CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3360|Reply: 51

[Tempatan] Darsa Fried Chicken sudah 'bungkus'..tapi bukan sebab isu perkauman kata pengasas DFC

[Copy link]
Post time 7-1-2026 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 9-1-2026 08:35 AM

thevocket.com
January 6, 2026




Pada 2 Januari lalu, tular berita mengenai penutupan senyap cawangan Darsa Fried Chicken di Bangi selepas hanya setahun beroperasi.

Penutupan mengejut ini mencetuskan pelbagai teori netizen, malah ada yang mengaitkan kegagalan itu dengan sentimen “100% milik Bumiputera” yang dibawa oleh restoran tersebut.

Tidak mahu tanggapan negatif ini terus menular, pengasas Darsa Fried Chicken langsung memuat naik satu hantaran yang panjang untuk menerangkan situasi yang sebenar di Facebook peribadinya.





Melalui satu penjelasan terbuka, beliau menegaskan bahawa dirinya sudah tidak lagi memegang sebarang kuasa atau peranan dalam menentukan hala tuju syarikat tersebut sejak awal Julai 2025 yang lalu.


Menyentuh mengenai naratif perkauman yang dituduh menjadi punca penutupan outlet Bangi, beliau menyangkal dakwaan tersebut dengan tegas. Menurutnya, isu perkauman bukan faktor penyumbang, sebaliknya hakikat sebenar di sebalik penutupan itu jauh lebih kompleks dan menyedihkan.


“Sejarah perniagaan membuktikan, kebanyakan syarikat jatuh atau ditutup bukan kerana isu kaum atau agama semata-mata, tetapi akibat pengurusan, kewangan, konflik dalaman dan tekanan operasi,” jelas beliau.



Beliau turut menyatakan pendiriannya yang menolak keras sebarang penggunaan sentimen perkauman dalam perniagaan kerana ia bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang Muslim dan rakyat Malaysia.

Malah, beliau mendedahkan bahawa beliau masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan berbangsa Cina dan India yang memahami bahawa kesilapan individu (admin) sebelum ini tidak mewakili pendirian keseluruhan organisasi.




Dalam hantaran yang sama, beliau sekali lagi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terkesan dengan isu perkauman yang pernah dicetuskan oleh admin di bawah seliaannya dahulu.

Beliau mengakui perkara tersebut telah diambil sebagai iktibar besar dan tidak pernah diulang lagi.


Beliau kini hanya berharap agar pihak pengurusan sedia ada dapat mengemudi syarikat dengan lebih bijaksana.

Apa pun yang berlaku, kes ini menjadi pengajaran buat semua pengusaha tempatan bahawa pengurusan dalaman dan integriti operasi adalah nadi sebenar sesebuah perniagaan.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 05:54 PM | Show all posts
Ko tengok Yahudi meniaga ada ka dia tulis 100% milik Yahudi, tak ada kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 06:05 PM | Show all posts
You started up with a conflict, you ended up with a conflict..
Next time kalau nk berniaga buat dasar terbuka
Ini belum apa2 dah menyombong, divisive
Menunggang dgn status bumiputra dan Islam kau
Hujung2 bangsa lain ckp tipikal type M
Menggelabah pula nk explain your own problem
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 06:42 PM | Show all posts
Kemal Umngok nak resign tu

ko ambik dia jadik CEO DFC

bole tonggang bangsa & agama lagik
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 07:05 PM | Show all posts
bisnes silap tunggang kenderaan...  hadaplah.

bisnes tunggang 3r ni memang bersifat sementara...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Fokus isu agama dan bangsa. Bukannya nak jaga kualiti. Bila dah bankrup, isu yang dimainkan tu pulak terpalit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2026 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal kan bukan spa gay
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 08:28 PM | Show all posts
Teknik untuk buat ayam goreng ala kfc bukan lagi rahsia. Kita boleh beli semua peralatan dia dan guna perencah sendiri. Tapi cabarannya adalah bolehkah kita maintain kualiti,keluarkan produk baru yang bermusim seperti bersempena perayaan dan buat promosi sepanjang tahun. Itulah yang sukar dan itulah yang kfc buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 08:52 PM | Show all posts
asalkan bukan macai porum makan dedak haram hasil sakau
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Darsa dgn ahmad xpernah try
Tp lps try d’apple aku rasa diorg ni delulu sgt
Salutan ayam tu sedap lg pasar mlm punya
Pastu gigih buka outlet sebanyak mungkin
Air bg air kordial bancuh je. Harga setanding kfc
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 01:06 AM | Show all posts
cakap saja la tak reti berbisnes. Aura pprt tu kuat sangat lah..presentation pun surndoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah dgr pun ayam darsa ni. Baru tahu kewujudan dan penutupan kedai
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 07:39 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 7-1-2026 04:46 PM
Darsa dgn ahmad xpernah try
Tp lps try d’apple aku rasa diorg ni delulu sgt
Salutan ayam tu sedap l ...

dekat area tempat I boleh plak kfc bukak betul2 sebelah d'apple ni...semenjak bukak terus xrmi org D apple...of koz org masuk kfc u...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 07:47 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 8-1-2026 12:46 AM
Darsa dgn ahmad xpernah try
Tp lps try d’apple aku rasa diorg ni delulu sgt
Salutan ayam tu sedap l ...

betul, dapple tu kurang kena dgn tekak aku. ayam singgit tepi jalan lagi sedap
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 11:43 AM | Show all posts
makton replied at 8-1-2026 07:47 AM
betul, dapple tu kurang kena dgn tekak aku. ayam singgit tepi jalan lagi sedap

Tak pernah dengar dapple. Pernah dengar Darsa tapi tak pernah pergi.
Ahmad FC dekat dengan rumah. Rasa macam KFC tapi I tak boleh buat review sebab bukan peminat KFC pun. Makan pun sebab layan anak-anak aje.

Dekat rumah ada gerai yang jual fried chiken, bubur ayam & beberapa product ayam juga. Rasa pun lebih kurang KFC tapi jauh lebih murah.
Conclusion - ada aje bahan yang boleh dibeli yang membuatkan rasanya sama dengan food outlet yang besar & berantai. Since set up yang kecil maka boleh jual murah.

Your money your taste your choice. Tak payah nak main sentiment & marketing mengarut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 12:28 PM | Show all posts
Aku rasa bungkus bukan sebab racist. Tapi mgm tak sedap. Takleh go rasa dia. Kalau takat racist, hari ni jadi, esok lusa orang lupa dah. Tapi ni mgm rasa out. Sedap lagi ayam pasar malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2026 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Melayu memang tak reti berniaga, terutama sekali yang Melayu Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 01:42 PM | Show all posts
ahmad's tak sedap walau dia claim paling sedap di dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 01:45 PM | Show all posts
poetess replied at 8-1-2026 11:43 AM
Tak pernah dengar dapple. Pernah dengar Darsa tapi tak pernah pergi.
Ahmad FC dekat dengan rumah.  ...

i penah makan darsa yg cawangan kat bukit beruntung tu.
masa tu dah kurang sikit org beratur. rasa dia biasa je. takde beza mcm tepung ayam yg lain.
ayam ahmad pun i penah rasa. yg tu rasa ok sikit, size pun agak besar tp agak mahal. masa i beli tu dia just jual ayam semata.
takde fries, takde burger, takde coleslaw.. skrg tak tahu la klu menu dah dipelbagaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 02:05 PM | Show all posts
Dah pergi caw Bangi dan di Rawang yg 1st outlet tu.
Gigih pergi yg Rawang walaupun jauh gila sebab memang dari dulu sgt sokong produk Muslim lebih-lebih lagi kalau mereka wujudkan kedai Fast Food termasuk HPA masa tu pernah bukak kejap kat Setiawangsa sebelum berkubur...
Tak fikir soal2 dalaman sbb kita ni customer yg suka nak support bangsa sendiri..even pernah jugak pergi kedai Darsa dia yg specialize jual Nasi Arab shj memang sedap ayam dan nasi dia masa tu pergi cawangan area Sepang. Xpasti masih ada lagi ke atau tidak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057981 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list