|
View: 383|Reply: 8
|
Gerhana ‘cincin api’ diramal berlaku pada 17 Februari depan - NASA
[Copy link]
|
|
|
WASHINGTON – Gerhana matahari pertama bagi tahun 2026 diramal berlaku pada 17 Februari depan, menjadikannya peristiwa cakerawala unik dikenali sebagai gerhana matahari anulus atau sering dirujuk sebagai gerhana ‘cincin api’, lapor laman berita NDTV semalam.
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), fenomena itu berlaku apabila Bulan melintas di hadapan Matahari tetapi kelihatan sedikit lebih kecil, mewujudkan lingkaran cahaya matahari yang bercahaya di sekeliling tepinya.
“Gerhana matahari anulus berlaku apabila Bulan melintas di antara Matahari dan Bumi, tetapi ia berada pada atau berhampiran titik terjauhnya dari Bumi. Oleh kerana Bulan lebih jauh dari Bumi, ia kelihatan lebih kecil daripada Matahari dan tidak menutupi Matahari sepenuhnya,” tulis NASA.
“Hasilnya, Bulan kelihatan sebagai cakera gelap di atas cakera yang lebih besar dan terang, mewujudkan apa yang kelihatan seperti cincin di sekeliling Bulan,” tambahnya.
Menurut laman berita Space.com, gerhana itu akan bermula dengan fasa separa sekitar pukul 9.56 pagi UTC, mencapai liputan maksimum sekitar pukul 12.12 tengah hari UTC dan berakhir sekitar pukul 2.27 petang UTC.
Laluan gerhana itu bagaimanapun hanya akan melalui benua Antartika, menjadikannya tidak boleh dilihat oleh kebanyakan penduduk dunia. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
17 Februari 2026, around 7-8 malam kita agaknya?
gerhana hari tahun baru Cina. waa very meriah
tapi cam biasa, asal iols nak tengok gerhana malam, mesti hujan. ataupun awan tebal |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lord of the ring
btw 25 tahun lepas lotr ditayangkan di pawagam
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kannn
bila cuaca elok, lupa pulak dah

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
haha, itu la kan. bila langit cerah, elok dalam rumah tengah golek2, terlupa 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman rasulullah tak silap tiap kali gerhana mesti ada petanda tak baik akan berlaku sebab tu disunatkan solat gerhana |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 19-1-2026 08:11 PM
wnwa05 replied at 19-1-2026 05:11 PM
zaman rasulullah tak silap tiap kali gerhana mesti ada petanda tak baik akan berlaku sebab tu disuna ...
Petanda buruk untuk orang yang tidak beriman sebab mereka guna Kalendar Matahari.
Mungkin akan berlaku perang di kalangan kafir. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak mendung/hujan boleh je tengok dari tingkap rumah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|