CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1416|Reply: 23

[Dunia] 7 rakyat Malaysia diusir dari Norway kerana tawar pakej pelancongan aurora secara haram

[Copy link]
Post time 16-1-2026 02:40 AM | Show all posts |Read mode





7 rakyat Malaysia diusir dari Norway kerana tawar pakej pelancongan aurora secara haramFenomena ‘aurora borealis’ (northern lights) kelihatan di sebalik sebuah bangunan perumahan sosial yang dihiasi mural di Nuuk, Greenland. – Foto REUTERS

NORWAY: Seramai lima warga China dan tujuh warga Malaysia dilaporkan diusir dari Norway kerana menawarkan khidmat pemandu pelancong secara haram untuk melihat 'aurora borealis' atau 'northern lights', tanpa permit kerja.

Kesemua individu terbabit ditahan dalam operasi di Lofoten, Ofoten, dan Troms. Mereka mengaku menjalankan pengangkutan penumpang berbayar dan tidak mempunyai dokumen sah.

Mereka kini dikenakan larangan memasuki Norway, Kesatuan Eropah (EU), dan kawasan Schengen selama dua tahun.
Kawasan Schengen ialah zon merangkumi 29 negara Eropah yang secara rasmi memansuhkan kawalan sempadan antara negara anggotanya.  Ia berfungsi sebagai satu bidang kuasa tunggal bagi perjalanan antarabangsa, dengan dasar visa bersama.

Menurut Ketua Seksyen Polis Daerah Nordland, Gudjon Gudjonsson, keuntungan haram daripada kegiatan itu boleh mencecah lebih 100,000 kroner (RM40,220) bagi satu perjalanan, dengan pakej merangkumi penginapan, kenderaan dan pemandu.
"Tempahan sebegini bukan percuma. Jumlah wang yang besar dikesan bertukar tangan," katanya.

Ketua Pusat A-Krim Nordland, Kurt Kolvereid Jacobsen, berkata, operasi pelancongan haram ini mudah dijalankan dan hanya memerlukan sebuah kenderaan tujuh tempat duduk atau kenderaan utiliti sukan (SUV) serta seseorang pemandu.
"Maka, secara tiba-tiba anda sudah mempunyai perniagaan safari aurora borealis," katanya.

Aktiviti ini lazimnya dijalankan melalui kumpulan persendirian di media sosial dan menawarkan harga jauh lebih murah daripada pengusaha sah.

Jacobsen menegaskan, risiko keselamatan mungkin berlaku dan pada tahun lepas sahaja, ada kes pelancong terpaksa meminta bantuan di media sosial selepas ditinggalkan di dalam kereta sejuk selama berjam-jam di Troms kerana dia enggan menaiki bot dalam cuaca buruk.

Sementara itu, Pemeriksaan Pusat A-Krim di Troms dan Finnmark turut mendapati lebih separuh daripada 44 pengusaha pelancongan aurora borealis melanggar pelbagai peraturan.

Polis dan agensi lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (Skatteetaten), NAV dan Jabatan Pemeriksaan Buruh bekerjasama untuk mencegah jenayah dalam sektor pekerjaan itu.

Peningkatan kes turut dikesan di Tromsø, dengan tiga kes terkini sedang dikendalikan oleh pihak polis, dua daripadanya berakhir dengan pengusiran, manakala satu kes dijangka menyusul dalam masa terdekat.

Pusat A-Krim di Nordland, Troms dan Finnmark kini memperkukuh kerjasama merentas wilayah untuk memantau industri pelancongan aurora borealis, membina pengetahuan, dan memastikan industri itu kekal berintegriti serta selamat untuk pelancong antarabangsa, termasuk warga Malaysia. - AGENSI




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandu kereta tanpa permit pun Kene halau terus
Belum lagi Kene tuduh Norway ni cm Israel melayan org cina.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok ketegasan negara lain bila warga asing buat onar kt negara dia....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 09:55 AM | Show all posts
yang kat malaysia, steady je...............
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 09:58 AM | Show all posts
bila nak reveal nama-nama malaun tersebut?
selayaknya la kena hambat..
kalau law sini tegas kemahen kau jaja malaysia tu malaysia ni..
sekali kena dengan negara luar, diam membisu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2026 12:54 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 16-1-2026 09:58 AM
bila nak reveal nama-nama malaun tersebut?
selayaknya la kena hambat..
kalau law sini tegas kemahen  ...

nampak kat IG travel agent 'siblings' (direct translate) ada kuar stmt....terasa ke tu...pastu letak kira2 ikut palatao dia kemain lagi mahal nak buat scare tactic bg org tak jadi pegi sana ke...heran I kira2 dia tu, mcm tak logik...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 01:05 PM | Show all posts
elok2 msian leh kluar masuk tak kena visa cam puak konoha esok2 kena

palat la koranmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga malaysia tu adakah sebangsa dgn warga china tu? Kot la kannn
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 16-1-2026 01:10 PM
Warga malaysia tu adakah sebangsa dgn warga china tu? Kot la kannn

Ni bukan zaman kot kot.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 16-1-2026 12:54 PM
nampak kat IG travel agent 'siblings' (direct translate) ada kuar stmt....terasa ke tu...pastu let ...

Kenapa org tak serik eh..diorg ni bukan bnyk wat taik ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 02:28 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 16-1-2026 02:22 PM
Kenapa org tak serik eh..diorg ni bukan bnyk wat taik ke

rakyat mesia mudah terpengaruh kan....femes skit mula la disanjung....mcm k!mserimuka tu, beribu tipu duit org elok jah still up socmed....cam mana leh org caya dia buat trip pun tak tau lah....baik pg sendiri jer...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 03:15 PM | Show all posts
Msia bila lagi...?

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam ramai je individu yg jadi tour leader & bawak small group tengok aurora. Nampak macam trip kawan2. Dulu aku nak sangat tengok aurora, sanggup gerak solo naik train dari helsinki ke rovaniemi. Stay beberapa hari, 1 malam je dapat tengok aurora. Tengok aurora pun dari kawasan tasik beku yg walking distance dari rumah aku couchsurf tak berapa kaya untuk sewa & drive kete or join tour group berbaloi dapat tgk dancing aurora berjam2
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
MALAYSIA....adalah negara TERPALING MESRA WARGA ASING...tuan2,puan2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereka ingat boleh lari dari dapatkan permit kerja dan bayar income tax mcm di malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada kenal sorang yang buat freelance bawa orang umrah DIY. Rajin promote dalam group. Yang itu legal ka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:43 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 16-1-2026 01:05 PM
elok2 msian leh kluar masuk tak kena visa cam puak konoha esok2 kena

palat la koranmm

kan...jgn psl diorg kita yg lain dah susah nak masuk sana...

meols pnh gi Tromso few years ago...meols amik local tour jer utk bawa tgk aurora nie....sejuk ya amat...brrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 09:57 AM | Show all posts
Kerajaan kita blh study...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau le sini pun sama...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.258865 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list