CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 47|Reply: 0

[Sarawak] Hospital Sibu laksana pembedahan tulang belakang UBE pertama di Sarawak

[Copy link]
Post time 19-1-2026 03:33 PM | Show all posts |Read mode


Dr Yap mengetuai prosedur pembedahan tulang belakang UBE di Hospital Sibu. - Gambar Facebook Dr Nelson Yap

SIBU: Hospital Sibu mencatat sejarah baharu dalam bidang neurosurgeri Sarawak apabila berjaya melaksanakan pembedahan tulang belakang Endoskopik Biportal Unilateral (Unilateral Biportal Endoscopic – UBE) buat pertama kali pada 13 Januari lalu.

Prosedur berkenaan merupakan yang pertama seumpamanya dalam sejarah neurosurgeri Sarawak serta pembedahan UBE sulung dilaksanakan oleh pakar bedah saraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri ini.

Ia juga dipercayai sebagai prosedur UBE pertama pernah dilakukan di sebuah hospital daerah di Malaysia, sekali gus membuktikan keupayaan hospital luar bandar menyediakan rawatan bertaraf tinggi walaupun berdepan kekangan sumber.

Pakar bedah saraf Hospital Sibu Dr Nelson Yap Kok Bing yang mengetuai pembedahan berkenaan berkata, kejayaan itu bukan sekadar pencapaian klinikal, sebaliknya satu kenyataan bahawa faktor geografi dan status hospital tidak seharusnya menjadi penghalang kepada akses rawatan moden dan invasif minimum.



Prosedur UBE menggunakan peralatan endoskopik moden dilaksanakan tanpa komplikasi. - Gambar Facebook Dr Nelson Yap

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, beliau memaklumkan bahawa walaupun beberapa prosedur UBE telah dilaksanakan di hospital tertiari KKM di Semenanjung Malaysia, kebanyakannya melibatkan kos tambahan kepada pesakit, namun pembedahan UBE sulung di Sibu dilaksanakan tanpa sebarang bayaran tambahan.

“Matlamat kami adalah memastikan rawatan tulang belakang endoskopik dapat diakses oleh rakyat Sarawak Tengah tanpa membebankan mereka dari segi kewangan,” katanya.

Dr Yap berkata, selepas menamatkan latihan fellowship tulang belakang di Wooridul Spine Hospital, Seoul, hasrat untuk memperkenalkan pembedahan tulang belakang endoskopik di Sibu berdepan cabaran besar, khususnya dari segi kos peralatan yang tinggi.

Menurutnya, pembedahan endoskopik uniportal sahaja boleh mencecah kos sewaan antara RM20,000 hingga RM30,000 bagi setiap kes, sekali gus menjadikannya tidak mampan untuk dilaksanakan secara meluas di hospital daerah.



Pasukan pembedahan Hospital Sibu bekerjasama sepanjang prosedur UBE pertama di Sarawak. - Gambar Facebook Dr Nelson Yap

Bagaimanapun, hasil usaha berterusan selama hampir dua tahun bagi mengumpul peralatan pembedahan endoskopik biportal melalui saluran rasmi KKM akhirnya membolehkan prosedur itu dilaksanakan tanpa kos kepada pesakit.

Mengulas mengenai kes berkenaan, beliau berkata pesakit ialah seorang wanita berusia 70 tahun yang mengalami sakit bawah belakang teruk selama lebih enam bulan akibat stenosis saluran tulang belakang pada aras L4/5.

“Pembedahan berjalan lancar tanpa komplikasi besar dan diselesaikan lebih awal daripada jangkaan, berbeza dengan laporan di tempat lain yang ada mengambil masa sehingga 10 jam atau terpaksa ditukar kepada pembedahan terbuka,” katanya.

Beliau menegaskan kejayaan tersebut adalah hasil kerja berpasukan melibatkan pasukan anestesia serta jururawat bilik pembedahan Hospital Sibu yang menunjukkan komitmen dan ketahanan tinggi sepanjang prosedur.

Dengan ketersediaan perkhidmatan pembedahan tulang belakang UBE di Sibu, Hospital Sibu kini bersedia melangkah ke tahap seterusnya dalam rawatan tulang belakang, sekali gus memberikan manfaat nyata kepada penduduk di tengah Sarawak melalui pembedahan yang lebih minimum invasif dengan hasil rawatan yang optimum.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.285453 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list