CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2519|Reply: 18

Asyraf Khalid saman Caprice

[Copy link]
Post time 1-8-2025 08:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 2-8-2025 10:53 AM

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan Asyraf Khalid bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi Caprice susulan ‘serangan’ yang dilakukan terhadapnya dalam media sosial baru-baru ini.


Menurut Asyraf, 33, segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berhubung temu bual audio siar dengan seorang lelaki didakwa pernah mencederakan beberapa orang individu memberi impak sehingga menganggu mental dan emosinya selain merosakkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

Seorang pempengaruh dikenali sebagai Caprice telah menerbitkan beberapa hantaran menyerang saya secara terbuka kerana menjemput tetamu berkenaan yang menurutnya terlibat dengan pelbagai tuduhan kekerasan.

“Hantaran-hantaran tersebut telah mencetuskan gelombang serangan berbentuk fitnah, penghinaan keterlaluan dan tohmahan yang menggugat maruah saya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambah Asyraf, dia sudah menghubungi pihak Caprice untuk memaklumkan mengenai podcast tersebut bagi menjernihkan semula keadaan menerusi mesej Instagram.

“Saya telah cuba berhubung dengan Caprice secara peribadi untuk menjelaskan situasi sebenar.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan siaran episod tersebut demi meredakan keadaan dan menjaga sensitiviti semua pihak.

“Namun begitu, Caprice tetap meneruskan siri hantaran yang berniat menyerang dan menjatuhkan saya,” ujarnya.

Paling mengecewakan, kecaman netizen yang dilemparkan terhadapnya terlalu negatif sehingga digelar perogol, pedofilia dan juga serangan terhadap keluarganya.

“Kami memang berkawan sejak umur saya 18 tahun dan terkejut ini kali pertama perkara sebegini berlaku sebab tak mungkin seorang sahabat akan lakukan semua itu.

“Namun, saya juga ada khilaf sendiri tetapi dalam masa sama apa yang dia lakukan keterlaluan.

“Bila saya cakap tidak akan siarkan video itu, kenapa dia masih serang secara melulu sehingga ramai turut mengecam seperti tuduhan pedofilia dan ‘body shaming’.

“Paling sedih bila orang mula tuduh bahawa semua yang saya miliki hari ini hanya disebabkan anak Datuk K. Jadi sebab itu saya sangat kecewa dan perlu pertahankan diri,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, lebih melelahkan apabila dia perlu menjelaskan keadaan sebenar kepada banyak pihak.

Sementara itu,  peguam mewakilinya, Abdul Hakiem Aiman berkata, tindakan undang-undang yang bakal difailkan itu dilakukan selepas meneliti segala fakta bersifat fitnah terhadap Asyraf dalam media sosial.

“Laporan polis telah dilakukan semalam di Balai Polis Pudu. Selepas meneliti dengan jelas semua fakta, pihak kami merasakan wajar untuk Asyraf menjelaskan perkara ini tetapi bukan menerusi platform media sosial sebaliknya perlu diadili dengan sistem kehakiman.

“Saman malu dan saman fitnah bakal difailkan dalam tempoh terdekat.

“Asyraf berhak mengambil tindakan bagi mempertahankan diri terutama berkaitan hal yang telah menjejaskan reputasinya,” ujarnya.

Dakwanya, Caprice juga tidak mendapatkan klarifikasi daripada pihak Asyraf sebelum mengeluarkan segala dakwaan dalam media sosial.

“Kami percaya, perkara ini perlu dibawa ke peringkat mahkamah. Kalau ada sebarang perbincangan antara pihak-pihak, semua itu boleh didengar dengan medium yang lebih teratur seperti mediasi.

“Saya juga mahu jemput semua pihak untuk melihat video itu semula iaitu satu ‘teaser’.

“Daripada teaser itu, Asyraf telah menjemput tetamu yang datang daripada pelbagai bidang berbeza.

“Dalam video tersebut Asyraf tidak pernah menyentuh atau menyebut sebarang isu berkaitan isu sensitif,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, aktivis kemasyarakatan dan penyanyi rap, Caprice menyelar tindakan Asyraf menjemput seorang lelaki didakwa pernah mencederakan beberapa orang individu ke program audio siar tersebut.

Caprice atau Ariz Ramli, 37, berang apabila individu yang didakwa pernah melakukan ugutan terhadap dirinya dan keluarga diketengahkan dalam podcast tersebut.

Selain berkongsi semula beberapa foto kecederaan mangsa yang mendakwa dilakukan lelaki terbabit, Caprice berkongsi tangkap layar mesejnya dengan Asyraf.

Terdahulu, netizen menyerang laman sosial Apa Cerita? Podcast selepas Asyraf memuat naik potongan klip pendek daripada video wawancara audio siarnya dengan wajah tetamu tersebut dikaburkan.

Perkongsiannya mencetuskan perasaan tidak puas hati ramai yang mempersoal motif sebenar suami kepada pelakon Tya Ariffin itu mengundang individu terbabit sebagai tetamu program berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2025 09:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau acik pun, acik akan saman sebab caprice ni terlalu annoying.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Si topi nasi ni apa je kerja dia selain acah-acah terpaling munafik hunter? Bukak aib sana sini tanpa selidik dan dengar dari kedua belah pihak. Buku bertemu ruas la ni, moga terbukak sikit mata topi nasi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudia anak tiri vs anak diplomat

Sila bergasak. Takde hiburan dah lately acik forum
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
She-Ra replied at 1-8-2025 09:15 PM
Si topi nasi ni apa je kerja dia selain acah-acah terpaling munafik hunter? Bukak aib sana sini tanp ...

Kerja dengar cakap bini

Menjadi betul time dia promo apa apa bini dia jadi garang. Real ke berlakon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2025 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 1-8-2025 09:20 PM
Kerja dengar cakap bini

Menjadi betul time dia promo apa apa bini dia jadi garang. Real ke berlak ...

Yes mem kah? Patut bertahan. Ehhh upssss!! Kang ada pulak ss hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi roti kirailah ko kepris.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2025 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
She-Ra replied at 1-8-2025 09:24 PM
Yes mem kah? Patut bertahan. Ehhh upssss!! Kang ada pulak ss hahahaha

Bukan gitu, kepris macam nak buat apa apa mcm nakal pastu bini dia dtg tengking tengking then kepris mcm terkulat situ haha kelakar la jugak

Dulu igt kan real terkantoi time live tp rupanya konten jugak. Tapi nampak real lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua dua I tak minat tapi this time I sokong asyraff
Sila saman si topi nasi. Suka sgt membawang psl org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 1-8-2025 09:43 PM
Bukan gitu, kepris macam nak buat apa apa mcm nakal pastu bini dia dtg tengking tengking then kepr ...

Ooo ok. Sorry, iols tak layan content topi nasi kecuali bila ada kes-kes panas dia sibuk mencapup konon terpaling munafik hunter. Pernah kan kantoi besar-besaran utk kes ILU
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
ni baru betul nama dia buku bertemu ruas

sorang bodoh, sorang lagi mencapap tak habis2.
penghujung nya nanti comolot balik makan cili kampung macam dgn sabut nyok dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dia bercakap iols tak boleh tgk muka dia sebab mata terkedip kedip takut terikut
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 04:25 AM | Show all posts
penah tengok sekali jah podcast si asyraf ni sbb guest dia mak iti... lain2 guest tak penah rasa nak tengok... podcast topinasi tak penah layan langsung... ada acikpor yg layan ke? best lagi podcast budiey tiberrr...

meanwhile apa hak topinasi nak merentan org tu jemput guest siapa pun? kalau dia jemput netanhayu sekalipun whoryussss???
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg serap jemput sebenarnya..kenapa topi kalut.x sempat nak polow kisah anak tiri retis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2025 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cap kawan anak i, Murad kawan gym my hubby...actually some people potray karakter berlainan pada sesetengah individu...show the best side...

But i x suka cap...not keen dengan anak tiri tok ti...but bagus lah he saman Cap...don't care siapa menang dan kalah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua dua mcm pokimak IMHO
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2025 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak cik bawang dah kena
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.099175 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list