CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak lokasi penganjuran kolokium pertama bagi Program Khas PhD Model Rakan Strategik

[Copy link]
Post time 19-1-2026 02:37 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak bakal menjadi lokasi penganjuran kolokium pertama bagi Program Khas Doktor Falsafah (PhD) Model Rakan Strategik di negeri ini.

Penganjuran kolokium itu melibatkan Fakulti Komputeran dan META-Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama rakan strategik Terbilang Academy Sarawak (TAS) dari 23 hingga 25 Januari ini.

Jurucakap penganjur ketika menghubungi Utusan Borneo berkata, kolokium akan diadakan di Institut Aminudin Baki (IAB) Kuching bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh budaya penyelidikan dan meningkatkan kualiti perancangan kajian dalam kalangan calon PhD khususnya di Borneo.

"Penganjuran ini turut memberi peluang kepada pelajar program untuk membuat pembentangan proposal mengikut tempoh yang telah ditetapkan seterusnya memperkemas fokus kajian, metodologi serta hala tuju penyelidikan agar lebih tersusun dan berimpak," katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, kerjasama UPSI bersama TAS menerusi model 'rakan strategik' menzahirkan komitmen memperluas akses pendidikan pascasiswazah dan membina ekosistem sokongan yang lebih dekat dengan calon di Sarawak.

"Melalui pendekatan ini, TAS membantu menggerakkan jaringan akademik setempat, disiplin penulisan akademik sehinggalah kesiapsiagaan pembentangan ilmiah.

"Berdasarkan maklumat taklimat program, pusat pembelajaran bagi pelaksanaan Program Khas Pascasiswazah Model Rakan Strategik UPSI-TAS itu ditetapkan di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak.

Penetapan ini ujar beliau, dijangka memudahkan urusan calon dari pelbagai bahagian Sarawak untuk mengikuti aktiviti akademik secara lebih sistematik.
Taklimat program turut memperincikan struktur yuran pengajian yang jelas serta pilihan bayaran ansuran.

"Bagi ijazah doktor falsafah (PhD), jumlah yuran dinyatakan RM21,000 memberi pilihan  bayaran dua kali ansuran per semester yang tertakluk kepada permohonan pelajar.

"Manakala bagi peringkat sarjana, yuran pengajian adalah RM18,000 keseluruhan dengan bayaran mengikut semester serta kemudahan ansuran (atas permohonan).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TAS Dr Ishak Johari berkata, program boleh difahami dan dimanfaatkan oleh warga TAS serta terus memainkan peranan penting sebagai penggerak penerangan, membawa taklimat dan hebahan program ke pelbagai lokasi di negeri ini.

Penekanan utama beliau ialah membuka peluang lebih luas kepada calon di Sarawak untuk menyambung pengajian pascasiswazah melalui struktur pelaksanaan yang lebih teratur, akses pusat pembelajaran yang jelas serta kefahaman awal tentang komitmen akademik dan perancangan kewangan pengajian.

Usaha turun padang dan siri taklimat ini dilihat sebagai faktor yang memperkukuh kesiapsiagaan calon menjelang kolokium selain membantu mewujudkan gelombang baharu penyertaan PhD yang lebih berdisiplin bermula daripada pemilihan tajuk, pembinaan persoalan kajian hingga kepada penyediaan proposal yang mantap.

Bagi memeriahkan penganjuran, satu majlis makan malam sempena kolokium turut diadakan dan akan dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Datuk Abdullah Saidol.

Majlis berkenaan akan berlangsung di Dewan Utama, IAB Sarawak.

Kehadiran beliau disifatkan sebagai symbol sokongan kepimpinan negeri terhadap agenda pemerkasaan pendidikan pascasiswazah dan pembangunan modal insane berkemahiran tinggi.

Di samping itu ia mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi akademik dan pemegang taruh di peringkat negeri.

Penganjuran kolokium ini dijangka memberi manfaat besar kepada calon melalui sesi pembentangan proposal yang lebih berfokus, peluang menerima maklum balas penambahbaikan serta pengukuhan jaringan profesional.

Dengan gabungan kekuatan UPSI melalui kepakaran FKMT dan sokongan TAS, kolokium diharap menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai penyelidik berwibawa dari Borneo sekali gus mengangkat mutu penyelidikan pascasiswazah ke tahap lebih tinggi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.034420 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list