CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 62|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mohon rakyat Malaysia doakan Nadia Kesuma selamat

[Copy link]
Post time 18-1-2026 03:13 AM | Show all posts |Read mode
NADIA KESUMA





Mohon rakyat Malaysia doakan Nadia Kesuma selamat



  • Oleh NOOR HASLIZA NUSI
  • 18 Januari 2026, 2:24 am




GEORGE TOWN – Agensi pelancongan, NUH Travel & Tours Sdn. Bhd. (NUH Travel) memohon kepada seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan pelakon Nadia Kesuma berada dalam keadaan selamat dan ditemukan segera.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook malam tadi, syarikat itu komited sepenuhnya dan sedang bekerja keras secara berterusan dalam usaha mengesan keberadaan Nadia, setelah dilaporkan tidak menaiki penerbangan semasa transit di Jeddah.

“Sejak kejadian ini dimaklumkan, memasuki hari ketiga pada hari ini, pihak NUH Travel telah menjalankan usaha pengesanan secara serius dan teratur dengan kerjasama erat pelbagai pihak berautoriti, termasuk Wisma Putra, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah serta wakil muasassah selaras dengan status visa yang digunakan Nadia.

“Usaha ini melibatkan koordinasi rasmi dan komunikasi berterusan bersama semua pihak berkaitan bagi memastikan setiap saluran yang sah dan relevan digunakan sebaiknya.

“Dalam hal ini, NUH Travel & Tours Sdn. Bhd. komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berautoriti yang terlibat sepanjang proses ini,” katanya.

Jelasnya, NUH Travel sentiasa mengambil berat terhadap keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan jemaah dan akan terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan profesional sehingga individu terbabit berjaya ditemui.

“Sehubungan itu, kami dengan rendah hati memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar Nadia berada dalam keadaan selamat, sihat serta ditemui semula dengan segara.

“Sebarang perkembangan rasmi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi rasmi NUH Travel. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/18/mohon-rakyat-malaysia-doakan-nadia-kesuma-selamat/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.074406 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list