CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5054|Reply: 31

Sempena Hari Guru 2011: Luahan jujur seorang guru..

[Copy link]
Post time 16-5-2011 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Cikgu Syafi kecewa

TENAGA pengajar Akademi Fantasia musim sembilan (AF9), Syafizawati Sharif sudah bersama-sama dengan program realiti popular ini sejak musim keempat dan masih setia menjadi seorang tenaga pengajar sebagai guru vokal teknikal sehingga musim terakhir tahun ini.

Sudah ramai penyanyi kelahiran AF yang menjalani latihan vokal dengan Cikgu Syafi sepanjang pembelajaran mereka di akademi dan sehingga hari ini, masih ada antara pelajar AF yang masih lagi menjadikan Syafi sebagai pakar rujukan mereka.


Bagaimanapun, kekecewaan Syafi terhadap vokal pelajar program realiti Akademi Fantasia (AF) bagi musim kesembilan ini jelas terpancar di wajah manisnya dan pada sorotan matanya yang suram apabila diajukan soalan mengenai perkembangan suara pelajar musim ini.

semua pelajar pada musim kali ini mempunyai asas vokal yang sangat rapuh. Saya terpaksa mengajar mereka bermula dari peringkat paling asas.




umpama mengajar mereka untuk mengenal huruf dan mengeja. Tidak dinafikan, mereka boleh menyanyi, tetapi hanya sekadar menyanyi tanpa sokongan vokal yang solid.


mereka sesuka hati meletakkan legato dan stekato pada tempat-tempat yang pada fikiran mereka adalah tempat yang sesuai walhal ia sama sekali tidak sesuai. Selain itu, mereka juga sesuka hati meletakkan vibrato pada lagu yang mereka nyanyikan,?katanya.

Syafi turut berkata mereka hanya minat menyanyi dan kurang berminat untuk mempelajari teknik vokal untuk menyokong suara lunak mereka.

Mereka beranggapan bahawa vokal mereka sudah cukup mantap apabila pengkritik menyukai persembahan dan nyanyian mereka ketika konsert berlangsung walhal masih banyak lagi yang mereka perlu pelajari untuk memantapkan lagi teknik vokal mereka.

sudah menjadi tabiat orang Malaysia apabila seseorang penyanyi itu mampu menyanyikan lagu bernada tinggi mereka akan bertepuk tangan sebagai tanda berpuas hati dengan persembahan itu, tetapi bagi pandangan pihak profesional seperti kami, telinga kami mampu mendengar kekurangan pada vokal mereka.

vokal mereka ketika menyanyikan lagu bernada tinggi tidak round dan perlu menyuntik lebih teknik vokal. Nera contohnya mempunyai vokal lebih mantap dan solid jika dibandingkan dengan pelajar lain. Sebutannya sangat jelas,?katanya.

Tambah Syafi, walaupun pada malam konsert Sabtu lalu Nera lebih banyak dikritik pada lakonannya berbanding nyanyian, tetapi lagu-lagu yang diberikan tenaga pengajar kepada Nera tidak menguji kelebihan vokal sebenarnya. Beliau berharap agar Nera diberikan lagu yang lebih mencabar vokalnya.

Tabiat mereka menyanyi di pentas juga sebelum menjadi pelajar AF terbawa-bawa ketika mereka membuat persembahan konsert AF.

Pelajar tidak dapat membuang kebiasaan mereka dan gagal mengaplikasikan teknik vokal yang sudah diajar oleh Syafi.

menjadi seorang penghibur bukan hanya mereka perlu menyanyi atau menari ketika membuat persembahan, tetapi mereka perlu menyanyikan menggunakan IQ mereka. Tetapi apa yang saya lihat pelajar-pelajar kali ini sangat malas memahami lirik lagu yang akan mereka nyanyikan. Mereka terlalu bersandar pada pujian pengkritik semata-mata.

nada rendah Fina sangat lemah, tetapi dia langsung tidak datang dan berjumpa untuk bertanya cara memperbaiki nada rendahnya. Hazama pula digambarkan sebagai seorang yang terlalu banyak alasan. Hazama sering memberikan alasan demi alasan apabila diminta membuat latihan vokal.

saya mengajar mereka dengan ikhlas. Saya bukan hanya mengajar mereka secara berkumpulan, tetapi saya juga memeriksa teknik vokal mereka seorang demi seorang. Tidak ada yang terkecuali. Semua mereka mendapat perhatian dari saya,?katanya.

Syafi melihat Erul sebagai seorang yang boleh pergi jauh. Apatah lagi dengan kelebihan Erul yang suka membuat improvisi pada lagu yang akan dinyanyikannya, tetapi masalah yang ada pada Erul ialah setiap hari improvisi pada lagu itu akan berubah.

Menurut Syafi, sepanjang beliau mengajar, beliau sangat kagum dengan AF7 kerana semua mereka mempunyai vokal dan sikap yang serius dan paling membanggakannya ialah Stacy kerana akan melakukan dan mengaplikasikan setiap yang diajar.

Katanya, sehingga hari ini,, Stacy masih lagi akan berjumpa dengannya bagi memantapkan lagi teknik vokalnya.

selain Stacy, pelajar yang patut dijadikan contoh ialah Akim. Pertama kali dia menyertai AF, dia bermula dengan kosong. Dia langsung tak tahu apa-apa mengenai vokal. Tetapi setiap minggu saya lihat peningkatan yang ketara. Dia betul-betul menumpukan perhatian ketika dalam kelas,?katanya.



Slamat Hari Guru Cikgu Sapie

Syafi juga melahirkan rasa kecewa apabila ada antara pelajar AF yang sudah menghasilkan album datang kepadanya meminta tunjuk ajar untuk memantapkan vokal mereka membuat persembahan nyanyian.

Keadaan itu memberikan gambaran bahawa sebelum ini bekas pelajar itu tidak mengambil serius ketika pembelajaran teknik vokal dengannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2011 09:51 AM | Show all posts
Hanya seorang guru yang paling memahami anak2 muridnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 10:03 AM | Show all posts
Hanya seorang guru yang paling memahami anak2 muridnya..
beta_carotene Post at 16-5-2011 09:51



   komen pertama...i mengajar jugak dan memang ada bias pun!...bukan nak memperkecilkan peranan cikgu tapi realitinya zaman skang ni noks...
even ramai my frienDs yg cikgu sebab apa?.
.sebab nak keja senang xyah nk balik lmbat dengan apa?..
sebab results x ok...sekian
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 10:04 AM | Show all posts
kesian cikgu......
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 03:10 PM | Show all posts
Sbnarnye hakak beta nak show off pasal nera jah neh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 03:17 PM | Show all posts
Sbnarnye hakak beta nak show off pasal nera jah neh.
azwana_alia Post at 16-5-2011 15:10


haruslah..kalau betul la abg beta syg sgt kt cikgu, xde la die berkuntum kt bod af ni..haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2011 03:48 PM | Show all posts
Hazama pula digambarkan sebagai seorang yang terlalu banyak alasan. Hazama sering memberikan alasan demi alasan apabila diminta membuat latihan vokal.


i likeeeeeee that part..Hazama perasan bagus..thats it
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2011 04:51 PM | Show all posts
haruslah..kalau betul la abg beta syg sgt kt cikgu, xde la die berkuntum kt bod af ni..haha
moderator Post at 16-5-2011 14:17


so ak sepatutnya buat apa kalo aku sayang sgt kat cikgu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2011 04:52 PM | Show all posts
Sbnarnye hakak beta nak show off pasal nera jah neh.
azwana_alia Post at 16-5-2011 14:10


tka jugak noks.. kan banyak cerita cikgu sapie dlm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:06 PM | Show all posts
i likeeeeeee that part..Hazama perasan bagus..thats it
kakJAHku Post at 16-5-2011 15:48



   konon nak masuk akademi sebab nak belajar vokal.. dh dapat masuk seribu satu alasan lak tak mau belajar.. bak kata kata cikgu shafi.. ..by the way, bagusla bawak attitude gitu dlm industri muzik negara yg sendu ni.. dn bravo gak kat asteruk sbb bakal menjuarakan mamat hipokrit mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:08 PM | Show all posts
mujur la hazama byk alasan...klu cikgu syafi puji dia harus la melompat2 melaung2 juara terancng katanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:18 PM | Show all posts
k   komen pertama...i mengajar jugak dan memang ada bias pun!...bukan nak memperkecilkan peranan cikgu tapi realitinya zaman skang ni noks...
even ramai my frienDs yg cikgu sebab apa?.
.sebab nak keja senang xyah nk balik lmbat dengan apa?..
sebab results x ok...sekian
moderator Post at 16-5-2011 10:03



    i mengajar jugak dan tak bias pun!
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:35 PM | Show all posts
nasib baik cikgu syafi kondem hazama.. klu tdk, takde lah hazama nampak sgt peberetnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:46 PM | Show all posts
hattan la yang slalu memperlekehkan keja cikgu2 kat akademi
kan dia slalu komen... nyanyian mcm teknikel sangat... spatutnya awak bagiiii je
hattan nih ala2 nak ckp... tenaga pengajar tak bantu apa pun......... mmmg budak2 tu yang bagus
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 06:09 PM | Show all posts
so ak sepatutnya buat apa kalo aku sayang sgt kat cikgu?
beta_carotene Post at 16-5-2011 16:51



   ko sepatutnya berkuntum kat bod politik dan peristiwa dan koleksi gambar..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 06:11 PM | Show all posts
i mengajar jugak dan tak bias pun!
toritonz82 Post at 16-5-2011 17:18



   syukur la ko bersikap profesional cik ahkak...living in denial
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 06:12 PM | Show all posts
hattan la yang slalu memperlekehkan keja cikgu2 kat akademi
kan dia slalu komen... nyanyian mcm tek ...
perembes Post at 16-5-2011 17:46



   kiranya hattan pun perangai teruk la kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2011 06:22 PM | Show all posts
ko sepatutnya berkuntum kat bod politik dan peristiwa dan koleksi gambar..
moderator Post at 16-5-2011 17:09


xde kaitan pun.. cikgu = politik n gambar.. try again..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 06:26 PM | Show all posts
i like syafi



i like nera
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 06:26 PM | Show all posts
xde kaitan pun.. cikgu = politik n gambar.. try again..
beta_carotene Post at 16-5-2011 18:22



   ok2..kt bod umum!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.155708 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list