|
View: 441|Reply: 8
|
‘Makin berleluasa ulat parking’ - Aksi berani perempuan sound ulat parking dipuji ramai
[Copy link]
|
|
|
 ‘Makin berleluasa ulat parking’ - Aksi berani perempuan "sound" ulat parking dipuji ramai
PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki dipercayai ‘ulat parkir’ yang mengutip wang parkir tanpa kebenaran pihak berkuasa mencuri perhatian ramai selepas disoal siasat pihak polis, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads oleh @hafinazihanafiah, dia yang menjadi mangsa telah melihat dua anggota polis peronda bermotosikal menahan lelaki itu yang didakwa meminta dan mengutip wang parkir tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Menurutnya, lelaki itu telah berulang kali memintanya membayar parkir walaupun tidak mempunyai sebarang kebenaran.
“Dari tadi lagi dia meminta duit parkir dari saya. Dia tiada kebenaran pun untuk kutip duit parkir,” katanya kepada pihak polis tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata turut turut bimbang dengan isu tersebut yang semakin berleluasa.
“Sudah ramai sangat orang-orang ‘ulat parkir’ ni lebih-lebih lagi kawasan Kuala Lumpur. Sekali kutip sudah RM10, RM20. Padahal situ kawasan parkir awam. Harap pihak berkuasa lebih tegas,” komen Jamal.
“Terima kasih dedahkan kes ‘ulat parkir’ ni. Semakin menjadi-jadi pula dekat Kuala Lumpur ini,” kata Adrin.
“Bagus terus ke balai polis saja. Bawa video ni terus untuk buat laporan polis rasmi, baru boleh tangkap terus. Tidak perlu tanya-tanya lagi, kalau tidak, tak akan selesai kes ni,” komen Irisz.
Sumber : – KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Itupun polis tak tangkap. Lemahh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix: Itupun polis tak tangkap. Lema ...
Sebab ada abg besar jaga dorg ni. Polis ambik tindakkan, polis yg kena. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu pernah nampak orang tua lempang ulat parkir macam ni. kita tengok yang takut, kot2 jadi agresif. ulat tu guide kereta masuk parkir kosong, pastu pakcik tu belok ke parkir kosong lain. pastu ulat tu datang jugak ke kereta mintak RM5 tak silap, sebab nampak tangan dia buat isyarat 5 jari. tapi 5 jari lain yang sampai ke muka dia
pakcik tu kata dia dah bayar duit parkir kat tepon, pakai app la kut. pastu orang ramai pandang2, ulat tu blah. kus semangat. harapnye pakcik tu selamat
tapi tu la, last time iols nak parking ada ulat tiket, terus keluar balik, pecut pegi tempat lain. takut aku  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
iols lebih sygkan kereta. kalau nampak ulat, iols tak proceed. 1: sbb taknk byr ulat tu, 2: iols xnak kereta kena calar kalau sbb taknak byr dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
x bayar kereta kena calar or dirosakkan
nak jadi ulat pun minta je la singgit
ni sampai rm10 rm10 rm20 ko tapau
tapi tak kaya2 pun
tetap jadi pencacai
yang kaya boss juga
nasib badan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia the next mexico sissy.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ulat parking ni org tempatan ke..kalo kt pasar tak tahu lah ulat parking ke apa..aku tgk semua bg duit lps keluar parking..kesian tgk yg jaga tu org tua.. sebelum bg duit aku tnye melayu ke..kalo melayu aku xkisah sedekah je.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skit lg jd mcm kat indon sana, pungli (pungutan liar) merata2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|