CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7851|Reply: 116

Video disyaki anggota dan pegawai ATM berparti ditemani ‘Yeye’ tular, MINDEF arah ATM siasat dakwaan aktiviti tidak bermoral dalam kem tentera

[Copy link]
Post time 5-1-2026 04:27 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarahkan menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam kem tentera yang tular di media sosial.

Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius dakwaan terbabit.

"Sehubungan itu, pihak ATM sudah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.

"MINDEF menegaskan bahawa dakwaan itu tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.

"Jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa," kata kenyataan itu, hari ini.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi MINDEF dan ATM.

"MINDEF dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara," katanya.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah pencen jadi ajk masjid. Tu pun kalau umur panjanglah dan tak bedridden  dan insaf mengenangkan kisah silam yg hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 04:31 PM | Show all posts
Edited by najib888 at 5-1-2026 04:35 PM

Lawak apa ni? Open secret kot.. takkan le MINDEF selama ni tak tau?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat kemain vibe kampung macam pub murahan tempat meols yang kat luar KL tempat jin bertendang ni ja.

Ke memang pub kampung luar bandar?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 5-1-2026 08:33 AM

Ek eleh MINDEF. Arah siasatan konon. Padahal bapak segala saitan dok paling atas.

Selamat la ko whistle blower. Good luck.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 04:36 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2026 04:52 PM | Show all posts
iols doakan org yg bertanggungjwb leak kan news ni dipelihara keselamatan dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 04:53 PM | Show all posts
kalau nak kata ni culture sejak before zmn merdeka, fine lah kan. depa tu omputeh, sah2 takde kepercayaan sgt. tp kalau lps merdeka and muslims mcm ni buat gini, ehhh seramnya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 05:25 PM | Show all posts
najib888 replied at 5-1-2026 08:31 AM
Lawak apa ni? Open secret kot.. takkan le MINDEF selama ni tak tau?

MINDEF mesti dah lama tau. Tapi kalau dah tersebar gini rhopernya, mana nak sorok muka. Israel kena kecam dekat medsos pon boleh koyak, inikan MINDEF.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:34 PM | Show all posts
mana video...nak tengok laki siapa
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada  bukti video ke?
Wowwwwwwww
Tapi tak surprise pun

Ganteng2 six pack kah yg menghorder?
Kalau boyot pendek botak... puihhhhhh uwekkkkkkk

Kesian pegawai2 yg berakhlak mulia serba salah terjebak aktiviti tak bermaruah ini
Moga diselamatkan dari bencana anggota2 yg baik dan berintergiti
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 5-1-2026 08:53 AM
kalau nak kata ni culture sejak before zmn merdeka, fine lah kan. depa tu omputeh, sah2 takde keperc ...

Hado je kepercayaan/agama omputeh tu. Just bukan Islam je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-1-2026 07:30 PM
Hado je kepercayaan/agama omputeh tu. Just bukan Islam je.

Penganut Kristian yg taat, tak minum² arak dan main perempuan,kan?
Yg saya hairan (maaf, tak pasti perkataan yg sesuai), babi pun dia tak makan.
Tapi, dia bukan Katolik atau Protestan, saya lupa apa kepercayaan dia. SIB, Hope, 7th Adventist?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 5-1-2026 11:45 AM
Nurul8001 replied at 5-1-2026 11:39 AM
Penganut Kristian yg taat, tak minum² arak dan main perempuan,kan?
Yg saya hairan (maaf, tak pas ...


Tak.

Yang tak makan babi tu, Gereja 7th Day Adventist @ SDA macam Marsha Milan di zaman kapir. Deol ikut hukum Taurat nabi Musa. Tak silap tindik telinga pun tak boleh sebab dianggap mencemarkan tubuh. Meka banyak ikut kitab Perjanjian Lama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-1-2026 04:30 PM
Bila dah pencen jadi ajk masjid. Tu pun kalau umur panjanglah dan tak bedridden  dan insaf mengenang ...

Agaknya, yg jadi AJK Masjid org lain.
Yg buat hal, org lain pulak?
Diorang kan ramai, melata, mcm semut.
Sekali pencen, beratus, agaknya lah.

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 5-1-2026 07:49 PM
Agaknya, yg jadi AJK Masjid org lain.
Yg buat hal, org lain pulak?
Diorang kan ramai, melata, mcm ...

Mana tau ada yg insaf dgn dosa silam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-1-2026 07:42 PM
Tak.

Yang tak makan babi tu, Gereja 7th Day Adventist @ SDA macam Marsha Milan di zaman kapir. D ...

Tapi boleh je ada bf.


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan betul
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-1-2026 11:51 AM
Tapi boleh je ada bf.

Hormon tu hormon. Tu kan fitroh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 5-1-2026 09:03 PM
dua_chzy replied at 5-1-2026 08:43 PM
Hormon tu hormon. Tu kan fitroh.


Bawak kereta sampai langgar pokok pasal gosip dotdotdot.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.162429 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list