CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54|Reply: 0

[Sabah] PPj sandar harapan pada kerjasama erat

[Copy link]
Post time 17-1-2026 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-1-2026 10:38 PM



KERJASAMA: Lo (kiri) bersama Mohd Sakeri ketika ditemui dalam lawatan berkenaan.

PERBADANAN Putrajaya (PPj) menaruh harapan tinggi agar hubungan kerjasama yang erat, harmoni dan saling menyokong dapat terus diperkukuhkan bersama kepimpinan baharu Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Hubungan itu demi memastikan Putrajaya kekal berfungsi sebagai pusat pentadbiran negara yang terancang, mampan dan berdaya huni.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir, berkata kerjasama strategik antara PPj dan pentadbiran baharu Wilayah Persekutuan amat penting, khususnya dalam menyelaras dasar, pengurusan bandar serta penyelenggaraan aset awam yang kini semakin berusia.

“Harapan saya satu sahaja, iaitu kolaborasi dan sokong-menyokong antara kami di Perbadanan Putrajaya dengan pentadbiran baharu di bawah JPM, khususnya YB Menteri dan YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

“Kami bersedia memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan dalam konteks pentadbiran dan pengurusan Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena lawatan Pejabat Parlimen Tawau bersama rombongan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) ke Putrajaya, yang diketuai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.



PENGALAMAN: Rombongan Pejabat Parlimen Tawau bersama JHEAINS bergambar selepas menaiki ‘Cruise Boat’ di Tasik Putrajaya.

Menurut Mohd Sakeri, Putrajaya kini menghampiri usia 30 tahun, sekali gus meletakkan tanggungjawab besar kepada PPj dan pentadbiran Wilayah Persekutuan
Katanya, ia bagi memastikan semua aset awam yang dibangunkan sejak awal penubuhannya terus terpelihara dan dapat digunakan dalam tempoh jangka panjang.

“Putrajaya dibangunkan dengan perancangan yang sangat teliti sejak awal. Presiden-presiden terdahulu telah meletakkan asas pembangunan yang kukuh.

“Sebagai Presiden PPj yang kelapan, fokus saya adalah memastikan apa yang telah ada ini dijaga dengan baik, supaya pelaburan besar yang dibuat sebelum ini tidak menjadi kerugian,” katanya.

Beliau menjelaskan, aspek penyelenggaraan kini menjadi keutamaan PPj, merangkumi bangunan kerajaan, infrastruktur awam, landskap, sistem perparitan serta kemudahan sokongan lain yang menjadi nadi kepada fungsi Putrajaya sebagai bandar pentadbiran.

“Pembangunan baharu tetap penting, tetapi ia mesti selari dengan keperluan semasa dan kemampuan sumber yang ada.

“Dalam masa sama, kita perlu mengambil kira keutamaan untuk menjaga aset sedia ada supaya tempoh kebolehgunaannya lebih panjang,” katanya.


IKONIK: Masjid Putra yang merupakan bangunan ikonik dan tarikan pelancong di Putrajaya.

Mengulas perancangan jangka panjang Putrajaya, Mohd Sakeri berkata, pelan induk yang digariskan sejak awal pembukaan bandar itu masih relevan dan belum dilaksanakan sepenuhnya.

“Perancangan jangka panjang Putrajaya memang sudah ada sejak mula. Kita belum sampai ke tahap maksimum perancangan itu.

“Jadi, pelan sedia ada masih diteruskan, dengan penyesuaian berdasarkan keperluan semasa, cabaran kewangan dan sumber manusia,” katanya.

Dalam konteks kerjasama dengan kepimpinan baharu Wilayah Persekutuan, beliau menegaskan bahawa PPj bersedia menjadi rakan strategik kepada kerajaan dalam memastikan segala dasar dan inisiatif dapat dilaksanakan dengan berkesan di peringkat bandar.

“PPj berada di barisan hadapan dalam mengurus Putrajaya. Jadi, kerjasama rapat dengan pentadbiran di bawah JPM amat penting bagi memastikan keputusan dasar dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan di lapangan dengan lancar,” katanya.

Beliau turut menyentuh peranan Putrajaya sebagai wajah pentadbiran Malaysia di mata dunia, termasuk kepada pelawat dan delegasi asing yang berkunjung ke bandar itu.

“Putrajaya ini bukan sekadar bandar pentadbiran, tetapi juga lambang keupayaan negara membangunkan sebuah bandar terancang.

“Apa yang kita buat di sini mencerminkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.



ALBUM: Rombongan berkesempatan melawat ke Pejabat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Dalam aspek pelancongan dan keterlihatan bandar, Mohd Sakeri berkata, Putrajaya mempunyai keunikan tersendiri yang perlu terus dipelihara dan diperkasakan, termasuk Tasik Putrajaya sebagai elemen utama landskap bandar.

“Apabila pelancong menaiki cruise di Tasik Putrajaya, mereka dapat melihat keseluruhan konsep bandar ini.

“Dari tasik, boleh dilihat kompleks kementerian, bangunan kerajaan, jambatan ikonik, masjid serta kawasan hijau yang mengelilingi tasik,” katanya.

Menurutnya, pengalaman menyusuri tasik itu memberi gambaran jelas tentang Putrajaya sebagai bandar tasik dan bandar taman yang mengimbangi pembangunan fizikal dengan kelestarian alam sekitar.

“Tarikan ini bukan sahaja untuk pelancong luar negara, malah rakyat tempatan sendiri. Ia memberi pengalaman santai sambil mengenali Putrajaya dari perspektif berbeza,” katanya.

Selain kebersihan fizikal, Mohd Sakeri menegaskan bahawa budaya tadbir urus yang baik turut menjadi tarikan utama Putrajaya.

“Kita bercakap mengenai kebersihan dalam dua konteks, iaitu persekitaran yang bersih dan tadbir urus yang baik.

“Putrajaya mesti dikenali bukan sahaja sebagai bandar yang cantik, tetapi juga bandar yang menjunjung tinggi integriti, tata kelola dan disiplin,” katanya.

Seiring perkembangan teknologi, beliau berkata, Putrajaya turut memanfaatkan sistem pemantauan pintar termasuk penggunaan ratusan kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu pencegahan jenayah dan pemantauan keselamatan awam.

“Kita difahamkan oleh pihak polis bahawa CCTV yang dipasang ini banyak membantu dalam menyelesaikan kes, walaupun kadar jenayah di Putrajaya tidak tinggi.
“Tahun ini, kita bercadang menambah lagi kamera di beberapa lokasi strategik,” katanya.

Mohd Sakeri menegaskan bahawa masa depan Putrajaya bergantung kepada kerjasama semua pihak, khususnya antara PPj dan kepimpinan baharu Wilayah Persekutuan.

“Dengan kerjasama yang kukuh, sokongan politik dan pentadbiran yang padu, saya yakin Putrajaya akan terus berkembang sebagai bandar pentadbiran yang terancang, berdaya huni dan menjadi kebanggaan negara,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.040621 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list