CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 56|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mayat lelaki dijumpai terapung di sungai

[Copy link]
Post time 20-1-2026 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang ditemukan terapung di Nibong Tebal, hari ini. Foto IHSAN JBPM





Mayat lelaki dijumpai terapung di sungai



  • Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
  • 20 Januari 2026, 1:06 pm


Share on facebook




SEBERANG PERAI – Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemukan dalam keadaan terapung berhampiran Jambatan Jalan Titi Timbul, Nibong Tebal di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.23 pagi dengan operasi melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal.

“Anggota bomba mengangkat mayat lelaki asing itu sebelum diserahkan kepada polis.

Berdasarkan maklumat, mangsa merupakan warga asing yang dilaporkan terjatuh dari jambatan,” katanya yang memberitahu operasi tamat pada pukul 10.42 pagi.

Terdahulu, tular satu rakaman video daripada orang awam yang menmaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki dalam keadaan terlangkup.

Turut kelihatan sebuah basikal dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan tidak jauh dari titi tersebut. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/20/mayat-warga-asing-ditemui-terapung-di-sungai/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.267853 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list