CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Allahyarham Nadia Kesuma rajin turun padang sertai kegiatan penduduk' - Jiran

[Copy link]
Post time 18-1-2026 07:39 PM | Show all posts |Read mode
'Allahyarham Nadia Kesuma rajin turun padang sertai kegiatan penduduk' - Jiran

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 18, 2026 @ 12:29pm




Taman perumahan kediaman Allahyarham Nadia Kesuma di Putra Villas Townhouse, Bandar Putra Bertam.NSTP/AMINAH YUSOF



KEPALA BATAS: "Arwah (Nadia Kesuma) kerap mengerjakan umrah.

Kami menyangka kehilangannya ini hanya sementara dan akan ditemui semula.

Tetapi pagi ini kami terkejut apabila dimaklumkan Nadia sudah meninggal dunia," kata jirannya, Syahrizal Ibrahim dari Putra Villas Townhouse, Bandar Putra Bertam, di sini.

Syahrizal, 46, berkata sejak berita kehilangan Nadia Kesuma dilaporkan pada Khamis lalu, penduduk di kawasan itu mengadakan majlis bacaan surah Yasin dan solat hajat di Surau Al-Muttaqin sebagai ikhtiar mendoakan pelakon itu ditemukan semula dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, katanya, berita berhubung jiran mereka itu disahkan meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung pada hari Nadia Kesuma dilaporkan hilang amat mengejutkan.

"Kami berjiran lebih lima tahun apabila keluarga Nadia Kesuma berpindah di sini sebelum pandemik COVID-19, manakala saya tinggal di sini sejak 2007.

"Walaupun dia artis yang sering muncul di televisyen, apabila bertemu jiran, dia tegur dan bersembang dengan kami seperti biasa.

Penduduk di sini aktif dengan pelbagai aktiviti di rumah kelab taman perumahan dan arwah selalu sertai kami.



"Dia seorang jiran yang ceria dan rajin menyertai program komuniti seperti kenduri termasuk jamuan rumah terbuka Aidilfitri yang lazimnya diadakan secara 'pot-luck'.

"Arwah yang peramah selalu berjoging dalam kawasan taman perumahan bersama suami pada waktu petang, kadang-kadang ditemani anak mereka," katanya ketika ditemui di hadapan kediaman Allahyarham Nadia Kesuma, hari ini.

Kematian pelakon terbabit yang nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, disahkan Wisma Putra hari ini dengan berita itu sudah dimaklumkan kepada keluarganya.

Terdahulu, tinjauan mendapati pekarangan kediaman Allahyarham Nadia lengang dengan suaminya, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, dikhabarkan sudah meninggalkan rumah kira-kira jam 8 pagi tadi menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur sebelum mengambil penerbangan seterusnya ke Jeddah.

Media sebelum ini melaporkan pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta itu gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada Khamis lalu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1498213/allahyarham-nadia-kesuma-rajin-turun-padang-sertai-kegiatan-penduduk





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2026 07:40 PM | Show all posts
Syahrizal Ibrahim. NSTP/AMINAH YUSOF
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.062782 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list