CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15319|Reply: 227

Penyanyi veteran gagal bayar sewa rumah 4 bulan sebanyak RM5,200, degil tak mahu keluar… Pemilik buat laporan polis

[Copy link]
Post time 5-1-2026 04:20 PM | Show all posts |Read mode





SEORANG penyanyi dan pelakon era 1970-an didakwa gagal menjelaskan bayaran sewa rumah selama empat bulan sebanyak RM5,200 dan ‘berdegil’ untuk keluar dari kediaman jenis kondominium di Ampang, Selangor.

Pemilik kediaman tersebut yang mahu dikenali sebagai Mr Chong memberitahu, pihaknya telah menghantar notis kepada penyanyi itu pada Jun tahun lalu supaya dia keluar dalam tempoh tiga bulan.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan memberitahu dia belum mendapatkan tempat tinggal baharu dan masih menetap di rumah tersebut tanpa membayar sewa bulanan.

“Selepas tempoh tiga bulan, dia minta untuk terus tinggal di situ kerana mahu mencari rumah baharu. Namun, dia tidak membuat bayaran sewa bagi bulan Oktober 2025 hingga Januari tahun ini.

“Kali terakhir saya jumpa dia pada awal Disember tahun lalu. Semalam (Ahad) saya ada ke sana, namun cucunya beritahu penyanyi itu tidak mahu berjumpa,” katanya kepada mStar.

Chong juga memberitahu dia telah membuat laporan polis pada 31 Disember lalu berhubung perkara tersebut selain memohon kebenaran untuk masuk ke dalam rumah miliknya bagi kerja pembersihan.

Tindakan tegas itu dibuat kerana dia sudah hilang sabar apabila penyanyi itu seakan-akan tidak mahu memberi kerjasama dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Chong turut mendakwa penyanyi itu sanggup menipu dengan memberi resit palsu bagi bayaran sewa bulan Oktober.

“Dia kata resit itu untuk bulan Oktober, tetapi sebenarnya ia adalah bagi bulan September. Dia menipu, tapi saya diamkan sahaja.

“Saya mahu rumah itu semula untuk kegunaan sendiri. Sekarang saya sudah hilang sabar dan sebab itu tampil membuat laporan polis,” jelasnya.

Katanya lagi, penyanyi itu tidak pernah culas membayar sewa sepanjang tiga tahun menetap di rumah tersebut dan berharap dia dapat memberi kerjasama baik untuk keluar daripada rumah miliknya itu.

“Saya tahu dia orang baik, dia juga bagus dalam membuat bayaran setiap bulan. Pernah ada tertangguh satu bulan tetapi dia menyelesaikannya dengan segera.

“Saya pun kasihan dengan dia. Bukannya mahu menghalau secara kasar, tetapi mungkin ada cara terbaik agar dapat membantu dia,” luahnya.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak mintak zakat n JKM setelkan jugak ke cmne?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli lah rumah atau sekurang kurangnya pprt waktu tengah laku, bila dah tua ada tempat berteduh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:00 PM | Show all posts
Mr Chong cari Nubhan…dia pandai pindahkan barang orang
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapakah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
penyanyi yg ikan dinamakan sempena nama sheol kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2026 05:17 PM | Show all posts


Hint : Anak sakit kena 'buatan orang' tak boleh kerja... (Walaupun elok kemaruk live tiktok hari2, pergi gym bagai.. )
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 5-1-2026 05:11 PM
penyanyi yg ikan dinamakan sempena nama sheol kah?

Bukankah sheols sudah mendapat flat ppr bbrp tahun lepas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dia lama dah dpt ppr ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:21 PM | Show all posts
sayangilah warga tua.. teras masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
NuansaBiru replied at 5-1-2026 05:17 PM
Bukankah sheols sudah mendapat flat ppr bbrp tahun lepas?

Yg I baca tahun 2018 baru mohon ppr.. Xtau la dpt ke idok.. sbb hint situ tulis penyanyi & pelakon 70an.. gmbar byg perempuan & cucu duk sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:35 PM | Show all posts
siapa kah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 5-1-2026 05:17 PM
Hint : Anak sakit kena 'buatan orang' tak boleh kerja... (Walaupun elok kemaruk live tiktok hari2, ...

Ish ishh.. bukankah dia dpt pulau dlu masa kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita compile retis2 veteran yg takde rumah. Masa top top meletop tak mahu beli rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Uji rashid ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 5-1-2026 05:24 PM
Yg I baca tahun 2018 baru mohon ppr.. Xtau la dpt ke idok.. sbb hint situ tulis penyanyi & pelakon ...

Dapat dah, duduk ppr lembah subang.  Dia dpt free pass and go.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 5-1-2026 05:00 PM
Mr Chong cari Nubhan…dia pandai pindahkan barang orang

lol...adoi...kelakar lah you...
apapon Nubhan Duda redflag.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 5-1-2026 05:00 PM
Mr Chong cari Nubhan…dia pandai pindahkan barang orang

Kann. Tak phm aku.. Kalo rumah sewa tak bayo tak leh halau.. Nubhan ni senang senang plk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 5-1-2026 05:11 PM
penyanyi yg ikan dinamakan sempena nama sheol kah?

Ikan mana ni? Kembung? Selar? Haruan? Siakap? Keli?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 5-1-2026 07:13 PM
Kann. Tak phm aku.. Kalo rumah sewa tak bayo tak leh halau.. Nubhan ni senang senang plk..

Sbb dia ada kunci umah.. yg dok situ ex bini dan anak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.146948 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list