Aset bernilai jutaan ringgit dicadang dilucut hak, serah kepada kerajaan
Aset bernilai jutaan ringgit yang dirampas dalam siasatan melibatkan seorang bekas Panglima Tentera Darat akan dicadangkan dilucut hak dan diserahkan kepada kerajaan untuk manfaat kepada rakyat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, permohonan pelucuthakan sedang disiapkan mengikut prosedur mahkamah ketika ini.
Dalam kes berasingan, Azam berkata, aset bernilai RM4.7 juta turut dirampas termasuk pembekuan akaun syarikat berhubung kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkaitan perolehan pembekalan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Menurutnya, rampasan itu melibatkan sitaan kenderaan, wang tunai, emas serta pembekuan beberapa akaun syarikat dan peribadi bagi membantu siasatan kes tersebut.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Post time 16-1-2026 12:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 16-1-2026 12:06 AM
Duit byk2 itu kalau travel oversea habiskan juta2 pi kanada amerika aussi eropah russia south america cruise dubai percutian termahal lain berbaloi dari simpan2 hujung2 kena rampas gigit jari sbb gomen sentiasa cari rampasan yg bernilai
kita masih tak merdeka bahagian ketuanan melayu. asal ada pangkat, kena ada budi bahasa. kalau rakyat biasa tepi jalan ni sepak pun takpe. kita masih belum merdeka.
SPRM memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen untuk melucutkan hak lebih RM169 juta wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Permohonan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta SPRM 2009 dan berkait dengan siasatan kesalahan di bawah Seksyen 36(2) akta sama, serta melibatkan siasatan berhubung dana promosi program Keluarga Malaysia semasa pentadbiran Ismail Sabri.
Aset yang ingin dilucutkan termasuk wang tunai dalam pelbagai mata wang asing dan tempatan serta jongkong emas, dan siasatan turut dijalankan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Akta SPRM.
Post time 16-1-2026 12:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sakit hati baca pasal kes ni,ni yang dh dirampas yg masih tersembunyi enyah berapa banyak lagi,yg terlibat ni semua dh x ingat allah agaknya lupa kut yg dia bila mati nanti x leh bawak semua ni masuk kubur
OT kejap.
Kat MY ni, ada ke goldsmith yg jual gold bar? Beli gold bar seketul2 nak buat apa kalau tak dicanaikan jadi perhiasan?
Kalau LHDN tau tentu kena cukai tak? What more SPRM tau, tetu kena banyak soal juga kan? Zakat emas pun kena juga kan jika cukup haul.