CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Insiden ubur-ubur tidak jejaskan keselamatan pantai Port Dickson

[Copy link]
Post time 20-1-2026 07:37 AM | Show all posts |Read mode

Pantai Port Dickson

Seremban: Pantai Port Dickson kekal selamat untuk dikunjungi dan menjalankan aktiviti air meskipun berlaku satu insiden membabitkan seorang remaja perempuan disengat ubur-ubur di perairan kawasan itu tiga hari lalu.

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, kejadian itu adalah kes terpencil dan mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan semakin baik selepas menerima rawatan di Hospital Port Dickson.

Beliau berkata, hasil semakan dijalankan bersama nelayan tempatan mendapati tiada ledakan ubur-ubur dalam jumlah besar dikesan di perairan Port Dickson setakat ini.

"Orang ramai tidak perlu bimbang, tiada halangan untuk pengunjung menjalankan aktiviti air dan mandi-manda, keadaan pantai adalah selamat dan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kasim berkata, daripada semakan data pihaknya mendapati kali terakhir kejadian sengatan ubur-ubur direkodkan di perairan Port Dickson adalah pada 2013.

Beliau bagaimanapun menegaskan pihaknya akan terus memantau situasi semasa dan mengambil langkah sewajarnya jika berlaku sebarang kes berulang demi keselamatan pengunjung.

Kasim berkata, pengunjung juga tidak perlu bimbang namun langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi memastikan keselamatan ketika menjalankan aktiviti air di kawasan pantai itu.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun cedera ringan selepas terkena sengatan ubur-ubur ketika mandi di Pantai Cahaya Negeri.

Mangsa kemudiannya dilaporkan stabil selepas mendapatkan rawatan awal di Hospital Port Dickson.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.078855 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list