CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68|Reply: 0

[Kedah] Bekas wartawan FMT, Rex Tan dibebaskan namun siasatan masih berjalan – Saifuddin

[Copy link]
Post time 17-1-2026 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Bekas wartawan FMT, Rex Tan dibebaskan namun siasatan masih berjalan – Saifuddin

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
17 Januari 2026 02:08pm





Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulas mengenai isu bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Inden Projek Mesra Rakyat hari ini. Foto Bernama.




KULIM – Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan yang ditahan polis awal pagi Sabtu akan dibebaskan selepas rakaman percakapannya diambil bagi membantu siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ismail telah memaklumkan perkembangan kes tersebut kepadanya pada pagi Sabtu.


Menurutnya, selepas dibebaskan, bekas wartawan itu boleh dipanggil pada bila-bila masa sekiranya diperlukan untuk melengkapkan siasatan,

“Bekas wartawan itu akan dibebaskan selepas polis merakam percakapannya.

Siasatan masih dijalankan dan apabila lengkap, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.


Beliau berkata demikian mengulas laporan media berkenaan Rex Tan, 31, ditahan polis susulan soalan kontroversi yang dibangkitkan dalam satu wacana awam pada Isnin lalu.

Isu berkenaan timbul selepas seorang bekas ahli Parlimen dari United Kingdom hadir dalam wacana awam dan ditanya mengenai perbandingan antara situasi Palestin dengan layanan terhadap komuniti Cina di Malaysia.

Terdahulu, Saifuddin Nasution ditemui selepas Majlis Penyerahan Inden Projek Mesra Rakyat di Kulim Hi-Tech Park di sini.

Jelas beliau, sebagai rakyat Malaysia prinsip kebebasan bersuara perlu sentiasa dihormati, namun kebebasan itu mesti disertai dengan rasa tanggungjawab khususnya dalam kalangan pengamal media.

Katanya, dalam insiden berkenaan, organisasi media yang diwakili wartawan terbabit sendiri menegaskan bahawa pandangan atau soalan yang dibangkitkan tidak mencerminkan pendirian syarikat dan turut tampil membuat permohonan maaf.

“Jawapan daripada bekas ahli Parlimen itu jelas, perbandingan tersebut tidak kena sama sekali sepanjang beliau mengenali Malaysia.

Beliau turut menghuraikan pandangannya,” ujarnya.

Tambah beliau, keadaan menjadi perhatian apabila seorang wartawan tempatan menyuarakan pandangan berbeza secara terbuka sehingga mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.

Menurutnya,susulan aduan yang diterima, polis perlu mempertimbangkan langkah seterusnya sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

“Apabila ada aduan, polis perlu menimbangkan tindakan selanjutnya. Itu adalah proses pertama.

Saya percaya wartawan terbabit akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” katanya lagi.







Rex Tan sudah dibebaskan




KUALA LUMPUR - Bekas wartawan portal yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam rakaman video berkaitan isu Palestin yang mencetuskan kegusaran masyarakat sebelum ini telah dibebaskan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, lelaki terbabit telah dibebaskan setelah direkod keterangan sejak tengah malam tadi.

"Polis telah merakam keterangan beliau sejurus selepas ditahan untuk siasatan yang dijalankan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis juga telah merampas telefon bimbit milik individu terbabit untuk siasatan lanjut," katanya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Peguam individu berkenaan, Rajsurian Pillai berkata, lelaki itu dibebaskan kira-kira jam 1.15 tengah hari.

Namun jelasnya, telefon serta kad sim milik bekas wartawan itu telah dirampas pihak polis.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesahkan tiga laporan telah dibuat berhubung penularan video memaparkan pertanyaan wartawan terbabit dalam wacana terbuka pada 12 januari lalu mengenai isu palestin dengan membandingkan keadaan perkauman di Malaysia.

Soalan itu ditanya dalam satu ceramah awam di Kuala Lumpur yang menampilkan ahli politik United Kingdom, George Galloway, bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors”.

Susulan itu M Kumar mengesahkan individu terbabit telah ditahan selain siasatan dijalankan berhubung kes itu di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Leseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

https://www.sinarharian.com.my/article/764421/berita/nasional/bekas-wartawan-fmt-rex-tan-dibebaskan-namun-siasatan-masih-berjalan-ndash-saifuddin


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.166847 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list