|
View: 2458|Reply: 21
|
[Tempatan]
Kompresor Aircond Meletup: Seorang Maut #HELPUniversity
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR: Seorang maut manakala sembilan termasuk empat pelajar cedera selepas kompresor penghawa dingin meletup di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, di sini, hari ini.
Mangsa meninggal dunia dikenal pasti sebagai Soo Yu Juan berusia 24 tahun.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.40 pagi membabitkan letupan kompresor penghawa dingin di kawasan penyelenggaraan yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat bangunan universiti berkenaan.
Katanya, sebelum kejadian, pihak pengurusan universiti telah memanggil juruteknik berikutan terdapat masalah teknikal dan keperluan pembaikan namun kerja membaiki peralatan berkenaan belum sempat dilaksanakan.
“Siasatan awal mendapati berlaku letupan kompresor penghawa dingin.
“Kejadian itu menyebabkan sembilan mangsa cedera yang terdiri daripada empat pelajar, dua pekerja kontraktor luar, seorang kakitangan pengurusan dan dua warga asing yang bekerja menjaga kafeteria.
“Kecederaan mangsa adalah berbeza-beza, termasuk melecur serta kecederaan akibat terkena serpihan, memandangkan letupan berlaku dengan kuat sehingga menyebabkan kerosakan pada dinding di kawasan terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini.
Beliau berkata, kesemua mangsa telah dihantar ke beberapa hospital untuk rawatan lanjut termasuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta Hospital Sungai Buloh dan diasingkan mengikut tahap kecederaan masing-masing.
Fadil berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama pasukan Hazmat sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan kawasan berkenaan benar-benar selamat dan mengelakkan sebarang risiko letupan susulan.
“Setakat ini, JBPM sudah mengesahkan kawasan itu selamat sepenuhnya dan siasatan masih diteruskan,” katanya.- UTUSAN |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yang maut contractor ke? besar mana compressor tu? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 12-1-2026 07:48 PM
yang maut contractor ke? besar mana compressor tu?
Student tu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 12-1-2026 07:48 PM
yang maut contractor ke? besar mana compressor tu?
agaknya yg besar biasanya kt tanah lapang sebelah bangunan... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 12-1-2026 07:48 PM
yang maut contractor ke? besar mana compressor tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nenolen at 12-1-2026 11:35 PM
yg maut student UTAR yg sedang intern, tak sure intern dgn uni atau dgn company contractor
salam takziah buat keluarga... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya...salam takziah kepada keluarga.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by midori888 at 13-1-2026 07:40 AM
baru service AC last week..
camner compressor boleh smp meletup? tak buat maintenance ke... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 13-1-2026 08:55 AM
Kalau uni swasta ni pakai aircond je ni mcm kat rumah ni ke atau aircond mcm kat bangunan2 besar mcm shopping mall/hospital tu?
Ermmmh ni bidang kerja suami iols tp dia jaga yg besar2 mcm kat shopping mall, universiti dan hospital.
Kalau yg swasta Taylor university pun dia ada jaga gak,biasa kalau time ada konvokesyen maka sabtu ahad kat site laaa standby ngn bebudak dia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesatu yang jarang berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
most probably sebab gas + fire spark. macamana budak tu so called intern boleh buat kerja tu sorang2. ada yg kata sebab rokok tapi macam tak logik lak & dimana otaknya kalau merokok time buat keje? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari sedutan video, macam bilik AHU.
AHU boleh meletop?... very unlikely. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada logik dik sbb raaaamai sebenrnya yang tak bawa otak bila buat kerja... jenuh nak ingatkan safety issue..penat!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada logiknya juga memandangkan org yg merokok ni degil2 belaka. ckp la kanser ke, 2nd smoker effect lg teruk ke..ada dia pedulik
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini aku dapat kat Reddit so tak tau kat negare mana:
Berapi sebab tu bila meletop rumah pon terbakar sekali. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat forum ni pun dah tahun2 sebelum ni ada berita pasal compressor meletup masa tengah servis aircond.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|