|
View: 336|Reply: 1
|
[Tempatan]
Zahid Hamidi kata DAP ada team B
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pelbagai kenyataan dikeluarkan yang bertentangan daripada kepimpinan utama DAP datangnya daripada 'Team B'.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kepada beliau oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
"Betul (Naib Presiden UMNO) Datuk Seri Johari Abdul Ghani, (Timbalan Presiden UMNO) Datuk Seri Mohamad Hasan kata nak takut dengan DAP ini pasal apa... yang keluarkan kenyataan macam-macam itu 'Team B' dalam DAP.
"Mereka pun ada Team B juga. Saya jumpa sendiri dengan Setiausaha Agungnya (Anthony Loke)," katanya semasa ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalu pun depa ada team A team B, carik-cari bulu ayam saja. Kejap lagi ok balik la.
As long fokus matlamat parti tak leka. Bukannya macam m merajuk keluar parti, bukak parti baru. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|