CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 2

[Tempatan] Imigresen Tumpas Sindiket 'Iqbal' Seludup Migran Guna Laluan Haram

[Copy link]
Post time 18-1-2026 08:05 PM | Show all posts |Read mode



Imigresen Tumpas Sindiket 'Iqbal' Seludup Migran Guna Laluan Haram[color=rgba(0, 0, 0, 0.65)][size=0.75em]
PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran dikenali sebagai ‘Iqbal’ dalam satu operasi khas semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata operasi hasil risikan dan maklumat awam itu tertumpu di sebuah premis yang dijadikan ‘Rumah Penampungan’ bagi migran yang dibawa masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak sah.

Beliau berkata premis berkenaan terletak di lokasi terpencil di kawasan kampung yang sukar dikesan, bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan dijadikan markas transit bagi menempatkan migran yang baru menyeludup masuk.


“Hasil serbuan telah membawa kepada penahanan 12 warga Bangladesh terdiri daripada 11 lelaki dan seorang wanita berusia antara 18 hingga 54 tahun.

“Turut ditahan, seorang lelaki warga Myanmar etnik Rohingya berumur 27 tahun yang berperanan sebagai penjaga rumah penampungan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati kesemua migran berkenaan memasuki negara ini sejak tiga hari lepas melalui laluan darat yang tidak diwartakan (jalan tikus) di sekitar sempadan Malaysia-Thailand.


Beliau berkata mereka ditempatkan di premis itu sementara menunggu baki bayaran kemasukan dilunaskan sebelum dihantar ke lokasi seterusnya.

“JIM kini sedang giat mengesan pemilik premis warga tempatan yang dipercayai bersekongkol dengan pihak sindiket dengan menyewakan serta membenarkan premisnya dijadikan pusat transit aktiviti penyeludupan migran,” katanya.

Beliau berkata individu berkenaan akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670].


Zakaria berkata risikan lanjut mendapati sindiket itu aktif beroperasi sejak awal 2024 dan mempunyai rangkaian ejen pengatur di negara asal dengan dalang utama warga Bangladesh yang dikenali sebagai ‘Iqbal’ dan dipercayai beroperasi dari Thailand.

“Sindiket mengenakan bayaran antara RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap individu. Keuntungan keseluruhan yang diraih daripada aktiviti haram itu dianggarkan mencecah RM1.5 juta,” katanya.

Zakaria berkata operasi itu turut menggunakan pendekatan pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan berpandukan Garis Panduan Kebangsaan mengenai Petunjuk Pemerdagangan Orang (NGHTI) 2.0 dan JIM telah memulakan siasatan lanjut bagi meneliti kesalahan di bawah Akta 670.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2026 09:53 PM | Show all posts
“Turut ditahan, seorang lelaki warga Myanmar etnik Rohingya berumur 27 tahun yang berperanan sebagai penjaga rumah penampungan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
*** Beranak dekat sini ka, korang sambut dia turun bot ka?  Tengok sekarang dia suda khianat bodohkan korang.

“Sindiket mengenakan bayaran antara RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap individu. Keuntungan keseluruhan yang diraih daripada aktiviti haram itu dianggarkan mencecah RM1.5 juta,” katanya.
***Tanah kita kena ambik, ruma kita mau kena roboh, compensation sikit tak cukup...

Rohingnya sinyum-sinyum kira duit 1.5m.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 02:23 AM | Show all posts





https://www.facebook.com/reel/763556309513832/?fs=e&fs=e
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.034701 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list