CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3968|Reply: 49

[Tempatan] Ubat diabetis ‘sold out’, ramai guna untuk kuruskan badan

[Copy link]
Post time 1-1-2026 07:48 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Trend mempromosikan ubat  diabetes yang digunakan untuk kurus kini semakin berleluasa di media sosial.

Lebih membimbangkan kata Public Health Malaysia (PHM) di aplikasi Threads, individu yang mempromosikan ubat tersebut adalah dalam kalangan pengamal profesional.

“Kami melihat trend membimbangkan di media sosial apabila ubat diabetes yang digunakan untuk kurus dipromosikan secara terang-terangan oleh pengamal profesional.

“Sesungguhnya, ubat ini ‘sold out’ satu negara disebabkan ramai yang ingin mencari dan wujud penipuan kerana ramai terdesak untuk mendapatkannya,”tulisnya.

Ekoran fenomena itu kata PHM, orang ramai yang memerlukan ubat itu untuk rawatan penyakit menjadi sukar mendapatkan bekalan ubat tersebut.

“Lebih parah, yang sedang menggunakan ubat ini pula mengalami kesukaran untuk meneruskan ubat tersebut kerana ketiadaan stok,”kata PHM.- KOSMO! ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mounjaro ke ni... Member ak pun ajak... X maunya ak.. Dah la mahal.. Kot ada side effects lg parah.. Umur da meningkat... X berani
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 1-1-2026 08:10 AM
Mounjaro ke ni... Member ak pun ajak... X maunya ak.. Dah la mahal.. Kot ada side effects lg parah.. ...

Even ozempic tu pun ada side effect esp pd yg takde diabetes tp saja makan sbb nk kurus. Ada report psl sape consume tu mmg berat takkan berhenti turun sampai jadi cengkung.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyusahkan org yg betul2 memerlukan ubat tersebut. Takde penyakit cari penyakit...sendiri malas nk jaga pemakanan dan bersenam. Kalau boleh nak parking betul2 dpn lif atau kedai yg dia nak masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg betul doktor legit pun duk promote ozempic ni..mostly Dr muda yg grad swasta biasiswa fama takde kontrak dgn JPA..pas grad je bukak klinik sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ramai cati ubat ni...anak buah yg keja kat AA Pharmacy pun cakap ubat mcm ni cepat je habis.
Dia juga la yg bukak citer x yah caya la ada retis pompuan yg promot diet baik, makan sesudu nasik bagai tu..ghopenya dia pun melantak ubat ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2026 03:32 PM | Show all posts
kenapa doc sarankan orang ambik monjaro ozempik tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlina replied at 1-1-2026 11:06 AM
Mmg ramai cati ubat ni...anak buah yg keja kat AA Pharmacy pun cakap ubat mcm ni cepat je habis.
Dia ...

Pasah sendat ke..muka ozempic gak dia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 1-1-2026 02:34 AM
Mmg betul doktor legit pun duk promote ozempic ni..mostly Dr muda yg grad swasta biasiswa fama takde ...

Kat Threads ramai.

Semoga dapat diabetis betul2. Yang menjual tu upgrade sikit dapat kanser otak ka apa. Sebab ramai yang...Tak jual ikut SOP betul2. Dengan manusia berat 65kg pun dibantainya jual. Gila.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 1-1-2026 03:35 PM
Pasah sendat ke..muka ozempic gak dia tu

Sape ke lagi kalau bukan dia..ramai lagi.
Deme ni memang tak takut langsung kesan ubat ni kat buah pinggang
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis2 paling ramai amek ozempic.. Membongak konon minum products timbang kilo boleh susut berat badan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak ani pun "tak sengaja" spill tokti ambik ozempic.


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlina replied at 1-1-2026 04:53 PM
Sape ke lagi kalau bukan dia..ramai lagi.
Deme ni memang tak takut langsung kesan ubat ni kat buah ...

Zarazya kena kanser buah pinggang. Weols suspek sbb drip.


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 08:48 PM | Show all posts
soalan jujur
memang susah ke nk turun berat kalau control makan dan bersenam regularly?
yang berat bertambah ni
pasti anda pernah mempunyai berat badan seimbang satu waktu dulu kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 11:21 PM | Show all posts
gekkou replied at 1-1-2026 12:48 PM
soalan jujur
memang susah ke nk turun berat kalau control makan dan bersenam regularly?
yang berat b ...

sebenarnya yang buat susah tu sebab makanan dalam gula. kita siang malam gula.
sarapan gula tengahari gula.malam gula.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 12:57 AM | Show all posts
gekkou replied at 1-1-2026 08:48 PM
soalan jujur
memang susah ke nk turun berat kalau control makan dan bersenam regularly?
yang berat b ...

susah...

jika secara semulajadi perangai makan tu mcm biasa atau tak peduli sgt pasal makan maka tak akan ada masalah berat badan.

Berat jadi susah nak kawal bila diri terpengaruh atau ketagih dgn rasa sedap makanan dan tak tahan berlapar... kalau metabolisme dan penghadaman, serta gaya hidup dgn aktiviti harian yg aktif, badan masih boleh bertahan, susah jg naik berat badan.. tp bila dah berumur, badan dah takboleh sgt nak proses makanan tu semua, malas pulak nak bersenam maka perlahan-lahan badan akan jd tong dram.. klu muda2 dah jadi tong dram maka pasal ketagih makanlah tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2026 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni bolwh cam ozempic memancar kat muka.


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ZORRO5555 replied at 1-1-2026 05:06 PM
Artis2 paling ramai amek ozempic.. Membongak konon minum products timbang kilo boleh susut berat bad ...

then jual ubatkuyus overprice overclaimkan...pentaksub dan agent stokis je beli ratus unit
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba korang mengimbau zaman muda yg kurus dulu2 pi kedai jalan kaki pi sekolah jalan kaki kampus jalan kaki mkn 2x, la ni duit byk mknn masak sedap lagi x boleh lapar mkn 7 mlm 10 mlm lapar balik pastu x mkn sayur hijau racun susah cuci siang dan makan sayur senang cuci senang potong
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols hari tu tertengok drama kat tv. Serious terperanjat dengan muka jasmin hamid sekarang. Mcm dah nak terkeluar bijik mata sheols dekat tv 75 inci meols ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053133 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list