CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 661|Reply: 13

[Tempatan] Klang: Warga Indonesia ubah nama jalan sempena namanya, jadikan tanah lapang tempat sabung ayam

[Copy link]
Post time 20-1-2026 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-1-2026 01:21 AM



Warga asing ubah nama jalan sempena namanya, jadikan tanah lapang tempat sabung ayam




KLANG: Bukan sahaja papan tanda nama jalan diubah suai dengan meletakkan namanya, malah seorang lelaki warga Indonesia turut menjadikan tanah lapang di sini, sebagai kebun haram di hadapan pangsapuri tempat perjudian sabung ayam.

Papan tanda nama jalan itu yang pada asalnya Lorong Pangsapuri Sri Angkasa ditukar kepada Lorong Iwan Pirang sempena namanya.

Lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun itu antara 72 individu yang ditahan dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerusi Op Cakar di sebuah kebun haram berhadapan Pangsapuri Sri Angkasa, Taman Bayu Perdana di sini, semalam.

Wartawan yang turut menyertai operasi terbabit mendapati kebun haram itu yang ditanam pokok pisang turut dipagar dengan zink bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Malah, turut dibina reban ayam termasuk tandas dan sebuah pondok kecil bagi menjalankan aktiviti itu.

Lelaki warga Indonesia yang dikenali 'Iwan Pirang' ketika ditemui berkata, dia pada mulanya hanya berniat untuk memelihara ayam, namun dia mendakwa rakan-rakan mengajaknya mengadakan pertandingan ayam.

Menurutnya, kegiatan menyabung ayam ini baru dilakukannya beberapa bulan lalu dan kebiasaannya diadakan pada Ahad bermula 3 petang hingga 5 petang.

"Saya mulanya suka-suka menternak ayam, namun tidak menjadi sebelum ada rakan-rakan mengajak mengadakan sabung ayam ini.
"Keuntungan diperoleh tidak menentu namun boleh mencecah ke RM4,000 dalam sehari," katanya ketika ditemui.

Katanya, mereka yang bermain kebanyakan tinggal di kawasan ini dan membawa sendiri ayam dan dia hanya menyediakan tempat untuk menyabung ayam.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, DatukShazeli Kahar berkata, Polis Kontinjen Selangor menumpaskan satu sindiket perjudian sabung ayam dan bola golek dalam serbuan Ops Cakar.

Beliau berkata, serbuan 5.30 petang oleh Bahagian D7Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Selangor itu turut disertai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor.

"Seramai 72 lelaki berusia antara 20 hingga 70 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dan sabung ayam di lokasi berkenaan.

"Tangkapan merangkumi dua lelaki bertindak sebagai penganjur serta 70 pemain, terdiri daripada 41 warga tempatan dan 31 warga asing," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai RM55,075 selain pelbagai peralatan perjudian, manakala pihak veterinar menemukan 14 ayam hidup serta empat ayam mati yang dipercayai akibat aktiviti sabung berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu sudah beroperasi sejak enam bulan lalu, menggunakan kawasan kebun haram yang terlindung sebagai lokasi perlawanan yang diadakan setiap Ahad.

"Nilai pertaruhan bagi setiap perlawanan sabung ayam dilaporkan mencecah sehingga RM10,000," katanya.

Katanya, kesemua individu yang ditahan kini direman di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32 Akta Kebajikan Haiwan 2015 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2026 04:56 PM | Show all posts



Iwan Pirang: Pendatang Asing Yang Berani Ubah Nama Jalan, Buat Pusat Sabung Ayam, Kebun Haram



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila...Anak indon...anak saiya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih google street view mmg ada signbord itu dan lokasi kebun
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana eh... Belah2 bayu perdana ni mmg tumpuan warga asing selain pekan nepal port klang nu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 11:08 PM | Show all posts
pening kepala sultan selangor. kes babi tak settle lagi
tambah lagi kes.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2026 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboiii hahahaha... Sakan ko ye
Itu le bg muka sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2026 02:13 AM | Show all posts
acara rasmi pun mereka tak boleh nak menghormati ini kan pula ..



https://www.facebook.com/reel/1251709340259058/?fs=e&fs=e
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2026 11:19 AM | Show all posts
kemain lagi org indon ni ye..

harap majlis bandaran ambik tindakan sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 11:32 AM | Show all posts
anto je balik

suruh beramboihhh dari sini

buat apa simpan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 11:51 AM | Show all posts
lenkali nk tulis warga indonesia tu tulis sekali asal tempatnya - Pulau Jawa. Ha bru baetul..kesian melayu2 kat belah2 sumatera tu kena pukul rata sekali walhal yg bengong bangsa yg satu tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 11:56 AM | Show all posts
mungkin leluhur gak la tu kalo tak mana maunya


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 10:53 PM | Show all posts
gigahertz replied at 20-1-2026 11:08 PM
pening kepala sultan selangor. kes babi tak settle lagi
tambah lagi kes.

Memanda menteri kan ada.

Titah ja lah

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan warga Indonesia yang lain yang nak cari makan dengan aman aman di Malaysia.

Kerana nila setitik, susu sebelanga rosak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063016 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list