CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13635|Reply: 465

Peminat ramal konsert Siti di SNBJ, rampas takhta Coldplay?

[Copy link]
Post time 29-9-2025 08:54 AM | Show all posts |Read mode





Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah hantaran berbentuk teaser misteri di laman Instagram miliknya.


Menerusi perkongsian itu, Siti, 46, atau lebih mesra disapa TokTi memuat naik imej sebuah lif terbuka yang menempatkan satu figura tertutup kain berwarna perak dengan papan tanda digital di atasnya memaparkan perkataan “NEXT”.


Pada bahagian dada figura berkenaan turut tergantung papan kecil bertulis “Next?”.


Lebih mencetuskan tanda tanya apabila Siti hanya menulis kapsyen ringkas: “The wait is almost over.. Hang tight, we are almost there..” (Penantian hampir berakhir… bersabarlah, kita hampir sampai).


Perkongsian itu pantas mencuri perhatian lebih 9 juta pengikut Instagram beliau yang rata-ratanya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai spekulasi.


Ada yang menjangkakan hantaran itu mungkin projek album baharu, konsert mega, malah tidak kurang juga yang meneka beliau bakal muncul dengan kolaborasi istimewa bersama artis antarabangsa.


“Saya teka Siti Nurhaliza 30 Golden Years Live at Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), January 2026,” demikian antara komen peminat.


Sehingga kini, hantaran tersebut meraih hampir 5,000 tanda suka dan ratusan komen dalam tempoh sehari.


Walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan Siti, strategi pemasaran berbentuk teaser ini bukanlah perkara baharu buat diva nombor satu tersebut.


Setiap kali beliau memberi bayangan mengenai projek terbaharunya, pasti akan menjadi perbualan hangat bukan sahaja di Malaysia malah turut mendapat perhatian peminat serantau termasuk di Indonesia, Singapura dan Brunei.


Siti sebelum ini pernah mencatat sejarah sebagai artis dengan konsert paling ramai penonton menerusi penganjuran konsert berskala besar Fantasia Tour pada 2004 yang berjaya mengumpulkan seramai 70,000 peminat di SNBJ.


Bagaimanapun, rekod tersebut berjaya dipintas kumpulan tersohor dunia Coldplay pada 2023 dengan jumlah penonton melebihi 75,000 orang.


Sumber: – Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2025 09:12 AM | Show all posts
terpaling.. nk jugekss..
haaa ambik laa tahta tu mak aji..
coldplay pun tak heran.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Penuh acik2 aje konsert dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Fantasia tour dulu tu percuma ke bayor eh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 10:58 AM | Show all posts
asik buat concert je, sama cam toksir tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2025 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Berangan tu free
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 29-9-2025 10:32 AM
Fantasia tour dulu tu percuma ke bayor eh

Rasanya mcm maxis yg sponsor? ada kena beli prepaid ke hapa?collab dgn budak2 af yg tgh meletup masa tu.bukanlah konsert solo dia semata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2025 12:04 PM | Show all posts
kalau konsert iols harap buat lagi lucky draw hadiah kereta BMW yach macam konsert dekat stadium merdeka haritu... tapi buat indoor la pulek atas faktor cuaca dan numbered seating yang lebih organized gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
X habis2 lg ke makcik ni nk jd teepaling… x ckup lagi ke dgn keduniaan… gitohhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 12:10 PM | Show all posts
hope ctdk boleh atasi jumlah penonton konsert coldplay. yg duk bitter dengan ctdk tu dah kenapa ya. madonna , cher lagi tua kut. tapi wat konsert laris jew. lagi pun, lagu baru ctdk menamakan cintamu  dah mula popular di seluruh malaysia. 30 tahun still No.1. mmg hebat tu. tahniah ctdk.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 12:14 PM | Show all posts
Edited by zasrfikri at 29-9-2025 12:16 PM
alesandra replied at 29-9-2025 11:10 AM
Rasanya mcm maxis yg sponsor? ada kena beli prepaid ke hapa?collab dgn budak2 af yg tgh meletup ma ...

budak af mmg la peymes masa tu tapi ctdk masa tu mmg sangat popular pun. fantasia tour mmg fenomena pun. rasa2x kalau budak af masa tu wat konsert ngan artis lain, boleh ke capai 70k. sah sah la tak ya. masa tu misha omar tgh meletop pun tak kopiden nak wat konsert even dah ada dua album masa tu. sama gak spider  album laris di pasaran pun, paling kuat wat showcase kt planet hollywood atau hardrock cafe atau gig. zaman skang, album takde, single suam suam kuku, duk gigih nak wat konsert gak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 12:24 PM | Show all posts
zasrfikri replied at 29-9-2025 12:10 PM
hope ctdk boleh atasi jumlah penonton konsert coldplay. yg duk bitter dengan ctdk tu dah kenapa ya.  ...

tapi iols rasa kedudukan coldplay akan dipintas MCR tahun depan...
but still, sapa jah penyanyi malaysia yang mampooo berkonsert dekat SNBJ khenn... idolat haterz nak buat dekat Axiata pun terkemut2 fikir gimik
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 12:38 PM | Show all posts
sleepandream replied at 29-9-2025 12:24 PM
tapi iols rasa kedudukan coldplay akan dipintas MCR tahun depan...
but still, sapa jah penyanyi ma ...

MCR kalau 1 hari 60k je.. so combine 2 hari blh la lawan coldplay.. cuols pegi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar, mesti pergi ni, tak pergi nanti menyesal
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 01:07 PM | Show all posts
BungaKencana replied at 29-9-2025 12:38 PM
MCR kalau 1 hari 60k je.. so combine 2 hari blh la lawan coldplay.. cuols pegi ke?

MCR iols dah beli tix second day... trauma pulek fikir nak cari parking nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2025 01:13 PM | Show all posts
meols nak pegi! alah ramai je yang akan pegi nyah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Thumbs up Siti!! Cukup time pencen ,,rehat mcm yang di inginkan... aku x pernah pegi konsert Siti,,tp bila tgk dekat TikTok vtt konsert dia..mmg syok semacam hahaha... mak iti mmg pawahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 02:21 PM | Show all posts
sleepandream replied at 29-9-2025 01:07 PM
MCR iols dah beli tix second day... trauma pulek fikir nak cari parking nanti

iols day 1..

hr tu tokti perform dkt Encore lps habis lagu Senandung Anak Melaka dia hint ttg konsert nk buat dkt Melaka.. Iols tikam dia nk buat dkt Encore tu tp bukan 30 dekad punye mgkn Irama Malaysia tu... mungkinnnnnnnn... sbb masa dia perform TMMelaka hr tu dia tak sebut apa2 psl konsert di melaka..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 02:32 PM | Show all posts
BungaKencana replied at 29-9-2025 02:21 PM
iols day 1..

hr tu tokti perform dkt Encore lps habis lagu Senandung Anak Melaka dia hint ttg  ...

masa day 1 iols battle tix takde luck... chuols pakai jampi apa

wow kalau Encore high probability iols akan pergi... sebab betul2 new experience... nak rasa seat pusing2 tuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.144934 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list