BUKIT MERTAJAM: Seorang peniaga makanan ala barat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan sengaja melanggar seorang doktor sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian di Lorong RFID Plaza Tol Perai pada 28 Disember lepas.
Tertuduh, Khor Wei Yeak, 32 membuat pengakuan tersebut dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistert Nurul Rasyidah Mohd Akit.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang cahaya mata itu didakwa telah menyebabkan cedera ke atas L Avinash, 32, dengan melanggarnya menggunakan sebuah kereta .
Kesalahan itu didakwa dilakukan di lorong ketiga ( RFI) di Tol Plaza Perai jam 11.30 malam pada 28 Disember lepas.
Pertuduhan dikemukakan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau mana- mana dua daripada hukuman itu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Siti Nur Amalina Harun manakala tertuduh di wakili peguam tertuduh, C. Hari Prassaad Rao.
Semasa prosiding, pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 bagaimanapun peguam tertuduh memohon agar anak guamnya diberikan jaminan yang paling minima.
Menurutnya, anak guamnya berniaga makan dan memperoleh keuntungan RM 1,500 sehingga RM2,000 serta perlu menyara isteri dan anak berusia setahun lima bulan.
Nurul Rasyidah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin .
Mahkamah menetapkan 4 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan perubatan.
Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan seorang lelaki cedera dilanggar kereta di plaza tol berhampiran LLB selepas dia keluar meminta pemandu kereta dibelakangnya berkenaan mengundur ketika kenderaan dipandu isterinya tidak dapat melepasi palang di lorong RFID.
Isteri lelaki itu yang berusia 31 tahun kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Seberang Perai Tengah berhubung kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 malam 28 Disember lepas.
Wanita berkenaan dalam laporannya berkata, suaminya keluar dari kenderaan mereka dan meminta kereta di belakangnya mengundur supaya dia dapat mengundur keluar dari lorong RFID itu selepas mendapat amaran tag tidak sah.
Namun, pertengkaran tercetus antara dua lelaki berkenaan sebelum suspek bertindak melanggar belakang kenderaan dinaiki suami isteri itu sebelum beredar meninggalkan tempat kejadian.
Wanita itu tidak mengalami kecederaan tetapi suaminya mendapat rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) akibat cedera di lengan kiri, rusuk kiri dan kaki kanan.
Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcham) kenderaan mangsa mendapat,suspek ketika itu memandu dengan membawa isterinya.
Susulan kejadian berkenaan, polis menahan sepasang suami isteri untuk tindakan lanjut.
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati kedua-dua mereka positif dadah.
Post time 7-1-2026 03:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Padan muka
Moga tersabit kesalahan lalu di penjara
Ko bernasib baik apek oiii si kel tu mungkin bukan type yg keluar parang
Kalau tak... dua2 type merasa bergari
Post time 7-1-2026 03:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
supernaturalee replied at 7-1-2026 02:54 PM
KLIA pun ada sorang
dgn tinggi lampainya
Ada ye?
Akak selalu jumpa pegawai2 immi klia yg mashaAllah baik sangat
Rupa tu biasalah level malaya
Harap letak ramai2 yg cantik ganteng2 barulah harum klia terpesona pelancong luar
Jgn di letak rupa spt menteri ahpek tongkang setan tu.... bikin suweiii
Tu diaaaaaa akak off topic
Staff klia mmg top notch
Moga diberkati mereka semua
tengok muka nerd kot...tu yg berani..iols perasan ada certain keadaan dorang besar kepala kat certain people, especially perempuan, jenis muka nerd mmg gangster jalan raya berani org2 macam ni...kalau keluar pon muka gangster iols xrasa dia berani..adik lelaki iols pernah kena dgn gangster2 mcm ni, dia tgk muka adik iols macam nepal kot, dia buat gaya2 nak bantai, sekali adik iols sergah mencecet sorry2 bang...adik iols muka jambu pakai baju chef...dia xtao adik iols lg gangster
Post time 7-1-2026 10:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
TOPwind replied at 7-1-2026 07:35 PM
loyer dia suruhlah tu ( supaya positif)
agar jika salah, kira mcm OKU atau mentel tak betul.
Takleh. Laporan dadaa mesti ada bukti bukan suka² taruk dan bentang depan hakim.
Kalau tanya matpet, kena tangkap positif dadaa la paling depa takut. Kompem ke dalam.
Kalau jaman dulu, berkampon kat Pusat Serenti. Sekarang tak pasti masih wujud ke tidak.