|
View: 2507|Reply: 36
|
[Tempatan]
Sempat curi makanan, duit sebelum langgar mati penuntut UniSZA
[Copy link]
|
|
|
Edited by Abahmung at 7-1-2026 02:57 PM
Lelaki rempuh penuntut UniSZA sakit mental
Nazdy Harun
[email protected]
Keadaan kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berhampiran lampu isyarat di Jalan Kemajuan, semalam. FOTO ARKIB NSTP
Kuala Terengganu: Pemandu Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, lelaki berusia 32 tahun itu disahkan menghidap Major Depression Disoder (MDD) serta mempunyai rekod rawatan sejak Januari tahun lalu.
Menurutnya, pemandu tersebut yang mengalami kecederaan patah tangan kanan dan luka kecil di badan masih menerima rawatan di HSNZ.
"Kenderaan Honda Jazz dipandu lelaki itu adalah milik adiknya sendiri dan bukannya kenderaan curi seperti yang ditularkan di media sosial.
"Sebelum kejadian, lelaki terbabit sempat menceroboh masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda City yang parkir di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan mencuri beberapa barangan termasuk wang tunai sebanyak RM200 milik pemilik kenderaan berkenaan.
"Lelaki itu juga seterusnya masuk semula ke dalam Honda Jazz dan memecut kenderaan itu sebelum berlaku kemalangan di Jalan Kemajuan," katanya.
Bagaimanapun, orang ramai diminta hentikan spekulasi dan penyebaran maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu.
Tambahnya, lelaki itu akan ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
* link fb video dashcam kejadian:
https://www.facebook.com/reel/874677351727466/?app=fbl |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 6-1-2026 07:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Abahmung at 6-1-2026 08:14 PM
Sempat curi makanan, duit sebelum langgar mati penuntut UniSZA
Nazdy Harun
[email protected]
KERETA Honda City milik Mohd Hanafi yang dimasuki lelaki baju kuning sebelum berlaku kemalangan di Jalan Kemajuan, Bukit Kecil semalam. FOTO Ihsan Mohd Hanafi
Kuala Terengganu: Lelaki yang terbabit dalam kemalangan maut di simpang empat Jalan Kemajuan, Bukit Kecil, di sini, semalam, hingga menyebabkan kematian penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Syakirah Hanan, 25, dikatakan sempat mencuri makanan dan menceroboh masuk kereta milik individu lain sebelum tragedi berlaku.
Suspek memakai kemeja T kuning dikatakan sempat memasuki sebuah kereta model Honda City sebelum menghidupkan enjin kenderaan itu dan menikmati makanan sebelum meninggalkan lokasi dengan menaiki kereta Honda Jazz.
Pemilik kereta Honda City, Mohd Hanafi Mamat, 29, berkata, dia tertinggal kunci di dalam kereta ketika meninggalkan kenderaan berhampiran Wisma Darul Iman pada pagi kelmarin.
"Ketika waktu rehat tengahari, saya kembali semula ke kereta sebelum mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya. Malah wang tunai berjumlah lebih RM200 hilang dari dalam kereta.
"Saya mengesyaki ada individu memasuki kereta saya kerana terdapat air minuman dan topi pejabat yang ditinggalkan di dalam kereta saya," katanya semalam.
Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta, dia mendapati seorang individu berbaju kuning masuk dan menghidupkan keretanya.
"Individu itu kemudian keluar semula dari kereta saya dengan mengambil sejumlah wang tunai milik saya dan makanan richeese yang dicuri (hanya air dan topi yang ditinggalkan)," katanya.
Menurutnya, tidak lama selepas itu, barulah video kemalangan di simpang Jalan Kemajuan, Bukit Kecil, tular dan dia menyedari individu berbaju kuning yang mencuri makanan di sebuah pejabat, menghidupkan dan mengambil barang dari dalam keretanya adalah individu sama yang terbabit dalam kemalangan itu.
"Saya tidak pasti apa tujuan individu itu masuk ke dalam kereta saya namun saya bernasib baik kereta saya tidak dibawa lari.
"Saya juga tiada kaitan dengan kemalangan itu namun cuma kehilangan barang peribadi sahaja," katanya.
Menurutnya, hasil semakan, kereta Honda Jazz yang dipandu lelaki itu bukan kereta curi tetapi kereta milik adiknya.
"Individu terbabit tidak meninggal dan difahamkan mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm... Simpan komen dulu.. alfatihah pada arwah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eihhh.. banyaknye darah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah Gila menyusahkan orang pulak
Phuiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
penmerah replied at 6-1-2026 08:01 PM
Dah Gila menyusahkan orang pulak
Phuiiiiiiiii
mana la tau...saya kan gila(kali ni jer onggila ngaku dia gila ). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg langgar mati budak2 itm dungun dulu pon minah mental jgk..
Kesimpulan..Ganu mmg ramai ummah sakit jiwa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mdd bukan schizo, takde kaitan nak mencurik then langgar org. yg benar dia kalut nak lari dari kereta yg dia masuk tu, maybe realize ada dashcam then bawak kete melulu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Honda Jazz langgar Perodua Viva. Pemandu Honda Jazz patah tangan manakala pemandu Perodua Viva maut. Kereta viva tu nampak lunyai terus.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jahat giler..ko nk accident terbabas sorang2 tak boleh ke? ni nak gak langgar lampu isyarat merah dan langgar kete lain yang tak bersalah...yg meninggal mangsa.
same thing happen kat pompuan mental langgar budak2uitm kat trg gak ari tu...kenapa org mental masih dibenarkan drive oleh family? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh betul yg tertinggal kunci dlm kereta tu....x faham aku ...dia mmg x kunci la kereta...eiiiii bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 6-1-2026 08:34 PM
jahat giler..ko nk accident terbabas sorang2 tak boleh ke? ni nak gak langgar lampu isyarat merah da ...
depa nak bg saudara yg mental tu hepi... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana mental boleh bawa keta jazz tu dari rumah..
tak mati pulak tu. sedih baca.
kalau tak viva tu yg kena.. mmg keta JPJ kat belakang dia yg kena |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. moga Allah mengampunkan segala dosa2mu dik, mengalir airmata baca kisah adik ni, tgok wajah ayahnya lagi laju airmata.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku yg ada masalah mental dulu pernah bagitau dia nak drive. Tapi ajal jemput dia dulu. Nasib baik masa dia hidup dia tak drive. Takut jadi masalah macam ni lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayah arwah sgt la tenang muka dia. Tapi dalam hati hanya Allah yg tahu.
Moga syurga buat arwah. Orang yg ada masalah mental jgn la keluarga bagi memandu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah acik noor... esok lusa kunci rumah tinggal, kunci opis tinggal, kunci moto tinggal.Silap-silap anak pun boleh tertinggal dalam keta.
Banyak masalah nak pikir tu kot on da way pagi sampai opis. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eeeiiii menatang ni menyushkn org. dh hilg nyawa x pasal2 sbb kan ko! yg family dia kenapa biarlakn si gila ni drive?? sama gila |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|