CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 1

Salji Tebal, 100 Kenderaan Termasuk 30 Treler Berlanggar

[Copy link]
Post time 20-1-2026 04:38 PM | Show all posts |Read mode





WASHINGTON – Lebih 100 kenderaan termasuk lori treler berlanggar dan terbabas di sebuah lebuh raya di negeri Michigan ketika salji tebal melanda semalam, lapor portal berita New York Post.

Polis menutup kedua-dua arah Lebuh Raya Rentas Negeri 196 di barat daya Grand Rapids sejurus selepas waktu puncak bagi membolehkan pihak berkuasa mengalihkan kenderaan yang terkandas dalam nahas tersebut.

Kemalangan itu berpunca daripada salji tebal yang mengakibatkan jarak penglihatan terhad , ditambah dengan tiupan angin sejuk pada kelajuan antara 40 kilometer hingga 64 kilometer sejam.

Menurut polis, sebanyak 30 lori treler terlibat dalam nahas di lokasi kejadian dan ramai yang cedera, namun tiada kematian direkodkan.

Pengguna lebuh raya yang terkandas dibawa menaiki bas ke Sekolah Tinggi Hudsonville yang digunakan sebagai pusat perlindungan sementara.

Kejadian  berlaku ketika cuti umum bagi memperingati tokoh hak asasi manusia, Martin Luther King Jr. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 06:26 PM | Show all posts
dah macam dalam scene movie

semoga semuanya selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.323293 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list