CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47|Reply: 0

[Kedah] 3 feri di Bukit Malut musnah terbakar

[Copy link]
Post time 20-1-2026 01:26 PM | Show all posts |Read mode
3 feri di Bukit Malut musnah terbakar

Oleh Hamzah Osman - Januari 20, 2026 @ 8:15am





Tiga feri yang sedang menjalani kerja penyelenggaraan di sebuah limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi. - Foto BOMBA



LANGKAWI: Tiga feri yang sedang menjalani kerja penyelenggaraan di sebuah limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 9.35 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.46 malam.

"Sejurus itu, empat jentera bomba digerakkan, masing-masing tiga dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan dua dari BBP Langkawi bersama 23 anggota digerakkan ke lokasi.

"Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran membabitkan tiga feri yang berlabuh berdekatan antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

"Dua feri terbakar dengan kadar kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus dan hanyut sejauh kira-kira 50 meter (m), manakala sebuah lagi feri terbakar sekitar lima peratus.

"Dua feri lain yang berlabuh berhampiran berjaya diselamatkan, manakala sebuah lagi feri ditarik keluar dan ditempatkan di boya terapung," katanya.

Mohd Zamri berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos sepanjang 91 m dengan dua pancutan air yang dibekalkan daripada tangki jentera bomba.

"Dalam operasi itu, sebuah feri yang terbakar ditarik ke tebing dengan bantuan bot nelayan, manakala sebuah lagi feri yang terbakar dengan api marak dibiarkan padam sendiri," katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 11.07 malam sebelum operasi ditamatkan pada 2.10 pagi.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/01/1498843/3-feri-di-bukit-malut-musnah-terbakar





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.152976 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list