View: 1813|Reply: 1
|
Banduan al-Qaeda merusuh
[Copy link]
|
|
Banduan al-Qaeda merusuh
2011/05/09BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dalam pertempuran antara pegawai keselamatan dan banduan al-Qaeda di sebuah kompleks penjara di Baghdad semalam.
Antara yang maut termasuk pemimpin al-Qaeda dikenali sebagai ‘Emir Baghdad’ yang merancang serangan terhadap gereja Katolik Oktober lalu menyebabkan 68 maut, kata jurucakap keselamatan Baghdad, Mejar Jeneral Qassim al-Moussawi.
Pertempuran di unit anti keganasan di tengah daerah Karrada di Baghdad bermula apabila seorang tahanan merampas senjata daripada pengawal, membunuh beberapa pengawal dan pegawai Kementerian Dalam Negeri kemudian memberikan senjata itu kepada banduan lain, kata Qassim.
“Anggota keselamatan dan pengawal bertindak membalas serangan dan membunuh 11 tahanan pengganas termasuk Huthaifa al-Batawi, Emir Baghdad, yang merancang serangan gereja,” kata Qassim. – AP |
|
|
|
|
|
|
|
Terrorist pun mahu merusuh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|