CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59|Reply: 0

[Sarawak] Terperdaya ‘phone scam’, wanita rugi RM415,464

[Copy link]
Post time 20-1-2026 01:25 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang wanita tempatan berusia 69 tahun mengalami kerugian sebanyak RM415,464 selepas menjadi mangsa ‘phone scam’ melibatkan sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima laporan berhubung kejadian itu selepas mangsa menyedari dirinya telah diperdaya.

Menurut beliau, kejadian bermula pada 17 September 2025 ketika mangsa berada di rumah dan menerima panggilan daripada seorang individu menggunakan satu nombor telefon yang menyamar sebagai pihak polis, kononnya mendakwa wujud kes jenayah atas nama mangsa.

“Mangsa yang terperdaya telah diarahkan membuat enam transaksi pemindahan wang ke empat akaun bank berbeza atas alasan bagi ‘membersihkan’ wang miliknya.

“Mangsa turut dijanjikan bahawa wang tersebut akan dipulangkan semula pada 5 Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun katanya, mangsa mula mengesyaki telah ditipu apabila mendapati wang berkenaan tidak dikembalikan seperti dijanjikan, sebelum hadir ke balai polis untuk membuat laporan bagi tindakan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, serta sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak panik sekiranya menerima panggilan mencurigakan, selain menamatkan panggilan tersebut dengan segera.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak memberikan sebarang maklumat peribadi atau perbankan kepada pemanggil tidak dikenali serta menghubungi balai polis berhampiran untuk membuat semakan atau laporan,” katanya.

Tambah beliau, orang awam turut digalakkan menyemak nombor akaun dan nombor telefon yang mencurigakan melalui portal rasmi Semak Mule PDRM serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa melalui talian Hotline NSRC 997 atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049173 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list