CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 749|Reply: 7

[Tempatan] Hotel Mesra Kunyit Minta Maaf

[Copy link]
Post time 17-1-2026 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ^CUN_GILA~. at 17-1-2026 10:58 PM

  

__________

MELAKA: Pemilik sebuah hotel di Malim Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan menjalankan promosi berkonsepkan ‘gay friendly’ tampil ke Pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memberikan penjelasan serta memohon maaf berhubung perkara berkenaan.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata, pemilik premis tersebut hadir ke pejabat majlis pada 15 Januari lalu susulan satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan pada 13 Januari selepas menerima aduan awam dan hasil semakan pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, pemilik premis berkenaan, seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 70-an, menjelaskan bahawa kandungan promosi dipaparkan di laman sesawang hotel itu berlaku akibat kecuaian pihak pengurusan.

“Pemilik premis mengakui kesilapan tersebut dan telah mengambil tindakan segera dengan menurunkan kandungan promosi berkenaan. Beliau juga memohon maaf kepada pihak MPHTJ serta masyarakat atas kekhilafan yang berlaku,” katanya hari ini.


Operasi penguatkuasaan dijalankan sebelum ini mendapati premis berkenaan tidak mempunyai penjaga bertugas di kaunter selain gagal menghadirkan wakil premis walaupun telah dihubungi melalui nombor telefon yang disediakan.

“Semakan lanjut turut mendapati premis berkenaan gagal mendaftar serta membuat bayaran Caj Warisan bagi tempoh tahun 2024 sehingga kini, selain keperluan menambah pelesenan dagangan bagi beberapa aktiviti tambahan yang dijalankan di hotel tersebut,” katanya.

Sapiah berkata, pihak premis turut diarahkan mematuhi syarat kehadiran sekurang-kurangnya seorang pekerja warganegara di kaunter pada setiap masa, dan lesen perniagaan hanya akan dipulangkan selepas semua arahan dipatuhi sepenuhnya.

Kompaun turut dikeluarkan terhadap premis itu atas kesalahan gagal mematuhi syarat lesen di bawah Undang-Undang Kecil (Hotel) MPHTJ 2011.

“Tindakan lebih tegas termasuk pembatalan lesen serta sekatan permohonan perniagaan pada masa hadapan boleh diambil sekiranya arahan yang diberikan terus diingkari,” katanya.

Pada 12 Januari lalu, media melaporkan kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyiasat dakwaan kewujudan sebuah hotel berkonsepkan gay friendly di negeri ini susulan isu tersebut tular di media sosial sejak 11 Januari lalu.



Isu berkenaan dibangkitkan menerusi satu hantaran pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, yang mempersoalkan trend penggunaan label friendly sebagai strategi penjenamaan perniagaan. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 11:29 PM | Show all posts
Gay-gay ni semua undi pH ka?

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi nama whiteloft
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 18-1-2026 11:08 AM
Amboi nama whiteloft

Sama tak dgn whitetowel?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan2 pakai ChatGPT tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 02:56 PM | Show all posts
silance replied at 17-1-2026 11:29 PM
Gay-gay ni semua undi pH ka?

menteri OMNO pun ada... nama2 biarlah rahsia

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2026 05:12 PM | Show all posts

Inspirasi dari White Lotus netflix tu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak baper paham lawak putih2 dlm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.059197 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list