|
View: 2446|Reply: 29
|
Rosmah terkilan ramai 'gembira' dengan penderitaan Najib - "Saya tak peduli kerana tuduhan itu semua tidak benar"
[Copy link]
|
|
|
Kuala Lumpur : "Saya tak peduli kerana tuduhan itu semua tidak benar," demikian tegas Datin Seri Rosmah Mansor ketika mengulas dakwaan pihak tertentu yang sering menuding jari ke arahnya sebagai punca kejatuhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Isteri kepada bekas pemimpin negara itu menyifatkan segala tohmahan dilemparkan terhadapnya sebagai sesuatu yang tidak berasas, malah memilih untuk tidak membiarkan kata-kata nista mengganggu emosinya.
Menurut beliau, keyakinan itu hadir kerana individu paling dekat dengannya termasuk ahli keluarga serta sahabat handai lebih mengetahui kebenaran di sebalik segala naratif negatif yang dibina pihak luar.
Dalam pertemuan bersama BH di kediamannya di sini semalam, Rosmah yang tampil dengan riak wajah tenang menjelaskan keutamaan beliau kini untuk kekal bersemangat demi kelangsungan dan kekuatan seluruh ahli keluarganya dalam mendepani ujian getir ketika ini.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan terhadap segelintir pihak, khususnya pemimpin politik, yang dilihat seolah-olah berpesta di atas penderitaan yang sedang dialami oleh keluarganya.
"Apa yang menyedihkan ialah apabila ada pihak yang bergembira dengan kesusahan dan dugaan keluarga kami," katanya merujuk reaksi sorakan beberapa pemimpin parti selepas Najib disabitkan kesalahan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Walau seberapa banyak pun kebencian mereka terhadap Najib dan saya, saya rasa tidak perlulah ada yang bergembira atas kesusahan kami," luahnya lagi dengan nada terkilan.
Untuk rekod, Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda berjumlah lebih RM11 bilion berhubung kes tersebut.
Mengulas lanjut fasa kehidupannya ketika ini, Rosmah berkata, beliau lebih selesa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Allah SWT supaya keadilan serta kebenaran dapat ditegakkan pada masa hadapan.
Beliau secara terbuka menyatakan bahawa apa yang berlaku pada hari ini mempunyai kaitan rapat dengan percaturan politik tanah air.
"Sebagai seorang isteri, tanggungjawab utama kini untuk terus memberikan sokongan moral melalui doa.
"Semua orang tahu, apa yang berlaku hari ini adalah kerana politik. Sebagai isteri, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keadilan untuk suami saya," katanya.
Menyentuh rutin harian, beliau memaklumkan masanya kini banyak dihabiskan dengan menguruskan cucu dan keluarga, selain dikelilingi sahabat serta saudara-mara yang menjadi 'support system' (sistem sokongan) paling kuat buatnya.
"Solat, mengaji... semua amalan saya dengan Allah SWT tak perlu saya ceritakan semuanya. Pastinya saya sebagai isteri sentiasa mendoakan suami saya," katanya.
Meskipun melalui tempoh mencabar, Rosmah berkata, beliau perlu sentiasa mempamerkan imej tenang kerana itu keinginan Najib sendiri.
"Saya pasti itu yang beliau (Najib) mahu, saya kena kuat demi keluarga kami. Jika diikutkan, sebenarnya beliau lebih marah mengenai cerita-cerita palsu yang tersebar kini," katanya.
Mendedahkan isi hati suaminya, Rosmah berkata, perkara paling dikesali bekas Perdana Menteri itu adalah kehilangan peluang untuk melihat cucu-cucunya membesar di depan mata.
"Banyak 'milestone' (detik penting) dalam keluarga yang beliau terlepas. Itu yang paling kami kesalkan.
"Cucu-cucu semuanya amat menyayangi datuk mereka dan sering bertanya mengenai Najib. Kami cuba sedaya upaya melindungi mereka dan berkongsi seberapa banyak yang boleh," katanya.
Jumaat lalu, Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion atas 25 pertuduhan membabitkan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB.
Mahkamah mendapati Najib bersalah atas empat pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA).
Sumber:– Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersabar lah Datin Seri Rosmah...
Kadang Allah bg kesusahan sbb Allah sayang...DIA nak hamba-NYA kembali kepada -NYA..
yang kita takut Allah x bg ujian...sbb Allah mmg x nak kita dekat dengan-NYA...
kita sebagai manusia ni kan ke mudah lalai dan alpa...
gembira di dunia x bermakna di akhirat kelak pun mereka boleh gembira...
klu mmg kita betul org kena kan kita....berdoalah dan kembali kepada-NYA....
doa org yang teranianya ni mustajab...
klu kita salah...ni lah masanya kita bertaubat...mencari keampunan dari -NYA..
semoga kita di berikan pengakhiran/kematian di dalam Husnul Khotimah....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa rupanya jadi begitu? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 29-12-2025 10:32 AM
kenapa rupanya jadi begitu?
Kan..?
Diaorang ni still ada duit kan? Soalan jujur ni, they still have money to live comfortably kan? Kenapa dia tak rawat kulit dia yang sampai macam tu rupa. Sebab kening 'Spock' dia tu biasanya hasil Botox / neurotoxins yang placements on the forehead areas tak berapa balanced. Botox ni bukan tahan selamanya meaning kena pergi cucuk every few months else the paralyzed muscles tu go back to their original conditions. Meaning kak Mah dok pergi top up Botox regularly sebab kening tu sentiasa arching up. Then why tak address sekali kulit tu buat laser treatments ke apa. Confused. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian kak Mah  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sukati ko la opah oii.. ko susah skrg ttp senang jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke tuduhan grab milik rosmah tu tak benar? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rosmah buat onlyfans agak2 boleh laku dak sissy?  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gitu....... play victim nye. hi kak mah, if u baca porum dgr nih. u bertobat, itu antara u dgn Allah. tp i x halalkan sesen pon duit2 rakyat (yg ada hak i) yg u, tok laki n famili u songlap ok.semoga allah bg u, tok laki u n sume politician yg corrupt ni, balasan di dunia (agar jd iktibar kt generasi yg seterusnya) dan sampai akhirat i tuntut dpn Allah nnt. sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berbeliyun beliyun tapi cukai pun tak mau bayar
Marhaens pun bayar cukai
Gebrek  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
semangat kak mah... mesti kak mah boleh melalui segala ujian kannn...
anak2 dan menantu masih ada kan... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Utk ubati kesunyian kak mAh apa kata gi shopping handbag, beli kasut yg branded, melancong overseas bla BLA, beli crown buat koleksi byk2, lg pun duit berkepuk byk2 lps bebas bak burung di langit biru kes songlap duit solarr tu nk buat apa kan... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kak mah takde hadir mahkamah tiap kali DSNR dtg kan? Tak macak Kak Wan, asal hari perbicaraan DSAI je mesti dia dan anak2 ada. I wonder Kak Mah tak rindu ke nak jumpa DSNR? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 29-12-2025 05:54 PM
tapi kak mah takde hadir mahkamah tiap kali DSNR dtg kan? Tak macak Kak Wan, asal hari perbicaraan D ...
bossmu nk ke jumpa
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Of course x peduli
Masuk jail atau tidak, kau anak beranak tetap kaya beratus biliyun
So we all pun x peduli whatever ur feelings are
Yg penting yg bersalah kena menjalani hukuman yg ditetapkan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Walau seberapa banyak pun kebencian mereka terhadap Najib dan saya, saya rasa tidak perlulah ada yang bergembira atas kesusahan kami," luahnya lagi dengan nada terkilan.
Bukan laki kau dulu kaki troll jugak kan?
Bergembira bila suami org masuk jail
Ke buat2 amnesia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm masuk kubur bawak kain kapan je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm Rupa ahli sihir yg digambarkn dlm movie2.. rujukan kak mah gmbr ape ye |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|