningkatan pengangguran di Indonesia.

"Sedangkan faktor peluang pekerjaan di negara lain, menjadi faktor pendorong rakyat Indonesia bertumpu ke sana, tetapi Malaysia tidak lagi jadi pilihan tunggal untuk TKI bekerja.

"Jadi ini membuatkan semakin tidak ramai akan bekerja di Malaysia. Data akan jadi mendatar sahaja, termasuk kalangan mereka yang mengikuti program repatriasi migran, mereka akan disenarai hitam dan tidak akan masuk lagi," katanya.

Buruh Bangladesh paling ramai

Dalam perkembangan lain, Hermono menjangkakan, bilangan rakyat yang kembali ke Indonesia bagi meraikan Aidilfitri tahun ini jauh berkurangan kerana sambutan itu kurang meriah disambut berbanding Aidiladha.

"Kita jangka hanya sekitar 10,000 orang akan mudik sempena Aidilfitri ini berbanding antara 20,000 hingga 25,000 TKI yang kebanyakan berasal dari Lombok dan Madura berbuat demikian pada Aidiladha.

"Ada kemungkinan mereka yang pulang ke kampung halaman ini, tidak lagi kembali ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, semakan BH mendapati, setakat 30 September 2024, pekerja Bangladesh mencatatkan jumlah paling ramai di negara ini, iaitu 934,542 orang atau 37.82 peratus dengan tumpuan dalam sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.

TKI pula menduduki tangga kedua dengan 595,811 orang atau 24.11 peratus dengan tumpuan dalam sektor pembinaan, perladangan dan pembantu sektor domestik (pembantu rumah) serta pertanian.

Pekerja dari Nepal seramai 399,514 orang pula tertumpu sektor perkilangan dan perkhidmatan.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2025 06:27 PM | Show all posts
mereka aims Korea kot, of course lah much better. Ada tuan kedai Korean yang boleh communicate basic dalam bahasa Indonesia walaupun tak pernah sampai Indonesia sebab ramai customers dari sana.     
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah tu dah keluar pun.. Tinggal bangladesh dan Vietnamese jer lg nk bagi settle.. Hrap ada ler pekerjaan untuk rakyat Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Busuk gitu ja lah sawit tak berpetik
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-3-2025 07:18 PM
Busuk gitu ja lah sawit tak berpetik

Apa takut Skau anak beranak kan ada.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak apa Malaysia boleh bawa masuk pekerja buruh dari Eropah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2025 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 19-3-2025 07:21 PM
Apa takut Skau anak beranak kan ada.

syukur..bior..rosak la sawit depa yg gajikan PATI.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Korea, Jepun, Hong Kong Taiwan tu tak ketat imigresennya gamak nye.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2025 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-3-2025 07:18 PM
Busuk gitu ja lah sawit tak berpetik

Berlambak je Indon  datang Malaysia tak bekerja tapi mencuri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 10:25 PM | Show all posts
lantak la tak jadi pilihan pun orang tak kisah la

warga asing ramai sangat skrg ni serabut rasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 11:08 PM | Show all posts
Toksah percaya ckp Pak Hermono tu..Dulu2 kemain mendabik dada nak stop TKI, hujung2 bersepah jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 19-3-2025 11:08 PM
Toksah percaya ckp Pak Hermono tu..Dulu2 kemain mendabik dada nak stop TKI, hujung2 bersepah jugak.. ...

Mungkin maksud dia bukan negara pilihan pekerja yang ada permit. Pati tetap macam biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ja Indonesia tapi dah selamat ramai nikah warganegara anak ic malaysia sampai bercucu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 20-3-2025 01:51 AM
Ramai ja Indonesia tapi dah selamat ramai nikah warganegara anak ic malaysia sampai bercucu

Kan menyakitkan ati je...lps tu dia lebih2 mcm dia bayo cukai..semua bantuan nk rembat... Mak pak kerakyatan indon anak2 ic biru sibuk la mintak bantuan jkm,zakat,biasiswa tuk anak2... anak2 dpt keje kerajaan pun x nak tukar kerakyatan...bl sakit pakai GL anak....tanah,kebun kat indon beratus ekar beli...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 03:48 AM | Show all posts
Malaysia sangat memerlukan pekerja dari Indonesia kerana budaya, makanan, rupa etc etc, tak boleh bayangkan jika ada bangla Paki duduk di kampung bersama masyarakat melayu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-3-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.598112 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list