CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1500|Reply: 28

Jurujual sebuah kedai permainan berpakaian, berkelakuan perempuan didakwa

[Copy link]
Post time 14-1-2026 12:19 PM | Show all posts |Read mode





KUALA TERENGGANU – Seorang jurujual sebuah kedai permainan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini hari ini atas pertuduhan berpakaian dan menyerupai perempuan pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Lukman Mohamad Aludin, 33, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kertas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Syarie Hamidi Shafie.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memakai pakaian dan berkelakuan seperti perempuan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Mohd. Lukman di tempat kerjanya di tingkat empat, KTCC Mall di sini pada pukul 4 petang, 12 Mei 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Mohd. Lukman dibebaskan dengan wang jaminan RM3,000 dan dua penjamin.

Sementara itu, Mohd. Lukman yang tidak berpuas hati menunjukkan isyarat lucah terhadap pengamal media yang membuat liputan sewaktu keluar dari kamar mahkamah.

Sumber - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu kt KL  mesti ramai yg kena saman, especially yg kerja beauty care
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Naperr, dia macam tunjuk middle finger..?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ada je kat kedai makan mekap2 jln mcm pmpn.. pastu kita nak panggil dia tak tau kak ke abang.. mcm tu boleh report jugak tak?

memangla dia keje halal jd waiter tp rimas la jugak tgk dia mekap2 and jalan meliuk-liuk macam pmpn.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:41 PM | Show all posts
Sementara itu, Mohd. Lukman yang tidak berpuas hati menunjukkan isyarat lucah terhadap pengamal media yang membuat liputan sewaktu keluar dari kamar mahkamah.


what a b!+ch  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes mcm ni sbb ada org report ka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2026 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 14-1-2026 01:21 PM
Naperr, dia macam tunjuk middle finger..?

Dalam artikel memang dia sebut isyarat lucah. Lagi la org menyampah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh caj ke tunjuk isyarat lucah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkem ramai kawan pondan.. tapi pondan2 yang bangkem kenal majoriti pondan yang beradab.. gay meliwat jugak tapi senyap2, drag pon masa pergi kelab atau parti tertutup

Pondan yang "woke" je yang kuat kecoh2 ni.. pondan yang kurang kasih sayang biasanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan baik sgt..diorg bole report polis je psl tunjuk isyarat lucah..abis bertambah pertuduhan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo nk pukat ondan2 drag ni aritu kt konsert ctdk kompem bersepah nok. Kang deyol hired loyar ct kasim fulek…
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 buli pondan tak takut doa orang teraniaya ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:16 AM | Show all posts
pondan dalam lemari gayah mak nyah bapok, haritu aku gi sekolah anak skolah lelaki takde campo pompuan 2 pengawas yg jaga pintu depan tu lembut nyah..bercakap sambil tangan seolah meyelit rambut faham kan? yg sorg lagi pun sama..skrg ramai lelaki lembut tapi diorg ni jenis kretif dan rajin otak diorg bukan ke arah keje2 buang masa tgi lepak malam2 main game seharian diorg suka memasak mengait mengosip bermekap jadi mak andam pastu ada grop wsap geng2 lembut je maka segala idea dan perancangan diorg selalu up to date. apa sebab jadi begitu? mungkin persekitaran dari kecil cara didikan dan pemakanan juga. aku ada 3 anak pompuan sorg je lelaki jgnkan nk pakai selipar perempuan lalu baju sebelah kaler pink kat mal tu pon dah buat dia lari lintang pukang betapa dia tk suka kaler pink. suara jgn cakap la mcm bapak rog dah..haritu aku balik dgtr sore mcm bapak org dari arah padang permainan mcm aku kenal je suara tu sekali betul masih lagi main dgn budak2 kt situ.

sory pnjang karangan saiya:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 11:53 AM | Show all posts
Mcm mana pulak status penjual tudung tapi lelaki siap pakai tudung utk jual tudung nya dlm TT? Kalau nak ikut lagi pulak secara live bertudung selama 2-3 jam...
Tetap x wajar dan manis utk memperagakan di media sosial sebab awak tu lelaki...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:34 PM | Show all posts
Perawankota replied at 14-1-2026 12:24 PM
Klu kt KL  mesti ramai yg kena saman, especially yg kerja beauty care

hahah kan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:37 PM | Show all posts
1st time dengar ye
sedangkan kat saloon ramai
yg cigu catwalk miss world universe bagai tu kluar news haritu xde apa2 kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 01:44 PM | Show all posts
royaldanish replied at 15-1-2026 12:37 PM
1st time dengar ye
sedangkan kat saloon ramai
yg cigu catwalk miss world universe bagai tu kluar ne ...

tengokla negeri mana nok.. ini kan kat ganu..

yang jadi pageant2 coach untuk beauty contest tu kan kat KL mostly

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 06:16 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 14-1-2026 10:40 AM
Kes mcm ni sbb ada org report ka

trengganu dan kelantan strict bab2 perempuan jadi jadian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu nak jd pondan skalipun, sila tutup aurat lh, pakai tudung purdah segale bagai, alang2 jd pompuan muslimah terus
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 15-1-2026 06:16 PM
trengganu dan kelantan strict bab2 perempuan jadi jadian ni.

Sbb tu jgn wat pangai cenggitu kat sana..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.692929 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list