CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61|Reply: 0

[Johor] Mayat wanita dengan kesan luka di paha ditemukan terdampar di pantai Lubuk Sepang.

[Copy link]
Post time 20-1-2026 07:41 AM | Show all posts |Read mode

MAYAT wanita tanpa identiti ditemui terdampar di pantai Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang di sini hari ini. FOTO Ihsan Pembaca.

Kota Tinggi: Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan terdampar di kawasan pantai Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada orang awam jam 10 pagi.

Susulan itu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bersama Bahagian Forensik D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati mayat wanita dengan latar belakang warganegara yang tidak pastikan itu dipercayai mati lemas.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian dan terdapat kesan kecederaan pada bahagian paha kanan mayat.

"Identiti mangsa masih dalam proses pengesahan manakala punca kematian sedang disiasat," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi proses bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian berkenaan atau kehilangan ahli keluarga diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Hafizi Said di talian 017-925 2768 atau mana-mana balai polis berhampiran atau Hotline Polis IPD Kota Tinggi di talian 07-883 1222.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.077526 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list