CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 66|Reply: 1

[Sarawak] Chiew sumbang sebulan gaji untuk sedia 20 lot khas kepada peniaga kecil durian

[Copy link]
Post time 19-1-2026 03:46 PM | Show all posts |Read mode


Chiew komited membantu mencari penyelesaian bagi peniaga kecil durian di Miri. - Gambar Facebook Chiew Choon Man 赵俊文

MIRI: Keprihatinan terhadap nasib peniaga durian mendorong Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man menyumbangkan sebulan gaji beliau bagi membantu peniaga kecil tempatan yang terjejas susulan tindakan penguatkuasaan terhadap jualan durian tepi jalan kebelakangan ini.

Beliau berkata, golongan peniaga terbabit merupakan rakyat biasa yang bergantung kepada hasil jualan durian bagi menyara keluarga, dengan pendapatan yang sekadar cukup untuk kelangsungan hidup.

“Mereka berniaga secara jujur, menjual durian tempatan pada harga mampu milik untuk orang Miri.

"Apabila dikenakan tindakan, ia bukan sahaja menjejaskan perniagaan mereka, malah periuk nasi keluarga,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau pada Ahad.

Chiew yang merupakan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, penyelesaian terbaik perlu mengambil kira keadilan untuk semua pihak, termasuk peniaga kecil dan peniaga tetap yang mematuhi peraturan.

“Kita tidak boleh menutup mata terhadap peniaga kecil dan pada masa sama perlu berlaku adil kepada peniaga tetap.

"Keadilan untuk semua inilah yang kita perjuangkan,” ujarnya.

Sebagai langkah awal sementara mencari penyelesaian jangka panjang, Chiew memaklumkan sumbangan gajinya akan digunakan bagi menyediakan 20 lot khas kepada peniaga kecil durian di pekarangan Emart Tudan sehingga hujung Januari ini.

Inisiatif tersebut katanya, boleh dianggap sebagai bantuan permulaan kepada peniaga kecil atau dijadikan sebagai Pesta Mini Jualan Durian Miri bagi merancakkan ekonomi tempatan.

Beliau turut menggesa peniaga durian yang memerlukan bantuan supaya hadir mendaftar di Pejabat Parlimen Miri, Pujut GK, dengan pendaftaran dibuat berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat.

Dalam pada itu, Chiew memohon maaf kepada rakyat Miri kerana ketika ini beliau dipanggil berkhidmat di peringkat persekutuan dan masih menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu.

Namun beliau memberi jaminan perubahan besar akan dibawa khususnya dalam sektor pelancongan di Miri, Sarawak dan Malaysia sepanjang tahun ini.
“Ini untuk Miri kita, untuk Sarawak dan demi Malaysia,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2026 03:53 PM | Show all posts
terbaikkk yb

bukan selori pun dorang jual

lagipun dah buah ujung2 dah pun

ni tinggal buah ni.. aku tak pandai makan.. buah durian pakan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.125437 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list