|
View: 2208|Reply: 61
|
Jawatankuasa Kuil Hindu KL Tolak RM1 Juta Jakel, Dakwa Langgar ‘Aku Janji’ Kerajaan
[Copy link]
|
|
|
Jawatankuasa pengurusan Kuil Hindu KL, Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman menolak tawaran “muhibah” bernilai RM1 juta daripada Jakel’s Trading yang meminta kuil itu mengosongkan tapak di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur dalam tempoh tujuh hari, dengan mendakwa tuntutan tersebut bercanggah dengan aku janji kerajaan sebelum ini.
Kuil Hindu KL tolak RM1 juta
Memetik laporan daripada Malaysiakini, Setiausaha kuil, G Kaarthik menyatakan arahan pada Mac 2025 oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Dr Zaliha Mustafa telah memberi komitmen bahawa kuil berkenaan tidak akan dipindahkan sehingga proses penempatan semula ke premis baharu diselesaikan sepenuhnya.
“Kami ambil perhatian bahawa sehingga kini, Jakel Trading tidak membantah perjanjian dan aku janji kerajaan pada Mac 2025.
“Oleh itu, kami amat kesal dengan tuntutan anda yang tiba-tiba dan tidak munasabah agar kami mengosongkan tanah tersebut, tanpa menghiraukan dan bercanggah aku janji kerajaan,” katanya dalam sepucuk surat kepada pengarah syarikat itu, Faroz Jakel dan Nizam Jakel.
Kuil Hindu KL akan ambil tindakan jika notis tak dipatuhi
Sebelum ini, Kaarthik memaklumkan bahawa pihaknya akan mendapatkan nasihat undang-undang susulan penerimaan notis bertarikh 13 Januari yang menggesa kuil itu segera mengosongkan tanah milik Jakel bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan yang dijadual bermula dalam tempoh sebulan.
Jakel turut memaklumkan bahawa RM1 juta telah diperuntukkan dan boleh dikeluarkan oleh peguam syarikat selepas pengesahan bahawa kuil itu telah mengosongkan sepenuhnya tapak berkenaan, selain memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil sekiranya notis tersebut gagal dipatuhi.
Perkara itu disahkan oleh Nizam Jakel ketika dihubungi.
Dalam masa sama, Kaarthik menegaskan tiada sebarang kelewatan dalam usaha pemindahan kuil, sebaliknya menjelaskan proses tersebut mengambil masa kerana kelulusan pelan bangunan baharu hanya diterima pada November 2025, manakala tanah baharu diwartakan pada 10 Disember tahun lalu.
“Dan hanya semalam, 15 Januari 2026, kami diberitahu melalui e-mel bahawa pemilikan kosong plot tersebut telah siap. Pendek kata, kami telah cuba teruskan pemindahan secepat mungkin sejak tahun lepas,” katanya.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap nada ugutan yang digunakan, menyifatkannya sebagai “tidak sesuai dan tidak boleh diterima”, selain mendakwa ia bercanggah dengan aku janji kerajaan termasuk dakwaan kelulusan pembangunan oleh DBKL.
“Jika kelulusan sedemikian telah diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tanpa pengetahuan kami, kerajaan wajib membatalkannya, kerana kerajaan terikat dengan aku janji 25 Mac 2025.
“DBKL sebagai badan kerajaan tidak boleh bertindak menentang aku janji awam yang dibuat oleh kerajaan sendiri,” tegasnya.
Sumber : Malaysiakini, Borakdaily |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kes ni bkan dah settle sebelum kes kebakaran di Putra heights tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedih betul baca. Tuan tanah sendiri nak ambik usaha balik tanah tu, tapi pengurusan kuil pulak kata tak ikut janji lah apa lah, padahal ikut suka la tuan tanah nak buat apa pun dah itu tanah beliau. Apa hak kuil haram tu nak persoal itu ini pulak, hang yg ceroboh masuk tanah orang, hang pulak dok berlagak atuq peraturan sendiri. Takleh ke bawak jetolak langgar roboh terus takyah cakap banyak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg ada tanah elok la buat pemantauan berkala. Kalau awal boleh cegah. Jgn dah jd binaan, semua org ssh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 16-1-2026 06:57 PM
Siapa yg ada tanah elok la buat pemantauan berkala. Kalau awal boleh cegah. Jgn dah jd binaan, semua ...
Ya, mmg tuan tanah kena ambil tindakan awal, letak pagar atau buat papantanda kata tanah hak persendirian....
Mmg itu yg sepatutnya, terutama bagi tanah yg lama x terjenguk dan dibiarkan.....
Bila tanah bertuan dibiar semak dan terbiar, once dah ada entiti lain masuk menceroboh dan buat binaan kekal, it wont be the same again.....
That's the hars reality that we're living in... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika kerajaan melayu kekal bodoh …Lagi 50 tahun Malaysia dipenuhi oleh kuil hindu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
terus robohkan pakai jentolak, besar kemungkinan akan sebabkan rusuhan. boleh jadi besar dan gugat keamanan, ekonomi dn hubugan sosial..
aku ingat pihak berkuasa sedang melambat-lambatkan masa untuk cuba elak perkara cm tu.. patahkan secara undang2 setiap hujah jawatankuasa kuil, contohnya hujah terbaru aku janji, memang betul ker ada? ... klu tak ada bolehlah umumkan tindakan seterusnya.. cuma sbb kepercayaan ini agak berlainan dgn reasoning, ada juga nanti yang tak faham, tetapi bilangan yg menentang akan semakin sedikit
cubalah pihak berkuasa campur tangan dan minta persetujuan untuk pindahkan tempat lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ZORRO5555: Melampau dah ni
Lanngo je dgn stembrol.. Ngade sggh.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dok situ agak nya generate sejuta setahun hasil derma, mana la nak pindah. Kebal sungguh kuil hindu kat malaysia. Negara lain masalah sama ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg undang2 Malaysia, "Tiada rakyat Malaysia yang boleh dirampas hak miliknya". Jadi kalau ada binaan atas tanah org lain, tuan tanah x boleh sesuka hati robohkan. Sebab tanah kau punya, binaan tu org tu punya. Jadi geng2 ni mmg exploit habis benda ni.
Kesimpulannya, kalau korang ada tanah, jaga baik2 tanah korang. Jangan bagi org lain, malah ahli keluarga sendiri bina sesuatu atas tanah korang tu. Klu kau nak mintak roboh, kau kena bayar pampasan setimpal binaan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gunapakai pada tanah rezab jalan juga ke? kalau ya, patut la, selamba dorang bina parking lot kat tanah rizab jalan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 16-1-2026 07:57 PM
Jika kerajaan melayu kekal bodoh …Lagi 50 tahun Malaysia dipenuhi oleh kuil hindu.
Biarkanlah LUNCAI sendiri yang nak masuk labu pastu terjun sungai....tenggelam.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalah-masalah mengikut kaum di Malasya.
M- rasuah sana-sini tak malu
C- nak rapid ekonomi, education
I - macam ini la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dovahkiin replied at 16-1-2026 09:13 PM
Mmg undang2 Malaysia, "Tiada rakyat Malaysia yang boleh dirampas hak miliknya". Jadi kalau ada binaa ...
Undang2 apa camni???..sapa buat???..sapa lulus??? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku teringat plak ada sorg brother kt thread ni share, bos dia cina ada kes mcm ni la, kuil haram atas tanah dia. Dia tak banyak bunyik, sewa backhoe terus runtuhkan je takde nk bincang2. Apa2hal pegi la saman kt court. Tersenyap terus geng kuil tu sbb dh tau dah mmg diorg confirm kalah punye. Tapi org melayu ni sibuk nk berbincang la ape la, jadik la mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
risau pulak bila chuols bagi peringatan camni. tanah iols ada yang dah semak-samun, yang dekat pun jarang pegi, yang jauh dah bertahun tak jenguk, dok bayar cukai je tiap tahun.. nanti nak gi check, jangan la ada yang buat onar. risau 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tak sedar diri. Dh ceroboh tanah org nak memunya pulak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
@blue_blur @Skuau
Rujuk Perlembagaan Persekutuan Perkara 13. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|