CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2274|Reply: 28

[Dunia] Zohran Mamdani, angkat sumpah Datuk Bandar New York guna al-Quran

[Copy link]
Post time 2-1-2026 08:10 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Zohran Mamdani mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar New York sejurus sebelum tengah malam kelmarin, sekali gus menjadi Muslim pertama yang memimpin kota metropolitan terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu selepas mengangkat sumpah jawatan dengan meletakkan tangannya di atas al-Quran.

Upacara angkat sumpah itu berlangsung di stesen kereta api bawah tanah Old City Hall yang tidak lagi beroperasi.


Peguam Negara New York, Letitia James, menyempurnakan upcara angkat sumpah itu di hadapan keluarga Mamdani, menjelang majlis umum yang dijadualkan berlangsung hari ini dan akan dipimpin oleh Senator Bernie Sanders.

Mamdani menggunakan kitab suci peninggalan datuknya dan salinan berusia 200 tahun yang dipinjam dari Perpustakaan Awam New York (NYPL) untuk acara persendirian tersebut yang berlangsung di stesen kereta api bawah tanah terbiar di Times Square.

Pejabat beliau menjelaskan lokasi di bawah Dewan Bandar Raya dipilih untuk mencerminkan komitmen beliau kepada golongan pekerja selepas parti Demokrat berkempen untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Ia satu penghormatan seumur hidup,” katanya selepas majlis angkat sumpah tersebut yang dilakukan di hadapan Peguam Negara New York, Letitia James yang sebelum ini pernah mendakwa Presiden Donald Trump berhubung kes penipuan.

Mamdani, 34, juga individu kelahiran Afrika pertama yang berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York. Beliau dilahirkan di Uganda kepada ibu bapa imigran dari India.

Beliau memenangi pemilihan Datuk Bandar pada 4 November lalu dengan menewaskan bekas Gabenor New York Andrew Cuomo serta calon Republikan, Curtis Sliwa, sekali gus mencatat kemenangan bersejarah bagi sayap progresif Parti Demokrat.

Pelantikan beliau dijangka menimbulkan pertikaian dengan Trump memandangkan dasar kedua-duanya termasuk dalam isu imigresen saling bertentangan. -AFP



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih power dari ramai ketua negara.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-1-2026 04:15 PM
Lebih power dari ramai ketua negara.

Power apa dia ada?...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullillah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 12:39 PM | Show all posts

adalah power dia
kalau tak dia di level biasyer biasyerrr ker macam awak
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 1-1-2026 08:39 PM
adalah power dia
kalau tak dia di level biasyer biasyerrr ker macam awak

Kencing boleh la.. Untuk shiok sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2026 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bruh, he was a rapper called Mr. Cardamom before jumping into politics ni kira power la haha



RiP
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Shakira law

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 01:45 PM | Show all posts
takyah la tungang2 quran tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 06:51 PM | Show all posts

Power (reads resources) sebagai seorang datuk bandar yang kaya raya.

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 06:52 PM | Show all posts
alesandra replied at 2-1-2026 01:45 PM
takyah la tungang2 quran tu

it's customary angkat sumpah macam tu. Dah dia muslim kena lah guna quran.

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 07:38 PM | Show all posts
Berharap tidak berakhir seperti sidek khan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat kerja jangan tak buat


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pulak yg kontra sejuk


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-1-2026 02:51 AM
Power (reads resources) sebagai seorang datuk bandar yang kaya raya.

Ooo begitu.... Die hard fan dia mesti rasa entitled sangat kannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nothing out of the ordinary. Boleh je guna apa2 kitab ikut kepercayaan sendiri kat sana. Berkhidmatlah dengan adil utk semua rakyat berlainan bangsa & agama dan jgn memalukan agama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2026 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 2-1-2026 03:38 AM
Berharap tidak berakhir seperti sidek khan.

Lagi teruk dari khan mahu menang dengan membohong... Sesuai dengan voter dia... Memalu kan orang lain ada education... Prolly voters same mentality seperti londoners.... Populist + socialist comunist...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejarah British Indians di Uganda.  Atok nenek si Mamdani ni.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 04:50 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-1-2026 06:52 PM
it's customary angkat sumpah macam tu. Dah dia muslim kena lah guna quran.

customary bukan mandatory.boleh je dia tolak.islam ni praktikal sepatutnya bukan  tradisi.dlm al- quran haram lgbt .dia??quran tu bukan utk dijunjung2 utk di angkat sumpah.nabi xde ajar pun benda2 gini
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 05:38 PM | Show all posts
alhamdulilah. org islam jugak menang utk memimpin new york. harap lepas ni ada presiden AS Islam. Suda suda la dgn si trump ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.115956 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list