CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3801|Reply: 53

[Tempatan] Netizen Terkesima Haliza Maysuri tempah kain kafan RM999 Dari Rizalman sebagai persediaan ke alam kubur

[Copy link]
Post time 4-1-2026 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 4-1-2026 04:01 PM

Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang usahawan menempah kain kafan dengan seorang pereka terkenal.

Difahamkan, kain kafan sebagai persediaan untuk kematian itu ditempah dengan harga RM999.

Perkongsian tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila persediaan akhir hayat dikaitkan dengan harga dan jenama.

Video itu sekali gus menimbulkan persoalan tentang kefahaman sebenar berkaitan kematian dalam Islam.
  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2026 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts

PETALING JAYA: Kontroversi mengenai kain kafan berharga RM999 yang mencetuskan perdebatan di media sosial ketika ini mendapat teguran daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Ahmad Fauwaz Fadzil.

Beliau berkata, kecelaruan ‘mizan’ boleh menyebabkan seseorang mengambil tindakan yang ganjil namun perbuatan tersebut tidak diharamkan.

“Kita bukan mengharamkan tindakan sedemikian. Namun, kita perlu mengetahui bahawa setiap keadaan ada mizan dan neracanya.

“Tidak salah menempah kain kafan dengan sesiapa, namun cuba elakkan ungkapan pakaian berjenama ketika kematian kerana mizan pada ketika itu adalah amalan soleh kita.

“Mungkin niatnya baik, tetapi perkara yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat perlu dielakkan. Kalau ada kekeliruan, datanglah ke pejabat saya dan kita akan jelaskan kekeliruan tersebut. Saya sayang masyarakat saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, seorang usahawan terkenal mencetuskan perdebatan di media sosial selepas berkongsi bahawa beliau telah menempah pakaian untuk ke alam kubur sebagai persiapan menghadapi kematian.

Difahamkan, set kain kafan tersebut ditempah khas daripada pereka fesyen terkenal tanah air pada harga RM999.

Berdasarkan perkongsian di laman media sosial, usahawan berkenaan mendakwa keputusan itu dibuat sebagai satu bentuk peringatan diri serta persediaan awal untuk kehidupan selepas mati. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 04:22 PM | Show all posts
Nak mati pun masih lapar perhatian.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 04:27 PM | Show all posts
Nohhhh
Pasni mesti ramai yg ikut beli kain kapan berjenama
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kaya tapi x cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 04:47 PM | Show all posts
dah kenapa rambut si rizalman tu macam tu ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2026 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk lagi cara ko boleh buat ..byk product2 yg x menyesatkan mengelirukan org utk ko buat amal utk salurkan ke yayasan ko kononnye... org yg membeli pun bahlul ayat ayatckp nye punya bongkak..masa hidup guna baju RI , mati pun nk RI..banggang punya manusia...boikot RI dan Bawal ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 04:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2026 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 4-1-2026 04:47 PM
dah kenapa rambut si rizalman tu macam tu ?

Dah tak pakai kopiah Miu Miu?


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
LHDN taknak cek ke makcik ni mane dpt duit membazir2 mcm ni. Jual tudung je pun. Ke jual tudung skali bisnes laundry jugak ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 05:34 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-1-2026 08:22 AM
Nak mati pun masih lapar perhatian.

sedihkan tengok orang melayu meniaga.
paki + acheh datang malaysia elok je niaga bende keperluan.
yang tuan tanah jual bende barang bukan bukan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Set kain kapan around rm200-300 kan? Maybe dia mengambil kira inflasi in future. Who knows lagi 20 tahun set kain kapan ni harganya cecah rm1000.. cuma bagi aku mcm tak sesuai mention jenama
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 06:17 PM | Show all posts
annehuda replied at 4-1-2026 05:06 PM
LHDN taknak cek ke makcik ni mane dpt duit membazir2 mcm ni. Jual tudung je pun. Ke jual tudung skal ...

tudung dia mahai nak mampuihhhh

ada swarovski

harga 5 - 6 angka

yg murah pun ada juga lah...ratus ratus gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 06:20 PM | Show all posts
kain kapan sheols daripada sutera kah?
and ada cop RI?

banyak ye duit mereka2 ni
baguslah beringat utk mati
tapi ada unsur riak bila post pasal jenama
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik haliza iols suka content dia pasal kucing je
Lelain iols skip jaa

Btw pasti ke mati nanti merasa pakai kapan 999 tu, sedangkan acik kat kg yg dah beli sesiap kain kapan dan kain batek bagai siap buat nota peringatan kat anak2 pun tak merasa pakai.
Anak tau bila kemas barang2 mak baru terjumpa lerr mak depa siap dah beli persiapan tuk mati.

Lagi satu kita ni pun taktau ajal kita kat mana, kalau kat tmpt jauh dr rumah yg tak membolehkan jenazah kita dikebumikan kat tanahair ni makanya kain kapan seadanya saja laa akan digunakan olh pihak yg akan uruskan kita tu nnt.
Itupun kalau jasad masih elok tuk dibungkus kalau mati tgh laut kaaaa atas langit kaaa haaa ilang lenyap tak terlihat cemana plak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Miskin asyik kena hina sangat ke deme ni dulu bila dah kaya tak abis2 bodoh tayang kaya? Who you tryna impress?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2026 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 4-1-2026 07:08 PM

Btw, aku setuju idea Rizalman.

Arwah nenek aku pun dah siapkan dengan kain kapan yang dia rendam dengan air zamzam dan tikar mengkuang untuk mandi jenazah dan alas jenazah.

Tapi disebabkan penyimpanan tak sempurna maka kain telekung tu reput, so kami just gunakan kain yang reput tu sebagai tali kafan dan tikar itu sebagai alas semasa membaca talkin

So kalau Dato' Rizalman siapkan beg tu mungkin kain tu akan tidak reput semasa dalam penyimpanan.

Buku wasiat tu pun idea yang bagus. Sebab kita akan sentiasa update dan simpan dalam beg tu.

Mungkin harga yang mahal itu termasuk dengan beg yang berkualiti itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 4-1-2026 05:48 PM
Set kain kapan around rm200-300 kan? Maybe dia mengambil kira inflasi in future. Who knows lagi 20 t ...

Mungkin termasuk harga beg itu. Pendapat aku bagus la siap beg.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong la bg dia ni miskin biar sampai kene gadai kain kapan tu utk terus kan hidup.

Bila bg kaya, otak tu x abes2 nak buat posting riak dan sombong. Patu cover dgn nk seimbang dunia akhirat konon.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Org org banggang ni cepat membiak dan berkembang... akhir zaman...satu hari bila ko melingkup baru ko paham makna kain kapan ni...ko siap lah mcm mana pun, semua nye kuasa Allah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.057635 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list