CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 45|Reply: 0

[Sarawak] Letak syarat pindah PPS untuk dapat BWI tidak wajar, pengagihan harus adil

[Copy link]
Post time 19-1-2026 02:22 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Meletakkan syarat berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk layak mendapat Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 adalah tidak wajar dan tidak adil untuk mangsa lain yang turut ditimpa musibah khasnya di pedalaman dan luar bandar.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sibuti Louis Jampi (gambar) berkata, setiap mangsa adalah layak untuk dibantu dan menerima bantuan yang disediakan.

“Bantuan musibah adalah hak rakyat yang turut membayar cukai. Pengagihan harus adil dan inklusif. Banjir bukan sekadar bencana alam, malah sebahagiannya berpunca daripada kelemahan perancangan dan pengurusan,” katanya.

Menurut Louis, ramai mangsa bukan enggan berpindah, tetapi terpaksa kekal demi menjaga keselamatan keluarga, warga emas, OKU, anak kecil serta ternakan.

Menjadikan PPS sebagai satu-satunya tiket bantuan adalah tidak adil, tegasnya.

Louis berkata, keadaan di kawasan pedalaman, kampung dan rumah panjang di Sibuti menunjukkan PPS bukan pilihan mudah, malah sering tidak mencukupi dari segi ruang dan kemudahan asas.

Beliau memberi contoh kawasan Saeh, di mana lebih 20 buah rumah panjang terjejas akibat banjir dan mempersoalkan kemampuan PPS untuk menempatkan ribuan penduduk yang terkesan.

“Realitinya, PPS sering berdepan masalah ruang sempit, tandas tidak mencukupi dan tidak sesuai untuk bayi serta warga emas uzur,” katanya.

Di Kampung Subak katanya, banjir kilat menyebabkan paras air naik sehingga satu meter, mengakibatkan kerosakan harta benda setiap kali banjir melanda. Namun, ada mangsa memilih untuk tidak berpindah kerana faktor anak kecil dan orang tua yang uzur.

“Adakah mereka ini tidak layak menerima bantuan walaupun kerugian yang dialami adalah nyata?” soalnya.

Sehubungan itu, Louis mengemukakan tiga cadangan utama kepada kerajaan, iaitu memansuhkan syarat wajib berpindah ke PPS, mengiktiraf mangsa banjir yang terjejas tetapi tidak berpindah sebagai layak menerima bantuan melalui kategori khas serta menentukan kelayakan berdasarkan impak sebenar banjir, bukan semata-mata prosedur dan borang.

Beliau turut mencadangkan agar mangsa banjir yang tidak berpindah diberi pampasan munasabah.

Menurutnya, pengesahan mangsa boleh dibuat secara praktikal melalui gambar atau video kejadian banjir yang disahkan oleh tuai rumah atau ketua kampung.

Louis berkata, cadangan itu merupakan penyelesaian jangka pendek bagi meringankan beban mangsa banjir, sementara kerajaan terus melaksanakan pelaburan jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir pada masa depan.

Dalam pada itu, BWI 2026 disalurkan kepada mangsa banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, di mana penerima mendapat RM1,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) melalui pendaftaran di PPS dan pengesahan data dalam aplikasi MyIBJKM.

BWI dipercepat dan tidak lagi bergantung pada penutupan PPS sepenuhnya, memastikan bantuan disalurkan lebih cepat kepada mangsa seperti yang berlaku di Sarawak dan Perlis.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.030945 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list