CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 2965|Reply: 46

[Tempatan] Ponteng hari pertama, ibu ‘booking’ jawatan ketua kelas untuk anak

[Copy link]
Post time 11-1-2026 01:32 AM | Show all posts |Read mode


Ponteng hari pertama, ibu ‘booking’ jawatan ketua kelas untuk anakTangkap layar hantaran mesej ibu yang meminta anaknya dilantik sebagai ketua kelas.



PETALING JAYA – Seorang ibu yang menghantar mesej kepada guru kelas memohon agar anaknya dilantik sebagai ketua kelas walaupun tidak dapat hadir pada hari pertama persekolahan mencuri tumpuan ramai.

Menerusi tangkap layar perkongsian Threads tersebut, ibu berkenaan memohon agar memberikan jawatan ketua kelas kepada anaknya sekiranya ada pelantikan jawatan.

“Assalamualaikum cikgu, anak saya tidak dapat hadir hari pertama persekolahan sebab masih di Bali. Kalau boleh, boleh tak bagi anak saya jadi ketua kelas jika buat pelantikan jawatan?,” tulisnya di hantaran mesej tersebut. Tangkap layar tersebut turut dimuat naik semula di TikTok oleh @hanifkedua2.

Amboi, sudah tidak datang, selepas tu nak jadi ketua kelas pula. Dahsyat ya ibu bapa sekarang ni. Patutlah anak-anak generasi sekarang pun lain macam,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut garis panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), jawatan Ketua Kelas merupakan salah satu peranan yang mendapat markah tertinggi sebanyak 10 markah.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata terkejut dengan keberanian ibu tersebut dan sikap ibu bapa yang memberi impak negatif terhadap generasi muda.

Ibu bapa ramai saja macam ni, nak jawatan untuk anak tetapi anak tu belum tentu layak,” komen Random Musings. Adoi, boleh pula main minta-minta begitu. Dia yang mesej, saya pula yang rasa malu,” kata Rosni Awang.

Kalau saya, saya akan jawab terus saja. Beritahu implikasi kepada anak atau pelajar bila ibu bapa perangai begini. Biar mereka sedar dan faham,” komen @elqskhaleesa – KOSMO! ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2026 02:09 AM | Show all posts
Dari cara dia tu... mungkin dialah mak terpaling vocal aka annoying dalam wasap kelas, wasap pibg, wasap pinjaman buku teks dan wasap kantin sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 11-1-2026 02:09 AM
Dari cara dia tu... mungkin dialah mak terpaling vocal aka annoying dalam wasap kelas, wasap pibg, w ...

Haha...aktif dlm semua benda eh...so we deserve the best gituh....
Tp kdg2 bagus gak ada mak2 gini...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 11-1-2026 02:09 AM
Dari cara dia tu... mungkin dialah mak terpaling vocal aka annoying dalam wasap kelas, wasap pibg, w ...

Klu ada button like.... Ak nk like statement ko.... Dia la yg asik spam WhatsApp group kelas..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 08:23 AM | Show all posts
kat sekolah kami ni ketua kelas kdg cgu lantik kdg undian kelas.
kalau dah terplih jd ketua kelas ni.. selagi dia bersekolah di sini dia lah yg jd ketua kelas sampai abis sekolah hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 09:30 AM | Show all posts
perlantikan ketua kelas buat masa 1st day sekolah ke?tkde undi spr bagai? sekolah pprt mana ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2026 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak jadi ketua kelas & pengawas..banyak 'tanggungjawab'...yg minta tu... sb dia rasa bg dia hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by emera at 11-1-2026 11:33 AM

Sekolah anak aku xde pun ketua kelas, penolong ke apa semua. Prefect ada pun tp org x heran.. nmpk mcmx  berfungsi pun tp sekolah elok je jalan xde apa2 insiden. Budak2 ikut je peraturan dr nursery sampai laa yg sekolah menengah. Tak de org gila jawatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2026 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kecik2 lagi kau nak guna kekdah shortcut jadikan ketua kelas.. politik parents. Pastu no wonder la in reality “hello, kau bagi projek juta2 tu pada anak aku!” Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak mcm ni pun mai interview anak ka bila apply keje?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak sapa ni?iols rasa anak dia skolah rendah kot. X malu betul,dh la masih bercuti lps tu mntak anak jd ketua kelas. Bagus cikgu viralkan,iols sokong.

Tor monitor ketua
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ad mak cmni. Skolah aku.. si mak dok call ckgu sne, ckgu sini. Nk suh lantik anak jd pengawas. Sblm ni abg² nya pengawas. Abg² ok blaka. Si adik.. nauzubillah. Keje x pernah siap. Slalu buli org. Pastu mmg kami awal² tolak. Maknya call plak ckgu pusat sumber. Xtau la ckgu tu stuju ke x. Tp ckgu tu tya pendapat kami yg ajar bdk tu. Hrp x dpt la.. haru weh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 11-1-2026 09:41 AM
Malas nak jadi ketua kelas & pengawas..banyak 'tanggungjawab'...yg minta tu... sb dia rasa bg dia he ...

Anak iols le..penah jadi ketua kelas..hari2 dia balik bebel2...thn lepas rupanya jadi assistant tp dia senyappp je... dah nak abis term baru dia ckp...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam tu pun ada.


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 08:32 PM | Show all posts
Yeahhh hahaha adoi kelakarlah parent ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Well teringat kat satu thread kat forum ni (lama sgt dah) ada sorg forumer perangai mcm ni la...dia nk semua anak2 dia yg dpt..dia akan contact cikgu2 utk dptkan juga jawatan ketua2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2026 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak malu sungguh..dah lah miss sekolah, flex pulak kat Bali. Tak cukup tu, boleh nak booking jadi ketua kelas..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 11-1-2026 08:59 PM
Well teringat kat satu thread kat forum ni (lama sgt dah) ada sorg forumer perangai mcm ni la...dia  ...

Who is that?



Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 04:05 AM | Show all posts
Mesti best kan, dah la monteng ke Bali 1st day persekolahan 2026, masuk skolah terus jadi ketua kelas.

Untong ko dekkk, dapat parent cenggini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
2 words. Makpak bodo. Elok Mati kalo x generasi dia semua jd bodo mcm dia jgk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.093243 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list