CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5933|Reply: 83

Alqal Sahar - Mangsa gangguan seksual kanak-kanak, oleh pengarah drama lelaki

[Copy link]
Post time 13-1-2026 11:20 PM | Show all posts |Read mode

Alqal Sahar pernah muncul sebagai salah satu watak kecil dalam dunia lakonan negara ketika masih kanak-kanak. Wajahnya dikenali melalui drama “Diari Ramadan Rafique”, yang membawa namanya ke layar kaca dan memperkenalkan bakat mudanya kepada penonton Malaysia.
Namun selepas beberapa tahun, kehadirannya di televisyen semakin pudar. Menurut laporan, Alqal mula terlibat sebagai krew di belakang tabir sebelum akhirnya meninggalkan industri hiburan buat sementara. Ketika pandemik melanda, dia difahamkan pulang ke kampung halaman dan membina semula hidup jauh daripada dunia selebriti.
Baru-baru ini, nama Alqal kembali menjadi tumpuan. Kali ini, bukan kerana drama atau lakonan, tetapi kerana pendedahan mengejutkan yang dikatakan dimuat naik olehnya melalui media sosial. Dalam hantaran yang kemudiannya dipetik oleh portal hiburan seperti MStar, SinarPlus, dan Oh My Media, Alqal dilapor berkongsi pengalaman pahit yang dia simpan sejak zaman kanak-kanak.
Menurut laporan-laporan tersebut, Alqal mendakwa bahawa sepanjang tempoh tinggal di Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pelakon muda, dia telah menjadi mangsa penderaan seksual berulang kali. Paling menyayat hati, individu yang dituduh itu bukan orang asing — tetapi “darah daging sendiri”, iaitu saudara terdekatnya.
Dalam dakwaan yang sama, Alqal menyatakan bahawa saudara tersebut bukan sekadar ahli keluarga biasa. Dia didakwa sudah aktif dalam industri hiburan sebagai seorang pengarah, dan mempunyai kedudukan yang membolehkannya berada rapat dengan Alqal ketika zaman penggambaran. Menurut petikan media, perbuatan itu dikatakan berlaku berkali-kali, dan ada laporan menyebut ia berlarutan sehingga Alqal berusia lingkungan 17 tahun, apabila dia akhirnya berjaya keluar dari situasi tersebut.
Laporan hiburan juga menggambarkan betapa Alqal memendam cerita ini selama bertahun-tahun — kononnya kerana kekangan keluarga, ketakutan, dan pergantungan kewangan ketika masih kecil. Catatan tersebut turut menyatakan bahawa trauma yang dialaminya masih membekas sehingga hari ini. Namun dakwaan tersebut masih belum disahkan secara bebas, dan status kes — jika wujud — belum dinyatakan kepada umum.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Shiapaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya, gay gini yang meols benci.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Industri yang ramai gay pedo dan straight pedo:

1. Hiburan
2. Pendidikan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepupu dia sendiri.. Adoiinaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:04 AM | Show all posts
dia ni yg berlakon drama diari ramadan rafique kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2026 07:23 AM | Show all posts
sebab nak cerita hal ni semula lepas bebrapa tahun?
motif nya apa.. nak apa sebenarnya (bertnya dengan nada lembut)... nak orang kecam berjemaah yg mempedo dia ke apa...

kadang aku tak faham yg cerita imbas balik ni.. dah balik kg.. kurang lakonan .. kena cerita hal2 cam ni untuk kekal relevan la kot.. supaya orang tak lupa dia pernah ada berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Laknat nya jantan pedo bernafsu songsang. Patut la lelaki bernafsu songsang makin ramai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 08:14 AM | Show all posts
KESIANNYA

agaknya trauma bertahun tahun.. siapalh dajal yg pedo dia ni...

memang dunia dah tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai rupanya ehh sedara mara bell dlm industri hiburan. Memey tu pon kan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 08:50 AM | Show all posts
rbmy replied at 14-1-2026 07:23 AM
sebab nak cerita hal ni semula lepas bebrapa tahun?
motif nya apa.. nak apa sebenarnya (bertnya deng ...

untuk orang2 yg mengalami trauma sebegini, satu2nya cara dia keluar dari perasaan trauma tu adalah kembali dan berdepan semula kepada situasi tersebut dan paling bagus adalah luahkan. satu tahap cerita je dan viralkan je. sebab ketakutan/malu/trauma dan perasaan jijik bercampur baur tu akan jadi lagi sakit bila dipendam dan disorok. pemangsa pulak no remorse dan akan ada lg tggi perasaan membabi tu selagi dia rasa mangsa takut nak hebah2kan. kisah org terdekat ai trauma smpai tua...sekali masa balik kampung jemputan kenduri, selisih dgn babi tu dia boleh sengih sinis.....lagi trauma member walhal kejadian dah 30 tahun berlalu. hari2 berdoa supaya babi tu mati, tapi tak mati2. elok sihat walafiat hidupnya...member yg mental sampai tua huru hara, marriage pun terganggu.

hujung2 dia cerita je kat family, jiran2 yg kenal..sedara mara dan paling sedih...dia bgtau pasangan dia. barula bila org selisih dgn babi tu org pandang sinis, org jauhkan diri...halang anak2 cucu dari melintas kat rumah dia...baru reti nak duduk diam2 dlm rumah nak sorok muka. kalo tak muka dia terjojol merata2 mcm org suci, mangsa plak kena menyorok sbb takut
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 08:51 AM | Show all posts
rbmy replied at 14-1-2026 07:23 AM
sebab nak cerita hal ni semula lepas bebrapa tahun?
motif nya apa.. nak apa sebenarnya (bertnya deng ...

Dia dah tak minat. Kalau baca thread dia, ada je yg suruh comeback. Dia kata rezeki dia dah haluan lain. Cuma dia masih sakit hati & trauma dgn kisah masa kecik2. Plus pelaku sampai skarang masih lg suka bergambar dengan budak-budak. Dia rasa budak-budak tu secretly mengalami nasib sama dgn dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:00 AM | Show all posts
dah kena tangkap lom pelakunya?
kesian kes dia ni.. aduhhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:07 AM | Show all posts
dedahkan siapa orangnya




mcm kes rkelly, diddy, weinstein

semua ni pun lepas bertahun kejadian baru ada yg berani tampil


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:09 AM | Show all posts
yg adik Noah tu jaga2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 14-1-2026 08:50 AM
untuk orang2 yg mengalami trauma sebegini, satu2nya cara dia keluar dari perasaan trauma tu adalah ...

Betul. Macam terperangkap, xde jalan keluar. Geng2 sepupu iouls ramai yg diraba oleh sorang sepupu kitorang ni. Ada yg level dipaksa pegang anu. Bila i dah umur 15 camtu baru la sepupu yg around my age spill yg dorang pon kena ganggu. Bila bagitahu family, semua macam nak cover2. Bayangkan dari kitorang budak2 sampai la umur 20an terpaksa hadap muka musibat tu.. even masa i kawen pon dia ada, duduk tersenyum2 acah2 baik sangat. Nasib baik la mampos awal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 09:40 AM | Show all posts
Plot twist ke?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:42 AM | Show all posts
azimodin replied at 14-1-2026 09:28 AM
Betul. Macam terperangkap, xde jalan keluar. Geng2 sepupu iouls ramai yg diraba oleh sorang sepupu ...

kes yg ai kenal tu dia kena sebelum masuk sekolah, kecik yg amat2 lagi baru nk kenal dunia. bila bgtau parents, parents terus bincang dgn atok nenek, mak pak sedara yg terdekat utk take action. ada lak mak2 sedara yg terlebih prihatin g tanya member ni org tu buat apa, pegang mana..in details. dia yg masa tu kecik terasa lagi trauma bila org ramai2 kepoh mcm tu sekali, walau kecik dia dah terbayang nnt kawan2 kat tadika tau, kawan2 yg hari2 main sama2 tau..polis, makpak sedara sepupu sepapat tau...benda libatkan private part budak2 kecik yg belum ada akal terasa nak terbalik dah dunia. lama2 dia ada satu syndrome selective mutism. benda ni nak report tak boleh sbb takde bukti. bila org makin kepoh tak guna saluran professional, jadi beban mantal kat member ni. orgnnya bijak..sekolah selalu top student, tp pemalu, pendiam teramat lagi2 bila dgn lelaki. imagine skrg dia keje professional level tggi tp tetap ada selective mutism. ada disability melibatkan verbal...meeting esp. dah la keje jenis hari2 mtg.

jumpa pasangan yg awal2 accept dia pendiam..pasangan jenis kuat bercakap. lama2 pasangan tak tahan sbb ada tahap benda yg terkait trauma tu dia mute. contoh mcm laki dia suka lagu yg dia penah dengar babi tu menyanyi2 pun dia tak boleh. on the spot dia nampak laki dia mcm babi tu...kesian gila. satu tahap mental dah tenat sgt dia bgtau je semua org...dah tua bangka baru laki dia tau. mmg terkedu la. mak pak pun boleh buat apa..benda dah lama. nak sumbat babi tu kat jail pun payah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:47 AM | Show all posts

bukan la nk bekap

klu betul ape yg dikatakan dlm SC ni

ada kemungkinan berkait dgn trauma die

jd rebel, buat benda2 yg tak sepatutnya

mcmn nk cakap ye

life die jd messed up tau

tak semua org blh cope dgn life bila alami trauma tu



but we don't know the whole story lagi

jigsaw puzzle belum complete
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dok terbayang Hj Z je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.063493 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list