CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maskot Nuri ceriakan hari pertama murid Tahun Satu

[Copy link]
Post time 20-1-2026 06:42 PM | Show all posts |Read mode
SEBAHAGIAN murid darjah satu yang mengikuti program Nuri Seronok ke Sekolah baru-baru ini.





Maskot Nuri ceriakan hari pertama murid Tahun Satu



  • Oleh KOSMO!
  • 20 Januari 2026, 4:43 pm








PETALING JAYA – Suasana hari pertama sesi persekolahan 2026 menjadi lebih ceria apabila hampir 1,000 murid Tahun Satu di beberapa sekolah kebangsaan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang disambut kehadiran maskot Nuri Bank Rakyat.

Program dikenali sebagai Nuri Seronok ke Sekolah itu dianjurkan sebagai usaha Bank Rakyat memupuk kesedaran dan literasi kewangan dalam kalangan kanak-kanak seawal usia persekolahan melalui pendekatan santai dan menyeronokkan.

Menerusi program berkenaan, murid-murid turut diperkenalkan kepada Akaun Simpanan-i Nuri Kids, iaitu akaun simpanan khas untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan deposit minimum serendah RM20.

Pembukaan akaun kini lebih mudah dan pantas melalui platform digital Bank Rakyat Internet Banking (BRICK), sekali gus memudahkan ibu bapa merancang simpanan awal untuk anak-anak.

Menurut Bank Rakyat, selain menceriakan suasana sekolah dan menaikkan semangat murid Tahun Satu, program ini turut memberi pendedahan awal terhadap pengurusan kewangan sebenar di luar bilik darjah.

“Pendedahan ini membantu murid memahami konsep asas pengurusan wang seperti menabung dan berbelanja secara berhemah dengan cara yang mudah difahami dan sesuai dengan peringkat usia mereka,” katanya.

Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Seri Saujana dan Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas di Kuala Lumpur; Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Mak Mandin, Pulau Pinang; Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang, Selangor.

Serta beberapa sekolah di Johor termasuk Sekolah Kebangsaan Desa Cemerlang, Bukit Soga, Kampung Melayu Kluang dan Parit Setongkat.- KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/20/maskot-nuri-ceriakan-hari-pertama-murid-tahun-satu/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.462278 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list