CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 59|Reply: 0

[Sabah] 850 jenis hidangan sempena Program Kulinari Ramadan 2026

[Copy link]
Post time 17-1-2026 10:21 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Rosmawati (duduk, tengah) bersama para tetamu yang hadir pada sidang media berkenaan.

KOTA KINABALU: Sempena dengan Program Kulinari Ramadan 2026,  Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) akan memperkenalkan sejumlah 850 pada Resepi Nusantara Asian Buffet 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Dr Hajah Rosmawati Lasuki berkata, Resepi Nusantara Asian Buffet 2026 akan mula dibuka kepada orang ramai pada 26 Februari sehingga 18 Mac 2026.

"Semua hidangan akan disediakan oleh pasukan kulinari SICC yang telah memenangi anugerah.



MENYELERAKAN: Hidangan disediakan oleh pasukan kulinari SICC yang cemerlang.

"Pada tahun ini, pelbagai hidangan kuih muih baharu akan diperkenalkan. Di samping hidangan asli gaya penjaja Asia yang diinspirasikan daripada makanan jalanan serantau, serta resipi warisan turun-temurun daripada generasi keluarga.

"Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai hidangan istimewa yang tidak dapat dilupakan, sekali gus menjamin sesuatu yang segar pada setiap kunjungan," katanya pada Sidang Media Resepi Nusantara Asian Buffet 2026, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, setiap tahun, pihaknya akan menyediakan dan meningkatkan mutu sajian Ramadan.



ENAK: Kepelbagaian hidangan yang disediakan sudah pasti akan memenuhi cita rasa pelanggan.

Bagi 2026 katanya, tumpuan SICC adalah pada kepelbagaian, kerjasama dengan agensi kebangsaan dan tempatan, serta mewujudkan suasana di mana keluarga, komuniti dan kumpulan korporat dapat berkumpul dengan selesa.

Katanya, program itu mencerminkan peranan SICC bukan sahaja sebagai sebuah lokasi, tetapi juga sebagai sebuah platform yang menyatukan orang ramai.

Dalam pada itu katanya, SICC juga akan bekerjasama dengan Fiesta Mega Raya (FMR) 2026, yang akan berlangsung selama 12 hari bermula 7 sehingga 18 Mac 2026.



MENARIK: Antara hidangan istimewa yang akan diperkenalkan pada Resepi Nusantara Asian Buffet 2026.

FMR 2026 dianjurkan dengan matlamat untuk menghimpunkan pelbagai elemen utama sambutan Aidilfitri merangkumi beli-belah, makanan dan minuman, hiburan keluarga, budaya, gaya hidup serta keusahawanan, dalam satu platform berskala besar yang tersusun, eksklusif dan bertaraf antarabangsa.

Penganjuran acara ini turut disokong oleh rakan-rakan strategik utama, termasuk SICC sebagai venue rasmi, agensi-agensi berkaitan, rakan media, rakan korporat serta pemain industri dari sektor automotif, kewangan, pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kerjasama strategik ini mencerminkan keyakinan pelbagai pihak terhadap potensi Fiesta Mega Raya 2026 sebagai sebuah acara berimpak tinggi di peringkat negeri dan serantau.

Dengan jangkaan kehadiran melebihi 200,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjuran, Fiesta Mega Raya 2026 dijangka menarik pengunjung bukan sahaja dari seluruh Sabah, malah dari Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Brunei Darussalam serta pelancong antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada pemerkasaan sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi tempatan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.127029 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list