|
View: 683|Reply: 374
|
[Borneo]
Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah
[Copy link]
|
|
|
Edited by Vellfire at 13-1-2026 10:05 PM
ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE RUMAH BOD BORNEO Terima kasih kerana sudi singgah Rumah poret (ahli mesyuarat tingkap) Kita sembang-sembang santai Review drama, berita, bebel dan lain2
tajuk benang kali ni saya guna dialek sarawak Ye la tu = Auk ajaklah

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tangani segera isu kesesakan pelabuhan Sepanggar: Ewon
Januari 13, 2026, Selasa - 1:54pm

TINJAU: Ewon semasa melakukan tinjauan ke Pelabuhan Sepanggar.
KOTA KINABALU: Semua pihak diminta meletakkan kepentingan Sabah sebagai keutamaan dalam menangani isu aduan kesesakan di Pelabuhan Sepanggar.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick berkata, aduan isu kesesakan Pelabuhan Sepanggar mencakupi keseluruhan rantaian bekalan perkhidmatan, bukan hanya operasi di pelabuhan, tetapi juga di luar pelabuhan termasuk peranan pelbagai agensi Kerajaan dan juga keperluan pendigitalan perkhidmatan yang berkaitan.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak terutama operator Pelabuhan Sepanggar di sini, hari ini.
Ewon yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan berkata, beliau mengadakan kunjungan ke Pelabuhan Sepanggar bagi mengadakan perbincangan dengan operator pelabuhan serta pelbagai agensi yang berkaitan.
“Saya diberikan taklimat oleh Sabah Ports Sdn Bhd dan DPW Sabah Sdn Bhd sebagai operator pelabuhan dan juga taklimat daripada SEDIA mengenai projek pelabuhan Sepanggar yang sedang dilaksankaan.
“Saya juga dimaklumkan oleh Suria Capital Holdings mengenai rancangan perluasan Pelabuhan Sepanggar yang seterusnya.
“Data-data menunjukkan berlaku peningkatan ketara import-eksport kargo di Pelabuhan Sepanggar yang merupakan satu indikasi positif kepada aktiviti ekonomi Sabah.
“Perkara berkaitan aduan isu kesesakan dan kecekapan telah dibincangkan yang mencakupi keseluruhan rantaian perkhidmatan, bukan hanya di pelabuhan, tetapi juga di luar pelabuhan, daripada peranan pelbagai agensi kepada keperluan digitalisasi,” katanya.
Menurutnya, beliau akan mempengerusikan beberapa lagi perbincangan susulan sebelum mengangkat kertas kabinet untuk mendapatkan keputusan bagi cadangan-cadangan penyelesaian interim sementara menunggu penyelesaian jangka panjang (perluasan pelabuhan) disiapkan.
“Saya telah mengatakan, semua pihak harus meletakkan 'Sabah State interest' sebagai keutamaan dan hanya dapat ditangani dengan adanya 'pasukan Sabah First' yang mahu menjadi sebahagian daripada penyelesaian.
"Dengan demikian saya yakin kita boleh menangani isu kesesakan ini dengan lebih baik,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yusof dilantik Pengerusi baharu SDB
Januari 13, 2026, Selasa - 2:29pm

KENANGAN: Yusof (tengah) bersama ahli lembaga pengarah dan pengurusan SDB.
KOTA KINABALU: Datuk Dr Yusof Yacob telah dilantik sebagai Pengerusi baharu Sabah Development Berhad (SDB), salah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Sabah di bawah Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan Negeri.
Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad dan menggantikan Datuk Poon Ming Fung sebagai Pengerusi SDB.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin itu secara rasmi memulakan tugasnya hari ini di Pejabat SDB, Blok C Menara Kinabalu.
Beliau telah diberikan taklimat ringkas mengenai operasi dan hala tuju SDB yang turut dihadiri oleh beberapa ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan kanan syarikat.
Dalam sesi taklimat itu, Yusof merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor atas kepercayaan yang diberikan.
Beliau menyifatkan pelantikan itu sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk memastikan SDB terus berkembang sebagai syarikat pembangunan milik Kerajaan Negeri yang berjaya.
Menurutnya, pada peringkat awal, beliau akan memberi tumpuan untuk mendalami peranan dan hala tuju strategik SDB termasuk anak-anak syarikatnya.
Antaranya Jetama Sdn Bhd, agar dapat memainkan peranan lebih berkesan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat Sabah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hajiji terima kunjungan hormat Mustapha
Januari 13, 2026, Selasa - 3:44pm

TERIMA KASIH: Hajiji menerima cenderamata daripada Mustapha semasa kunjungan hormat itu.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.
Ia merupakan kunjungan rasmi pertama Mustapha setelah dilantik ke jawatan itu pada 16 Disember 2025.
Beliau sebelum ini adalah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Hajiji menyambut baik kunjungan Mustapha dan menzahirkan komitmen kerajaan negeri untuk terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan demi memastikan pelaksanaan dasar serta inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh untuk kepentingan rakyat.
Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Grace Lee Li Mei. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JCI Sibu sertai Sidang Kemuncak Kepimpinan JCI Malaysia 2026
Januari 13, 2026, Selasa - 2:52pm

(Dari kiri) Hii, Ting, Lau, Ngu dan Ling menyertai Sidang Kemuncak Kepimpinan JCI Malaysia 2026 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
SIBU: Junior Chamber International (JCI) Sibu mencatat satu lagi pencapaian penting dalam usaha pembangunan kepimpinan apabila delegasinya menyertai Sidang Kemuncak Kepimpinan JCI Malaysia 2026 di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sidang kemuncak yang dianjurkan JCI Malaysia itu menghimpunkan pemimpin peringkat nasional dan tempatan dari seluruh negara bagi membuat persiapan menghadapi penggal 2026 melalui sesi kepimpinan berstruktur, penjajaran strategik serta perkongsian ilmu.
Delegasi JCI Sibu terdiri daripada pemimpin yang memegang peranan penting di peringkat nasional dan tempatan iaitu Pengarah Konvensyen JCI Malaysia 2026 Simon Hii, Setiausaha Kawasan Sarawak JCI Malaysia 2026 merangkap bekas Presiden JCI Sibu Alexius Alfred Ting, Naib Presiden Kebangsaan JCI Malaysia 2026 Samuel Ngu, Presiden JCI Sibu 2026 Elden Lau serta Setiausaha JCI Sibu 2026 Bryan Ling.
Penyertaan ini mencerminkan penglibatan aktif JCI Sibu dalam membentuk hala tuju kepimpinan di peringkat nasional, di samping mengekalkan komitmen kukuh terhadap pembangunan organisasi di peringkat tempatan.
Sepanjang sidang kemuncak tersebut, para delegasi terlibat dalam perbincangan dan bengkel kepimpinan yang memfokuskan kepada beberapa aspek utama, antaranya penjajaran antara organisasi nasional dan tempatan, perancangan kepimpinan strategik bagi penggal 2026, penglibatan ahli, pengekalan keahlian dan perancangan penggantian serta pengukuhan kerjasama antara kawasan dan organisasi tempatan.

Ahli-ahli JCI Malaysia yang menyertai Sidang Kemuncak Kepimpinan JCI Malaysia 2026 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pendedahan ini telah memberikan pandangan bernilai serta rangka kerja praktikal yang akan dibawa pulang ke Sibu bagi meningkatkan keberkesanan kepimpinan, standard tadbir urus dan impak program JCI Sibu.
Delegasi JCI Sibu turut menyatakan bahawa sidang kemuncak itu menegaskan kepentingan kesatuan, akauntabiliti dan pembangunan kepimpinan berterusan dalam mewujudkan impak mampan kepada komuniti dan organisasi.
JCI Sibu akan terus komited dalam melahirkan pemimpin berkeupayaan serta menyumbang secara aktif kepada misi JCI Malaysia dalam membangunkan golongan belia sebagai warganegara aktif yang mencipta perubahan positif.
JCI Sibu merupakan organisasi tempatan di bawah JCI Malaysia yang komited dalam memperkasa pemimpin muda melalui pembangunan kepimpinan, khidmat komuniti, rangkaian perniagaan dan kerjasama antarabangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangunan warisan di Padungan akan dipulihara
Januari 13, 2026, Selasa - 3:02pm
Pasukan petugas akan ditubuh bagi memperkukuh penyelarasan dan memajukan usaha pemuliharaan

Wee (tengah) bercakap dengan Liew semasa mesyuarat baru-baru ini. Turut kelihatan Timbalan Datuk Bandar Dato Zaiedi Suhaili.
KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan menubuhkan Pasukan Petugas Bangunan Warisan Padungan bagi memperkukuh penyelarasan dan memajukan usaha pemuliharaan salah satu kawasan tertua dan paling signifikan dari segi sejarah di sini.
Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng menerusi satu kenyataan berkata, pasukan petugas ini akan memberi tumpuan kepada penilaian teknikal dan struktur, keperluan pemuliharaan serta langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan keselamatan dan kelestarian bangunan warisan di Padungan.
Beliau merakamkan penghargaan kepada Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Sarawak yang diketuai Pengerusinya Dr Angelia Liew San Chuin, atas kesediaan bekerjasama dan menyediakan kepakaran profesional.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak serta perunding tempatan atas sokongan dan komitmen mereka terhadap inisiatif itu.
Wee menambah, Majlis Warisan Sarawak dan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) akan dilibatkan bagi memberikan panduan mengenai kepentingan warisan, prinsip pemuliharaan dan konteks sejarah, sebagai sokongan kepada perancangan warisan jangka panjang bagi Padungan.
Padungan merupakan bahagian penting dalam warisan dan identiti budaya Kuching.
Pemeliharaan bangunan bersejarahnya bukan sekadar melindungi struktur fizikal, tetapi juga memastikan watak dan sejarah kawasan tersebut terus terpelihara untuk generasi akan datang, katanya.
Pasukan petugas itu akan berfungsi sebagai platform penyelarasan yang melibatkan MBKS, IEM Sarawak, agensi kerajaan serta perunding profesional bagi memastikan semua penilaian teknikal dan langkah pemuliharaan dilaksanakan secara sistematik dan bertanggungjawab.
Wee menambah, setelah keadaan struktur bangunan disahkan berada pada tahap memuaskan, MBKS akan mempertimbangkan objektif jangka panjang untuk mewartakan deretan bangunan Padungan sebagai kawasan warisan yang diiktiraf.
"Dengan kerjasama kukuh dan bimbingan pakar, kami yakin inisiatif ini dapat dilaksanakan secara tersusun dan mampan, sambil mengimbangi pemeliharaan warisan dengan pembangunan bandar," katanya.
Penubuhan pasukan petugas itu mencerminkan komitmen berterusan MBKS dalam melindungi warisan Kuching di samping meningkatkan keselamatan, kebolehdiaman dan daya tarikan bandar ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
RTP RM400,000 untuk naik taraf Pasar Krokop 5
Januari 13, 2026, Selasa - 3:09pm

Yii (empat kiri) turut menyaksikan simbolik penyerahan tapak projek oleh Jurutera Bahagian Kejuruteraan MBM semalam kepada kontraktor dilantik (empat kanan).
MIRI: Sebanyak RM400,000 diperuntukkan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Pasar Krokop 5 , yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei depan.
Peruntukan itu diumumkan oleh Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii.
Menurut beliau, kerja naik taraf itu melibatkan pembinaan sebuah pentas serba guna berbumbung serta kemudahan tandas baharu merangkumi dua tandas lelaki, dua tandas wanita dan satu tandas mesra orang kurang upaya (OKU), bagi meningkatkan keselesaan peniaga dan pengunjung.
"Ruang tandas lama akan diubah suai menjadi kawasan makan terbuka yang dilengkapi lampu dan kipas bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif kepada orang ramai.
"Projek naik taraf ini akan mula dilaksanakan dalam masa terdekat dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun ini," katanya ketika ditemui semasa meninjau ke tapak projek berkenaan semalam.

Yii (tiga kanan) meninjau kawasan Pasar 5 Krokop di Miri, semalam yang akan dinaik taraf dalam masa terdekat ini.
Yii turut menyaksikan penyerahan tapak projek oleh jurutera Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Miri (MBM) kepada kontraktor yang dilantik.
Sehubungan itu, beliau menegaskan agar pihak kontraktor mematuhi tempoh pelaksanaan yang ditetapkan serta memastikan setiap kerja dilaksanakan mengikut piawaian keselamatan dan keperluan praktikal demi manfaat penduduk setempat.
Beliau memberitahu, kerja naik taraf turut merangkumi penurapan semula longkang yang rosak, penggantian penutup longkang, penambahbaikan sistem perparitan di sekitar kawasan pasar, pembinaan laluan mesra OKU serta penyediaan 22 set meja dan kerusi untuk kegunaan orang ramai.
Menurutnya, projek berkenaan bukan sahaja bertujuan menambah baik infrastruktur asas, malah mewujudkan ruang komuniti yang sesuai untuk perhimpunan kejiranan, aktiviti sosial dan program kebudayaan.
"Saya berharap pasar yang dinaik taraf ini bukan sekadar menjadi tempat membeli-belah dan menjamu selera tetapi juga berfungsi sebagai lokasi pertemuan penduduk untuk berinteraksi serta mengeratkan hubungan komuniti," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mobile Service 2U SUPP Bintangor sedia membantu pada hujung minggu
Januari 13, 2026, Selasa - 3:13pm

Ding meluangkan masa bertemu masyarakat pada Program Mobile Service 2U SUPP Cawangan Bintangor.
BINTANGOR: Program Mobile Service 2U anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor adalah untuk membantu orang awam dalam pelbagai aspek.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, program itu kerap dibuka pada hujung minggu.
“Kaunter yang telah dibuka ini membantu orang awam membuat semakan status permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melalui aplikasi Sarawak Pay, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan program-program lain yang dilancarkan oleh kerajaan.
“Perkhidmatan Mobile Service 2U ini akan diteruskan dari semasa ke semasa agar terus memberi perkhidmatan yang terbaik dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat setempat.
"Inilah peluang terbaik untuk mendengar dan mendekati lebih dekat rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Meradong terutama dalam mendapatkan maklumat berkaitan keperluan, masalah dan isu-isu setempat,” katanya ketika mengulas berkaitan Program Mobile Service 2U anjuran SUPP Cawangan Bintangor di pekan Bintangor, semalam.

Ding beramah mesra dengan orang ramai pada Program Mobile Service 2U SUPP Cawangan Bintangor.
Pada masa yang sama juga, Ding berharap masyarakat setempat dapat memanfaatkan dengan sebaiknya program seumpama ini pada masa akan datang untuk manfaat bersama.
“Perkhidmatan ini telah terbukti banyak membantu rakyat di kawasan dalam pelbagai aspek dan isu.
"Melalui pembukaan kaunter Mobile Service 2U di lokasi terpilih telah berjaya membantu penduduk di kawasan ini dalam mengatasi pelbagai perkara, masalah, aduan sekali gus menjurus kepada usaha penyelesaian bersama.
"Atas komitmen tersebut, pihak kita telah bercadang meneruskan program ini pada masa akan datang dan melakukan di lokasi-lokasi terpilih dan strategik,” katanya.
Tambah Ding lagi, program itu juga telah banyak membantu pihak kepimpinan dalam menyelami dan mendekati rakyat dalam langkah mengetahui dengan lebih jelas berkaitan masalah yang membelenggu mereka di peringkat akar umbi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Morshidi Fredrick dilantik sebagai Setiausaha Tetap MTCP yang baharu
Januari 13, 2026, Selasa - 3:20pm

Abdul Karim (tengah) menyaksikan Morshidi (empat kanan) menerima dokumen lantikan daripada bekas Setiausaha Tetap MTCP Sherrina (lima kiri).
KUCHING: Morshidi Fredrick dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), majlis penyerahan tugas rasmi daripada Setiausaha Tetap MTCP terdahulu Datu Sherrina Hussaini kepada Morshidi menandakan kesinambungan kepimpinan pentadbiran kementerian tersebut.
Sebelum ini, Morshidi pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) selama hampir empat tahun dengan rekod yang konsisten dalam mengurus program pembangunan belia, sukan dan keusahawanan.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Menteri MTCP Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Menurut Abdul Karim, sesi penyerahan tugas itu diadakan bagi memastikan peralihan kepimpinan berjalan lancar serta menjamin kesinambungan pelaksanaan dasar dan program strategik MTCP, khususnya dalam memperkukuh sektor pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan negeri. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Warga MINTRED diseru terus kekal budaya kecemerlangan, integritI, profesionalisme
Januari 13, 2026, Selasa - 3:33pm

Awang Tengah ketika berucap pada Majlis APC MINTRED 2025 hari ini.
KUCHING: Warga kerja Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) diseru terus mengekalkan budaya kecemerlangan, integriti dan profesionalisme dalam memperkukuhkan agenda pembangunan ekonomi negeri.
Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kecemerlangan bukan sekadar pengiktirafan prestasi, malah mencerminkan komitmen berterusan terhadap penambahbaikan, kecekapan penyampaian perkhidmatan serta tadbir urus yang berintegriti.
Menurut beliau, anugerah yang disampaikan merupakan manifestasi penghargaan terhadap kecemerlangan prestasi dan tahap profesionalisme pegawai serta kakitangan kementerian sepanjang tahun 2025.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima anugerah dan turut menghargai seluruh warga kerja termasuk mereka yang berperanan di sebalik tabir sebagai nadi kejayaan kementerian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MINTRED 2025 bertemakan ‘Honouring Excellence, Celebrating Legacy, Embracing the Future’ di sini, hari ini.
Pada masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada bekas Setiausaha Tetap MINTRED Dzulkornain Masron atas kepimpinan dan khidmat bakti sepanjang menerajui kementerian, di samping mengalu-alukan pelantikan Datu Lester Matthew sebagai Setiausaha Tetap MINTRED yang baharu.
Menyentuh prestasi ekonomi negeri, Awang Tengah berkata Sarawak terus mencatat daya tahan ekonomi yang kukuh menerusi dasar berhemah dan visi pembangunan jangka panjang yang jelas.
Sejak 2021 hingga suku ketiga 2025 jelasnya, Sarawak berjaya menarik pelaburan berjumlah RM105.9 bilion mencerminkan keyakinan pelabur terhadap negeri ini sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Hadir sama Timbalan Menteri MINTRED Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh, Penasihat PKS MINTRED Dato Sri Mohd Naroden Majais, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sarawak Timothy Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei Darussalam (STATOB) Samat Junai dan wakil Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS) Kenny Lau. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki mengaku pecah rumah dipenjara 24 bulan
Januari 13, 2026, Selasa - 2:48pm
MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pecah rumah.
Hukuman itu dijatuhkan Majstret Ashok Linggam setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah tertuduh yang telah menjimatkan masa dan kos mahkamah, rayuannya, fakta kes, keseriusan kes serta mengambil kira kepentingan awam.
Tertuduh, Yeo Kian Yiep, 37, dari Jalan Stakan, Kuching, didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan pecah rumah dengan memecah masuk ke sebuah bangunan yang dijadikan kediaman milik seorang lelaki berusia 41 tahun.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.17 malam, 9 November 2025 di sebuah lot di Desa Senadin 2C-1 di sini.
Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan ini adalah kesalahan pertamanya.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Celestey Telen Luhat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemuda mengaku curi beg warga emas dipenjara empat bulan
Januari 13, 2026, Selasa - 2:11pm
SIBU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas seorang pemuda yang mengaku bersalah mencuri beg dari sebuah premis makan di Jalan Tun Abang Haji Openg, dua tahun lepas.
Harif Abdullah, 29, terdahulu didakwa mencuri beg milik seorang warga emas berusia 68 tahun yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad perubatan, enam unit kunci serta wang tunai sebanyak RM2,300.
Dia didakwa melakukan kesalahan mencuri itu pada 20 April 2024, kira-kira jam 8.16 malam di sebuah premis makan di Jalan Tun Abang Haji Openg serta didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun serta denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hendaklah dijatuhi hukuman penjara dan juga denda atau sebatan.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengadu menyedari beg miliknya yang mengandungi barangan penting yang disimpan di dalam laci telah hilang dipercayai telah dicuri.
Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah pergi ke sebuah rumah di Kampung Bahagia Jaya bagi mengesan seorang suspek iaitu tertuduh bagi membantu siasatan lanjut.
Siasatan yang dijalankan kemudian mendapati tertuduh mengaku mencuri barangan milik pengadu serta wang tunai berjumlah RM2,300 pada hari kejadian.
Wang yang dicuri itu kemudian digunakan tertuduh untuk membayar ansuran motosikal dan sewa rumah, membeli peti sejuk terpakai dan selebihnya diberikan kepada isterinya.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haris Danial Mohamed Hassan, sementara tertuduh tidak diwakili. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki mengaku bersalah curi rim kereta dipenjara setahun dua bulan
Januari 13, 2026, Selasa - 2:00pm
KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dua bulan terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah mencuri dua pasang rim kereta, minggu lalu.
Harryson Jhango Liset, 28, yang didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.
Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, Harryson bersama kenalannya, Chai Wee Tong, 22, dengan niat bersama didakwa mencuri dua pasang rim kereta milik seorang lelaki berusia 35 tahun.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka sekitar jam 4.59 petang pada 8 Januari 2026 di sebuah pangsapuri di Jalan Batu Kawa di sini.
Berdasarkan keterangan kes, pengadu yang juga pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan terserempak dengan dua lelaki sedang mencuri rim sebuah kereta kompak mewah sebelum memasukkannya ke dalam sebuah kereta kompak lain.
Pengadu bersama rakan sekerja seterusnya bertindak menangkap kedua-dua lelaki terbabit, selain merampas dua pasang rim berkenaan dan menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Di mahkamah sama, kenalan tertuduh iaitu Chai yang didakwa terlibat dalam kes itu mengaku tidak bersalah apabila dituduh di bawah Seksyen sama.
Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 2 Mac 2026 dan membenarkan Chai dibebaskan dengan jamin RM3,000 tunai berserta dua penjamin tempatan.
Dalam kes berasingan, Harryson turut mengaku bersalah apabila didakwa menyalahgunakan Amphetamine dan Methamphetamine pada 20 Oktober 2023 sekitar jam 11.45 pagi di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.
Untuk itu, Majistret Nursyaheeqa menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Harryson bagi kesalahan yang dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama.
Nursyaheeqa memerintahkan Harryson untuk menjalani pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selesai menjalani hukuman.
Pendakwaan bagi kesemua kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak giat tarik pelaburan strategik berkualiti tinggi
Januari 13, 2026, Selasa - 4:03pm
Ia keutamaan di bawah RMK13, wakili fasa akhir perjalanan capai status wilayah maju menjelang 2030

Awang Tengah (tengah), Mussen (kiri) dan Naroden (kanan) menyaksikan penyerahan tugas secara simbolik daripada Dzulkornain (dua kiri) kepada Lester.
KUCHING: Sarawak akan mempergiatkan usaha untuk menarik pelaburan strategik berkualiti tinggi, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, tumpuan terhadap pelaburan berkualiti tinggi merupakan keutamaan utama di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), yang mewakili fasa akhir perjalanan Sarawak ke arah mencapai status wilayah maju menjelang 2030.
Sarawak pada masa yang sama, menyasarkan pelaburan yang menjana nilai ekonomi jangka panjang berbanding keuntungan jangka pendek.
“Fokus kami adalah untuk menarik pelaburan strategik berkualiti tinggi yang mewujudkan pekerjaan berkemahiran, memindahkan pengetahuan, menyokong inovasi dan selari dengan agenda pembangunan kami,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) malam Isnin.
Bagi terus memperkukuh ekosistem pelaburan Sarawak, Awang Tengah berkata kerajaan negeri akan membangunkan satu platform digital bersepadu bagi perkhidmatan perniagaan dan pelaburan untuk meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan.
Platform tersebut tambahnya, akan mengintegrasikan pelesenan, permit dan kelulusan, membolehkan penyerahan permohonan secara dalam talian, menyediakan penjejakan masa nyata serta menyokong fasilitasi menyeluruh, termasuk perkhidmatan pasca pelaburan dan pengembangan perniagaan.
“Ini akan meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan, di samping memperkukuh daya saing Sarawak sebagai destinasi pelaburan,” ujarnya.
Awang Tengah berkata Sarawak telah menarik jumlah pelaburan sebanyak RM105.9 bilion dari tahun 2021 hingga suku ketiga 2025, mencerminkan keyakinan pelabur yang berterusan terhadap negeri ini.
Menurutnya, aliran masuk pelaburan itu didorong oleh pelabur domestik dan asing, disokong oleh dasar yang berhemat serta visi pembangunan jangka panjang yang jelas.
Mengenai prestasi perdagangan, Awang Tengah berkata Sarawak terus mengekalkan lebihan dagangan yang sihat, disokong oleh eksport yang berdaya tahan.
“Pada tahun 2024, jumlah perdagangan Sarawak meningkat 2.7 peratus kepada RM198.7 bilion, dengan eksport meningkat 3.1 peratus kepada RM134.9 bilion dan import meningkat 1.9 peratus kepada RM63.8 bilion, menghasilkan lebihan dagangan yang lebih kukuh sebanyak RM71.1 bilion,” katanya.
Beliau berkata pembangunan pelaburan berkualiti tinggi akan berjalan seiring dengan pengukuhan penyertaan tempatan, khususnya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Sejak 2021, Awang Tengah berkata program MINTRED telah memberi manfaat kepada lebih 10,200 PMKS, dengan jumlah kelulusan mencecah RM220.3 juta.
Program tersebut merangkumi Program Pecutan Keusahawanan Bumiputera Sarawak (Gerak), Program Peningkatan Kemahiran, Teknologi dan Rantaian Nilai Keusahawanan (USTEV), Program Go Digital, Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) dan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS).
Beliau menambah bahawa bantuan kewangan daripada agensi kerajaan persekutuan dan Sarawak, termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Corp Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), telah menyokong lebih 358,000 PMKS, dengan kelulusan terkumpul berjumlah RM2.8 bilion.
Pada majlis tersebut, Awang Tengah mengucapkan tahniah kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, sambil menyifatkan pencapaian itu sebagai cerminan profesionalisme, integriti dan komitmen dalam kalangan pegawai dan kakitangan MINTRED.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Tetap MINTRED yang akan bersara, Dzulkornain Masron, atas kepimpinannya serta mengalu-alukan Datu Lester Matthew sebagai Setiausaha Tetap yang baharu.
“Kejayaan agenda pelaburan kita bergantung kepada institusi yang kukuh dan pegawai berdedikasi yang melaksanakan tugas dengan integriti dan profesionalisme,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh serta Penasihat MINTRED Dato Sri Mohd Naroden Majais. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|