|
View: 1490|Reply: 47
|
[Jenayah]
Suami Isteri Pegawai Imigresen Lupus Hasil Haram Dengan Beli Emas
[Copy link]
|
|
|
SHAH ALAM: Sepasang suami isteri pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melupuskan wang hasil daripada aktiviti haram.
Malah, lebih satu perempat daripada jumlah tersebut digunakan bagi pembelian emas dekat sebuah kedai di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat.
Bagaimanapun, Mohamad Fazli Abdul Rahim dan Suhana Ismail mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya melibatkan nilai keseluruhan RM404,450.
Di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, Suhana, 44, didakwa menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram dengan memindahkan wang secara berperingkat sebanyak tujuh kali antara RM11,700 hingga RM27,400 berjumlah keseluruhan RM125,800.
Dia dituduh memindahkan wang tersebut daripada akaun milik seorang wanita bernama Mastura bagi pembelian emas antara 12 Ogos 2023 hingga 27 Februari 2024 dekat sebuah cawangan bank di Teluk Panglima Garang.
Sementara di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin, Mohamad Fazli, 46, pula didakwa memindahkan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun milik Mastura dan sebuah perusahaan secara berperingkat juga sebanyak tujuh kali berjumlah RM278,600.
Pemindahan tersebut dibuat antara 2 Julai 2023 hingga 19 Ogos 2024 melibatkan wang tunai antara RM2,400 hingga RM141,950 kepada dua penerima lelaki dan perempuan. Kesalahan itu dilakukan dekat sebuah cawangan bank di Subang Jaya dan Teluk Panglima Garang.
Justeru kedua-duanya dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)
Sabit kesalahan, kedua-dua ibu bapa kepada tiga anak yang masih bersekolah itu boleh dipenjara sehingga 15 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai daripada aktiviti haram itu atau RM5 juta mengikut mana yang lebih tinggi.
Hakim Awang Kerisnada dan Mohd. Nasir membenarkan Suhana dan Mohamad Fazli masing-masing diikat jamin sebanyak RM40,000 dan RM24,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Mac.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Alimi Mustapha dan Muhammad Arif Mohd. Khairi sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad. – UTUSAN |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 19-1-2026 10:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
SHAH ALAM: Seorang pegawai imigresen yang sebelum ini bertugas di Pejabat Imigresen Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atas 46 pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Tertuduh, Mohamad Fazli Abdul Rahim, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di dua mahkamah berasingan.
Mengikut pertuduhan, di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, dia dituduh menerima suapan RM10,400 secara berperingkat antara RM1,200 hingga RM3,600 daripada daripada Jehan Zeb Khan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan dekat sebuah cawangan bank di USJ, Subang Jaya antara 6 Ogos hingga 17 Ogos 2023 dengan tujuan melepaskan kemasukan warga asing tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Sementara di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin, bapa anak tiga itu didakwa dengan 42 pertuduhan menerima suapan daripada seorang individu bernama Sheikh Nurul Islam secara berperingkat secara keseluruhan sebanyak RM500,100 dari Julai 2022 hingga Ogos 2024.
Malah, pada Ogos 2024, tertuduh didakwa menerima suapan melebihi empat kali ganda gaji Perdana Menteri Malaysia iaitu RM180,000 secara berperingkat sebanyak 14 kali antara 6 hingga 26 Ogos.
Dalam tempoh tersebut, pada 21 Ogos, Mohamad Fazli memperoleh RM80,000 dalam masa sehari apabila menerima empat kali suapan bernilai RM10,000 dan RM50,000.
Justeru, di hadapan kedua-dua hakim, dia dituduh di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Hakim Awang Kerisnada membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM24,000 dengan dua orang penjamin warganegara yang tinggal di Selangor atau Kuala Lumpur.
Sementara di hadapan Hakim Mohd. Nordin, Mohamad Fazli dibenarkan diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin. Sebutan mula kes ditetapkan pada 10 Mac depan.
Kedua-dua mahkamah juga membenarkan cadangan syarat tambahan daripada pendakwaan iaitu melaporkan diri minggu pertama setiap bulan di Pejabat SPRM Shah Alam, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Alimi Mustapha dan Muhammad Arif Mohd. Khairi sementara tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad.
Terdahulu, dia dan isterinya dituduh di hadapan dua mahkamah tersebut secara berasingan masing-masing atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM404,450 antara Julai 2023 hingga Ogos 2024. – UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya.. gaji kau ambik |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jahattt.. ikat jamin pun ciput je, padahal menketedarah benda haram dah berkoyan2. Moga dpt hukuman setimpal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang disuap isele, yang menyuap pun isele.
Nama si penyuap pun boleh tahan, Sheikh Nurul Isele.
Asalkan bukan anjing, mee kari babi dan satu lagi aku lupa. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua² ni kena bawah akta yang berkaitan main rasyuah dan salahguna kuasa.
Bagaimana pula dengan soal keselamatan dan kedaulatan negara? Kot² ada dan boleh dituduh bawah akta macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Melayu masalah dengan rasuah
Indian masalah dengan kuil haram
Chinese masalah dengan kandang babi
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
resuah n sakau adalah taik legasi Umngok
Gov Madani yg kena cuci taik ni
yg herannya..
ramai Mulayu Islam yg marah & benci dgn Gov Madani
yer ler
tak tau dulu2 mak pak bagi makan apa
sampai dah tua pon bodo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia dituduh memindahkan wang tersebut daripada akaun milik seorang wanita bernama Mastura bagi pembelian emas antara 12 Ogos 2023 hingga 27 Februari 2024 dekat sebuah cawangan bank di Teluk Panglima Garang.
Sementara di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin, Mohamad Fazli, 46, pula didakwa memindahkan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun milik Mastura dan sebuah perusahaan secara berperingkat juga sebanyak tujuh kali berjumlah RM278,600.
sape mastura? proxy? keldai?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
patut buang kerakyatan je orang gini |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 20-1-2026 12:16 AM
Yang disuap isele, yang menyuap pun isele.
Nama si penyuap pun boleh tahan, Sheikh Nurul Isele.
Janji tutup aurat?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 19-1-2026 11:14 PM
Dari baris pertama sampai habis aku baca, tak jumpa pulak nama-mama watak macam aron kewok ka, Nikol ...
Sheikh bagi resyuah pada mohamad. Perlu ada akta kot pesalah2 isle ni kena tukar nama sbg hukuman.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh botak kepala org2 yg involve nak settle isu2 ni 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by IzzahF at 20-1-2026 09:43 AM
tudia patut aku tgk tiktok2 acik imigresen yg kuat menayang reta, menayang check in hotel, restoran2 mewah habis duk pakat katup tt belaka. asal naik je isu mcm ni depa deactivate akaun. bodoh betul dia pikir semudah ittew. Deyyy ko takat pangkat kp19 - kp32 gigih menayang keta continental berbijik, emas berketul2 kiri kanan, handbag sebijik riban2, pakai ducati, harley, tiap tahun g europe, g umrah, travel sana sini, makan kat hotel, pakai jam mahal berbijik2 dah tu bodoh g tayang satu lemari kat tiktok..org boleh kira la gaji ko brp. bodo mengundang SPRM stalk je. lagi2 kalo ko asal hutan belantara takkan orang nak expect ko old manehhhhhh. tu la dah jahat buduh pulak
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak... aduii lupa dah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni la umpama harapkan pegar, pegar makan padi. Tak amanah dorg ni.
Sila siasat lagi SPRM. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yg merasuah tu jgn lupa hangkut sekali...tiba2 yg kaki hulur tu suci plak tak kena apa2 eh |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|