CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 49|Reply: 0

[Sabah] KGKS sokong penuh inisiatif kerajaan Sabah bawa isu gred jawatan JPNS ke peringkat KPM

[Copy link]
Post time 17-1-2026 10:39 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyokong penuh inisiatif Kerajaan Sabah untuk membawa isu ketidakseimbangan struktur gred jawatan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) ke peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Presiden KGKS, Murkam Hussien berkata isu gred jawatan, khususnya gred jawatan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri merupakan antara perkara yang sudah lama diperjuangkan oleh kesatuan itu.

"Mengikut carta jawatan JPNS sekarang, gred bagi jawatan Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah dan Pegawai Pendidikan Daerah adalah sama iaitu gred 54.

"KGKS melihat bidangkuasa dan tugas kedua-dua jawatan peringkat negeri dan daerah agak berbeza. Peranan timbalan pengarah pendidikan negeri lebih tinggi dan sebab itu, kita di KGKS menyokong agar jawatan JUSA C diwujudkan bagi menambah baik struktur gred jawatan di JPNS," katanya.

Murkam berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berhubung isu tersebut.

Semalam, James dipetik sebagai berkata bahawa langkah kerajaan Sabah membawa isu gred jawatan ke KPM itu bertujuan memastikan keadilan dalam laluan kerjaya serta memperkukuhkan keberkesanan pentadbiran sektor pendidikan di negeri ini.

Menurut James, struktur perjawatan sedia ada menunjukkan jurang yang ketara apabila jawatan timbalan pengarah JPNS hanya berada pada gred 54, manakala pengarah berada pada gred Jusa B tanpa sebarang jawatan Jusa C sebagai penghubung.

Situasi itu bukan sahaja menimbulkan ketidakadilan dari sudut hierarki jawatan, malah memberi kesan terhadap motivasi dan semangat kerja pegawai kanan pendidikan kerana gred timbalan pengarah adalah setara dengan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).



Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.519706 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list