CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang perlu ambil peluang daripada peningkatan ekonomi China

[Copy link]
Post time 19-1-2026 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang perlu ambil peluang daripada peningkatan ekonomi China

BERNAMA




STEVEN Sim, gambar fail. FOTO Bernama



Georgetown: Pulau Pinang perlu mengambil peluang yang timbul daripada peningkatan struktur ekonomi China dengan mengukuhkan kerjasama dalam pembuatan berteknologi tinggi serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim Chee Keong.

Beliau melalui satu kenyataan semalam memberitahu kerjasama yang lebih mendalam dalam sinergi perindustrian, pemindahan kemahiran dan integrasi pasaran akan membolehkan Pulau Pinang, sebagai hab terulung bagi pembuatan berteknologi tinggi, mengharungi cabaran global dengan lebih baik seperti dasar perlindungan yang semakin menebal dan ketidaktentuan ekonomi luaran.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kunjungan hormat delegasi Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang ke Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Pulau Pinang baru-baru ini.

Sim, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, mengetuai delegasi itu bagi bertemu dengan Konsul Jeneral Zhou Youbin dan pasukannya untuk meneroka jalan dalam melonjakkan kerjasama perdagangan, budaya, pelancongan dan tadbir urus.

Beliau juga menyatakan bahawa ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China, yang disambut pada tahun lepas, menandakan momentum bersejarah kepada kedua-dua negara.

Pencapaian ini menawarkan peluang baharu untuk mengukuhkan kerjasama, khususnya yang melibatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) di kedua-dua negara.

Sementara itu, Zhou yang berkongsi pandangan Sim, mengenal pasti potensi besar untuk kerjasama dalam sektor baru muncul seperti tenaga hijau, ekonomi digital, pembuatan pintar dan industri kreatif  Zhou menekankan bahawa Konsulat Jeneral China  di Pulau Pinang mengutamakan hubungan rapat dengan kerajaan empat negeri di utara Malaysia.

Konsulat itu bersedia untuk bekerjasama dalam memperdalamkan kerjasama subnasional termasuk mengukuhkan pertukaran antara China dan Malaysia, katanya lagi.



Disiarkan pada: Januari 19, 2026 @ 7:51pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1312825/pulau-pinang-perlu-ambil-peluang-daripada-peningkatan-ekonomi-china




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.078883 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list