CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 606|Reply: 11

[Dunia] London Has Fallen ~ China Mahu Bina Kedutaan Mega Sebelah Tower Of London!

[Copy link]
Post time 18-1-2026 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


LONDON: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di London bagi membantah cadangan pembinaan kedutaan mega China, beberapa hari sebelum keputusan mengenai rancangan itu dijangka diumumkan.

Para penunjuk perasaan kebanyakannya menutup wajah dengan skaf atau topeng, melaungkan slogan “Katakan tidak kepada kedutaan China’ dan mengibarkan bendera bertulis “Bebaskan Hong Kong. Revolusi segera’.

Selain itu, mereka turut memegang papan tanda dengan slogan merujuk kepada agensi perisikan dalam negara Britain dan parti pemerintah, Parti Buruh di bawah pimpinan Perdana Menteri Keir Starmer.

China sudah beberapa tahun berusaha memindahkan kedutaannya, yang kini terletak di kawasan mewah Marylebone di ibu kota Britain, ke tapak bersejarah yang luas berhampiran Menara London.

Langkah itu mencetuskan bantahan hebat daripada penduduk setempat, kumpulan hak asasi manusia dan pengkritik Parti Komunis China. Demonstrasi terbaharu ini berlangsung menjelang keputusan yang dijangka dibuat minggu ini.

Ketua Kumpulan Hak Asasi Hong Kong Watch, Benedict Rogers berkata, jika rancangan itu diluluskan, berkemungkinan besar tapak berkenaan akan digunakan untuk kegiatan perisikan, merujuk kepada kabel komunikasi bawah tanah sensitif berhampiran lokasi tersebut.

Beliau menambah, China sudah menjalankan kempen penindasan transnasional terhadap pelbagai komuniti diaspora dan pengkritik lain, dan meramalkan aktiviti itu akan meningkat dan menjadi lebih sengit.

Seorang penunjuk perasaan yang juga pekerja bank yang berasal dari Hong Kong namun kini menetap berhampiran Manchester di barat laut England berkata, ramai warga Hong Kong berhijrah ke Britain untuk mengelak pemerintahan autoritarian di China.

Namun kini mereka berdepan kemungkinan sebuah kedutaan yang berfungsi sebagai pangkalan operasi bagi Beijing di London. Baginya, perkara itu tidak baik untuk sesiapa selain kerajaan China.

Seorang lagi penunjuk perasaan yang enggan dikenali menyeru Starmer untuk menghentikan rancangan tersebut kerana terdapat risiko tinggi terhadap keselamatan United Kingdom (UK), bukan hanya warga Hong Kong.

Wanita berusia 60 tahun itu, pekerja gudang yang juga berasal dari Hong Kong dan kini tinggal di Manchester, berkata, kedutaan itu akan menjadi pusat perisik bukan hanya untuk memantau UK tetapi seluruh Eropah.

Antara penceramah yang menyokong kempen membantah pembinaan kedutaan itu ialah Kemi Badenoch, pemimpin Parti Konservatif yang merupakan pembangkang utama.

Ahli Parlimen Britain sebelum ini mengutarakan kebimbangan besar mengenai keselamatan selepas sebuah akhbar harian terkemuka melaporkan tapak berkenaan akan menempatkan 208 bilik rahsia, termasuk sebuah ruang tersembunyi.

Daily Telegraph melaporkan memperoleh pelan tidak disunting bagi bangunan besar baharu itu yang akan dibina di tapak bersejarah bekas Royal Mint.

Pelan itu menunjukkan Beijing dikatakan merancang membina sebuah ruang tersembunyi di antara bilik rahsia di bawah kedutaan, yang diletakkan bersebelahan dengan kabel komunikasi bawah tanah. -AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
London Bridge is falling down..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah.. bukan india ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 19-1-2026 06:38 PM
London Bridge is falling down..

Ketuanan omputih white supremacy is falling down.



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 12:55 AM | Show all posts
bukan dulu depa sibuk jajah tempat orang ka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua pejabat kedutaan mmg ade bilik rahsia ler..ada laluan rahsia..ada spy jugak..merepek sungguh mcm baru tau.
Cam gitu tutuplah semua pejabat kedutaan..semua letak kat tepi jln aja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2026 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh built 1 lagi di keyel.... Aku pasti malaysian tiada objection boleh jadi freeloader santuary kepada ummah PRC mahu escape china... Hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 07:58 AM | Show all posts
dah kenapa penunjuk perasaan semua muka cina dan india, tak de rupa omputeh pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 08:17 AM | Show all posts
what?///
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:23 AM | Show all posts
keturunan diorg dulu penjajah...apa salah kena jajah pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 19-1-2026 03:58 PM
dah kenapa penunjuk perasaan semua muka cina dan india, tak de rupa omputeh pun

Yang protest ini kata nya honkies majority... Mahu free hong kong sekali... Anti PRC ... Bukan  white ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 09:24 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 20-1-2026 09:19 AM
Yang protest ini kata nya honkies majority... Mahu free hong kong sekali... Anti PRC ... Bukan  wh ...

adehh patutlah. aiols igtkan omputeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.691848 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list